Thanks Cik Lea yang jadi posmen tanpa gaji.
Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Friday, February 11, 2011
Thursday, February 10, 2011
Kek Black Forest
Jimat jugalah dari membeli kek di kedai, kan. Seperti kata Chef Dani Mirzan dalam siri Tiramisu, "Buat apa beli, kalau boleh buat sendiri!" Pengaruh tv ni. Suka tengok Pierre & Amani berlakon sama-sama sejak filem Cinta lagi. Happy ending.
Wednesday, February 9, 2011
Recycle
Tuesday, February 8, 2011
Kek Aiskrim
Tajuk: Langkah Demi Langkah Bersama Chef Anuar
Penerbit: Berita Publishing Cetakan 2006
ISBN 978-967-969-540-3
Harga Semenanjung: RM14.90
Sabah/Sarawak: RM17.90
Sunday, February 6, 2011
Reunion
Tempat terbaik di Safari Resort sebab dalam dewan makan tu boleh la kitaorang buat kecoh tak mengganggu orang lain. Masa ni krew pengambaran Hantu Kak Limah 2 pun ada kat sini. So ada juga la yang menunggu-nunggu kehadiran Awie. Nampak juga la Mamat Khalid dok lalu-lalang.
Sekolah kami memang bersejarah. Dulu-dulunya kediaman Residen. Terletak di atas bukit. Tiap-tiap hari memang ‘memanjat’ bukit. Slim-slim semua pelajarnya..hehe.
Sedikit sejarah, sebelum ini pelajar perempuan menumpang di Sek. Inggeris Clifford. Jadi pada 1948, Pengetua Sek Men Clifford mengumumkan bahawa Sekolah Perempuan Inggeris Kerajaan akan dibina. Beliau berharap sekolah itu akan berjaya melahirkan wanita yang berpendidikan.
Telah melalui tiga tahap perkembangan yang melibatkan perubahan kepada nama sekolah:
1949- Methodist Girl’s School
1954- Government English Girl’s School
1970- Sek Men Raja Perempuan Kelsom- mengambil sempena nama Almarhum Paduka Bonda DYMM Sultan Perak iaitu Sultan Idris II ibni Sultan Iskandar Shah (yang ke-32)
Tahun lepas jumpa cikgu sekolah yang datang ke KL bawa rombongan sekolah. Sempatlah bercerita. Agak membanggakan bila cikgu cakap masa batch kami, masalah disiplin taklah teruk sangat, sekarang ni macam-macam. Semakin mencabar.
Ada yang berbelas-belas tahun dan berpuluh-puluh tahun tak jumpa maklumlah lepas UPSR, ada yang pandai pergi sekolah asrama penuh. Ni baru berjumpa. Terharu jugak ada yang turun dari KL, Kedah, Taiping dan Ipoh semata-mata nak meriahkan reunion ni.
Thursday, February 3, 2011
Dim Sum
Pernah cuba makan dim sum? Masa di Hong Kong 2009, bersarapan makanan halal di Islamic Centre Canteen. Dim Sum ni memang portion dia kecil-kecil je. Tu yang tak kenyang kalau ambil satu mangkuk je. Wah tak sangka sedap dumpling (adunan tepung yang direbus atau dikukus dengan daging dan sayur-sayuran) ni. Siap ada sambal lagi untuk cicah. Banyak pilihan sampai tak tahu yang mana satu nak pilih tapi memang semuanya sedap sampai kitaorang tapao lagi untuk makan tengah hari. Kat Malaysia sesekali beli juga dim sum yang sejuk beku punya tapi kukus sendirilah.

Wednesday, February 2, 2011
Kiwi Egg Tart
Bila dah buat, bolehlah makan tapi lagi best tart telur aje. Best cuba-cuba ni tapi tersilap pulak buat sampannya, tak berapa melengkung jadi tak bolehlah nak isi filling penuh. Nanti terlebih muatan pulak. Kalau ikut resepinya, untuk hiasan taruh bijan hitam supaya nampaklah macam kiwi tapi masa tu takde so kosong sahajalah.

Bila makan ni, terasa nak nyanyi;
Row row row your boat,
Gently down the stream,
Merrily, merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream.