Alhamdullilah promosi tak langsung masa raya haritu dapat hasilnya. Pak Salim yang merupakan pak cik dan cikgu saya masa sekolah menengah telah menempahnya. Barulah tau rupanya dia memang suka sangat ngan coklat. Rezeki balik kampung namanya ni, terima kasih.
Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Saturday, October 9, 2010
Coklat lagi dan lagi
Alhamdullilah promosi tak langsung masa raya haritu dapat hasilnya. Pak Salim yang merupakan pak cik dan cikgu saya masa sekolah menengah telah menempahnya. Barulah tau rupanya dia memang suka sangat ngan coklat. Rezeki balik kampung namanya ni, terima kasih.
Wednesday, October 6, 2010
Maher Zain di Malaysia Hari Ini

Meletup-letup nama Maher Zain sekarang. Penyanyi Sweeden berketurunan Lubnan ni dah sampai kat Malaysia. Konsertnya 14 dan 15 Oktober tapi dah sampai Malaysia kelmarin lagi. Sementara nak buat konsert beliau memenuhi undangan tv, radio dan promosi album. Kalau ikutkan jadual, beliau jadi tetamu kat MHI pukul 8 pagi hari ni. Saya pun tunggu lah kul 8 tu..aik takde pun, dah lepas kot..tapi still tunggulah sementara nak membuat coklat. Tunggu punya tunggu sampai lah kul 8.50, Wardina pun cakap, (gini la lebih kurang, udah lupa biji butirnya) "Maher Zain tidak dapat datang kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas," dengan nada sedikit kecewa. Maklumlah MHI pun abis kul 9.Tetiba tak sampai beberapa minit lepas Wardina cakap tadi. "Maher Zain dah sampai. Come! Come! Runn! Runn! Cepat! We're live on tv," begitu teruja sekali Wardina yang memanggil Maher Zain yang baru sampai kat pintu luar. Sampai Abby yang kat sebelah tu pun ketawa kecil tengok Wardina yang excited. Dapat jugalah temu ramah walaupun sedikit. Merendah diri orangnya, beliau cakap ramai yang berterima kasih pada dia kerana sudi datang ke Malaysia. Beliau membalas tak perlu berterima kasih kerana itu merupakan tanggungjawabnya (menyampaikan lagu-lagu yang bermesej).
Yang saya herannya tu, orang yang bawa Maher Zain datang ke Sri Pentas tu tak tau ke jalan kat LDP, depan 1U tu memang jam giler tiap-tiap hari. Pukul 7 pagi tu pun dah banyak kereta. Lain kali keluar la selepas subuh baru la sampai tepat pada masanya. Malu kat Maher Zain tau!!
Ntah-ntah Maher Zain sendiri yang drive kot sebab baru dapat Proton Persona untuk kegunaannya kat sini..hehe.
Tiket Showcase Maher Zain Save the Soul di Auditorium MBSA dah habis. Ramailah yang kecewa. Saya pula terlambat minat Maher Zain ni. Selalu dengar radio, takde la pulak DJ ni siar. Dah dekat nak buat konsert ni barulah terdengar, itupun masa nak siar rancangan agama. Takpe, sesiapa yang tak dapat pergi showcase kerana tak dapat tiket atau takde duit nak beli, tunggu je kat TV9 Raya Haji nanti, diaorang cadang akan siarkan rakamannya. Mengikut sumber berita TV9 kelmarin. TV9 merupakan penyiar rasmi untuk showcase ni.
Tuesday, October 5, 2010
Ting Ma Ma De Hua
Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Kalau tengok tajuk entri lain la pulak. Kena baca sampai habis ya. Bulan bahasa ni diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.
Bila cakap pasal bahasa Malaysia, subjek yang membosankan, dari kecil sampai sekarang ni belajar tak pandai-pandai pun lebih-lebih lagi dari segi tatabahasa. Tapi saya sentiasa menyokong penggunaan bahasa Malaysia ni sebagai bahasa kebangsaan tu pasallah seboleh-bolehnya dalam blog ni saya cuba mengelak dari menggunakan ringkasan-ringkasan ayat dan ejaan yang tidak betul. Walaupun tidak mengikut zaman tapi memuaskan hati sendiri. Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka memang sering menjadi rujukan dan kalau tak duduk depan komputer, Kamus Dewan pula jadi panduan. Tetap kena belajar BM ni, nanti malu pula dengan bangsa lain yang mungkin lebih pandai dari kita.
Saya ni memang suka belajar bahasa-bahasa lain. Bahasa Thai belajar 3 tahun. Memang wajib ambil mana-mana bahasa dari negara Asia Tenggara masa belajar dulu. Bahasa Mandarin belajar kerana nak cantikkan resume dan minat cerita Meteor Garden. Bahasa Korea belajar basic je sebab minat Full House tapi bila semua tak pratikkan, habis macam tu aje. Tersangatlah ruginya. Huhu.
Saya meminati satu lagu Mandarin nyanyian Jay Chou. Liriknya memang bagus, pasal ibu. Nak dengar dan tengok videonya, kat bawah.
Ting Ma Ma De Hua (Listen to Mama's Words)
Little children, do you have a lot of questions, why
When other kids are reading manga, I am learning to draw and learning to communicate with the piano
When other kids are playing games, I am leaning on the wall memorizing my ABCs
I said that I wanted a large airplane, but I got an old recorder
Why should I listen to mother's words? When you grow up you will understand what I am saying
After I got older I started to realize why I run faster than others and fly further than other people
In the future, people will be reading my mangas and all the songs they sing will be written by me
Mother's hard work isn't seen by others. She knows the warm recipe by heart
When you have time, hold her hand and sleep dream together
Ting ma ma de hua, bie rang ta shou shang, xiang kuai kuai zhang da cai neng bao hu ta
(listen to mother's words, don't let her get hurt. You want to grow up quickly so you can take care of her)

Sukan Komanwel Edisi ke-19 New Delhi
Sukan Komanwel sudah bermula. Haritu tengok siaran langsung kat televisyen ramai juga yang sorak kontinjen kita buat lintas hormat masa pembukaan di Stadium Jawaharlal Nehru. Ramai penyokong kot kat sana. Sejak Kuala Lumpur jadi tuan rumah Sukan Komanwel 98 yang lepas berminat sikit lah nak ambil tahu pasal Sukan Komanwel ni. Bangga bila pergi melawat Stadium Bukit Jalil tu. Masa nilah kita nak belajar tentang negara-negara Komanwel dan terletak kat mana. Jadi buka la balik buku ni. Buku ni best sebab berbentuk jigsaw puzzle. Boleh hafal sikit negara ni terletak kat mana sebab kita tengok betul-betul kedudukan setiap negara dan ada tunjuk setiap negara tu terkenal dengan apa. Walaupun konsepnya untuk budak-budak tapi sesuai untuk kita yang dewasa ni nak belajar. Maklumlah otak dah tepu sikit ... hehe.

Tajuk: The Seven Continents of The World
Penerbit: The Five Mile Press Pty Ltd 2004
ISBN: 978-1-74124-473-1
Harga: RM24.90
Sukan Komanwel dilangsungkan 4 tahun sekali. New Delhi merupakan negara Asia kedua selepas Kuala Lumpur yang dipilih sebagai tuan rumah. 2014 akan datang pula diadakan di Glasgow, Scotland.
Komanwel merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh British dan kini telah mencapai kemerdekaan. Melalui Komanwel, Britain dapat mengadakan hubungan dengan negara tanah jajahannya yang sudah merdeka. Negara-negara Komanwel menganggap raja British sebagai ketua Komanwel dan lambang perpaduan. Tu pasallah nampak Prince Charles menyampaikan ucapan masa pembukaan Sukan Komanwel ni menggantikan Queen Elizabeth II.
Semalam, kita dah dapat satu pingat emas melalui Amirul Hamizan Ibrahim, atlit angkat berat. Tahniah Malaysia!

Monday, October 4, 2010
Variasi Dekorasi Coklat

Dah lama tak membelek-belek buku, dalam dok mengemas tu teringat pulak buku ni. Sebenarnya buku ni dah lama beli, sejak 2008 lagi rasanya, lepas Datuk Siti kahwin dengan Datuk K sebab masa tu popular dengan strawberi coklat. Tu yang cover depan ada tu. Tapi masa tu tak belajar coklat lagi. Tak berapa endah sangatlah buku ni. Mak yang beli. Lepas je belajar coklat barulah mula mencari balik.
Tajuk: Variasi Dekorasi Coklat
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, Shah Alam
Pengarang: Nor Aini Adnan
Bilangan halaman: 183 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - 2007
Harga: RM 21.00
Sinopsis:
Variasi Dekorasi Coklat ini khusus untuk anda mempelajari cara mempelbagaikan hiasan dalam hidangan coklat. Coklat berupaya melazatkan makanan lain yang dikombinasikan bersamanya. Bukan sukar untuk menyediakannya. Hanya memerlukan kreativiti yang tinggi dan usaha yang lebih. Selepas ini, anda tidak perlu lagi membeli coklat di pasaran yang mahal harganya. Berpandukan buku ini anda mampu membuat sendiri sebagaimana yang anda inginkan.
Komen:
Buku ni menyediakan gambar langkah demi langkah. Kreatifnya sebab boleh buat macam-macam dengan coklat. Sesuai dengan tajuknya variasi, memang dalam buku ni diajar dari praline ke lollichoc, kad ucapan, permainan dam, kotak dan bekas coklat. Boleh membuka minda untuk lebih berkreativiti. Antara yang menarik perhatian untuk digunakan sebagai hiasan sampingan, cendawan emas, coklat bot, teratai, aiskrim coklat, dara dan teruna serta daun-daun coklat. Kelebihan kepada orang yang pandai buat hiasan guna piping bag sebab hiasan dalam ni bebas so memang kena free hand.
Nor Aini Adnan
Variasi hiasan coklat / [Nor Aini Adnan]
ISBN: 983-1242-64-5
1.Cookery [Chocolate] I. Judul.
641.6374
Saturday, October 2, 2010
Fort Cornwallis, Penang
Tugu Francis Light.Tugu gangsa ini diletakkan di pintu masuk Kota Cornwallis.
Mengimbau kembali sejarah pendudukan British di Tanah Melayu:-
Francis Light telah membuat tipu helah bagi mendapatkan Pulau Pinang.
Francis Light telah membuat tipu helah bagi mendapatkan Pulau Pinang.
- Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786 tanpa pengetahuan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada baginda apabila diperlukan.
- Pada 11 Ogos 1786, secara rasminya upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan dan ini menandakan titik mulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
- Pulau Pinang telah dinamakan sebagai Prince of Wales oleh Francis Light. Kawasan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III.
- Pada tahun 1786 Kedah diancam oleh Siam. Sultan Kedah telah meminta bantuan ketenteraan seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian namun SHTI tidak mahu memberikan bantuan dengan alasan tidak terlibat dalam Perjanjian 1786. Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
- Sultan Abdullah telah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak mengotakan janjinya.
- Francis Light tidak mahu meninggalkan Pulau Pinang sebaliknya menawarkan bayaran ganti rugi. Ini membuatkan Sultan Abdullah merasa marah dan tertipu.
- Baginda telah menyediakan angkatan tentera laut di Seberang Perai dengan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.
- Francis Light bertindak balas dengan menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai dengan bantuan tentera British.
- Akhirnya Sultan Abdullah kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan lnggeris Kedah pada 1 Mei 1791.
Kota Cornwallis ini dinamakan bersempena Gabenor Jeneral di Bengal - Charles Cornwallis dan merupakan salah satu struktur Eropah terawal dibina di sini. Pada asalnya benteng ini diperbuat daripada batang pokok nibung sebelum ianya didirikan semula menggunakan batu-bata berjumlah 67,000 Dolar Sepanyol pada tahun 1973.
Benteng pertahanan berbentuk bintang. Di dalamnya terdapat berek tentera, bilik simpanan serbuk senjata api, gereja kecil penganut agama Kristian, rumah api, dan beberapa batang meriam yang masih tetap utuh walaupun dah berabad lamanya.
Friday, October 1, 2010
Rumah Kelahiran & Galeri P. Ramlee
P. Ramlee (Nama sebenarnya Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh) lahir di rumahnya pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau, seorang ahli pelayaran dari Lho' Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah bt Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth, pada tahun 1925.
Bagi yang menaiki bas, boleh menaiki Rapid Penang nombor 206 tapi kena jalan sikit la masuk ke dalam sebab tersorok letaknya. Memang tak nampaklah kalau tengok kat luar jalan.
Rumah kelahiran P.Ramlee yang terletak di Lot 1280, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee bersama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948. Rumah ini kini telah dibaik pulih semula buat kali ketiganya oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991. Walaupun begitu, bentuk asal rumah ini masih dikekalkan.Rumah dulu-dulu ada anjung tempat lepak-lepak. Tanda Al-Fatihah diletak di pintu depan untuk mengingatkan pengunjung. Dalam rumah ni ada 1 bilik je. Tiada almari baju tapi menggunakan peti besi sebagai ganti. Walaupun kecil je ruang dalam tu tapi nampak selesa. Tandas biasalah letak di luar.
Terdapat cermin di luar bilik. Dikatakan P. Ramlee menghabiskan masa selama 30-45 minit untuk membetulkan fesyen rambutnya dengan menggunakan 2-3 jenis minyak rambut sebelum keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau berlatih pancaragam.
P.Ramlee selalu berjemaah di Masjid Kampung Jawa Baru. Beliau juga kerap ditugaskan menjadi bilal kerana suaranya yang lantang dan sedap pada pendengaran.

Basikal memang menjadi pengangkutan popular dulu-dulu.
Selepas melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee, boleh melawat ke Galeri P.Ramlee yang letaknya di sebelah sahaja. Dalam galeri ni dipamerkan barang peribadi beliau, aktiviti, poster filem yang pernah dilakonkan dan diarahkan serta pelbagai lagi gambar yang berkaitan.
Cerita-cerita P.Ramlee masih tetapi diminati dan dialog-dialognya masih lagi diingati. Tiada siapa yang boleh menggantikan beliau. Semoga Rumah P.Ramlee ini akan dijaga dengan baik dan diperbanyakkan lagi cenderamata supaya pengunjung boleh membawa pulang sebagai kenangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)