Saturday, March 24, 2012

Kota Belanda

Imperialisme, iaitu dasar perluasan kuasa. Sesebuah negara menguasai politik atau ekonomi sesebuah negara yang lain. Istilah mudahnya penjajahan. Kuasa Barat mula keluar untuk menjajah kerana faktor-faktor ekonomi, motif politik serta kekuasaan dan prestij.

Sejarah pastinya penuh dengan tarikh-tarikh yang membuatkan kita berasa bosan sebab susah nak hafal lainlah kalau kita memang ada masa tu dan mengalaminya. Ada sesetengah orang kata tak payah hafal tarikh, tau cerita dah cukup tetapi tarikh memang penting untuk kita ketahui kronologi sesuatu peristiwa. Berikut merupakan peristiwa yang berkaitan dengan Belanda.

1602 – Kerajaan Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oost – Indische Companie (VOC).

1641-Melaka ditawan oleh Belanda. Penguasaan Belanda di Melaka berterusan hingga 1824.

1651-Orang Belanda dibunuh di Perak. Belanda bertindak balas dengan menyerang Perak dan Acheh.

1765-Suatu perjanjian diadakan antara Belanda dengan Perak yang memberi Belanda kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah Perak.

1799-Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) dimansuhkan oleh kerajaan Belanda.

Kota Belanda asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperoleh dari negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Kampung Teluk Gedung. Satu perintah telah dikeluarkan dari Betawi (Pusat Pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda) untuk mendirikan gedung daripada kayu.

Pembinaan ini dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Dengan terbinanya kubu tersebut maka ia merupakan satu kelebihan pada Perak bagi menghadapi serangan Siam. Sepuluh tahun kemudian tembok gedung tersebut telah digantikan dengan batu-bata. Tindakan Belanda memperkukuhkan gedungnya itu menimbulkan reaksi daripada orang-orang Melayu.

Pada tahun 1690, orang-orang Melayu di bawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut. Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan. Bagaimanapun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula.

Pada tahun 1743-1748, pihak Belanda menempatkan 60 orang askar termasuk 30 orang berbangsa Eropah di gedung ini bagi mengawalnya. Pada tahun 1784 pula Belanda telah membina sebuah lagi gedung berdekatan Sungai Perak. Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung yang lama itu ditinggalkan.


Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal.


Ramai pelancong asing datang awal pagi lagi.

Sumber: Arkib Negara

Friday, March 23, 2012

Galeri Pangkor

Agak baru juga tempat ni lebih kurang setahun jadi tak berapa lengkaplah lagi di sini. Brosur belum ada dan tandas pula tengah diubah suai. Datang ke sini untuk mengetahui serba sedikit sejarah Pangkor. Pastinya sejarah Perjanjian Pangkor 1874 ada diceritakan di sini.


Perjanjian Pangkor 1874 merupakan peristiwa penting yang telah membuka jalan secara langsung kepada campur tangan politik British ke atas negeri-negeri Melayu. Melalui perjanjian ini, British mula menempatkan residen mereka di Perak dan memperkenalkan sistem pentadbiran British dalam hampir semua aspek negeri kecuali yang menyentuh soal-soal adat dan agama.

Perjanjian ini diadakan pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal British iaitu Pluto yang berlabuh di luar pantai Pulau Pangkor. Antara yang terlibat dalam perjanjian ini adalah Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat), Raja Muda Abdullah, Ngah Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Cina.

Bermula dari Perak, British secara beransur-ansur berjaya meletakkan pengaruh politiknya di Selangor, Sungai Ujong, dan Pahang. Ini membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya British berjaya menguasai negeri-negeri Melayu di utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Akhirnya pada tahun 1914, British berjaya memujuk Sultan Johor supaya bernaung di bawah pengaruh British. Dengan ini British berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu. Semuanya bermula daripada PERJANJIAN PANGKOR 1874.

Peta lama. Cuba tengok ejaan 'kuala'. Dieja dengan huruf 'q'- Qualla Trong.

Thursday, March 22, 2012

Mi Pangkor


Sarapan mi semasa di Pangkor. Saya memang suka makan jenis-jenis berkuah ni. Bentuk mi lain sikit dari biasa, macam pasta linguini. Ada kubis dan kacang panjang taruh sambal tumis dengan kuah laksa. Harga dah lupa, antara RM2.50-3.50 kot. Ada juga yang makan mi ni taruh kicap. Try jugalah haritu tapi takde beza sangat rasanya, mungkin sebab taruh tak banyak. Tak banyak cerita pasal mi ni. Penjualnya buat muka ketat je..buat endah tak endah je. Mak cik oh mak cik, cubalah mesra pelanggan sikit, barulah boleh jayakan Tahun Melawat Perak 2012. Tak gitu.



Wednesday, March 21, 2012

Pulau Pangkor

Sesi melayan perasaan :




Teksi bersedia menunggu penumpang



Teritip - sejenis siput laut yang kecil. Hati-hati. Tajam ni. Gatal memegang, luka tangan. Basuh ngan air laut tak berdarah dah.


Thanks Yong

Tuesday, March 20, 2012

Saji April 2012

Baru je bercerita pasal Saji Langkah Demi Langkah 2007 punya alih-alih bulan april punya saji dah keluar pasal langkah demi langkah. Macam tau tau je editor ni saya baru je nak mencadangkan dalam surat pembaca. Ada 60 resepi kali ini dan bukan setakat lauk pauk, kuih, kek dan roti semua ada. Antara yang menarik, Roti Kembung Inti Ayam, Sotong Sumbat Pulut Bersos Percik dan Kek Pandan Berlapis. Ruangan tetap Blogger Saji sejak Januari yang lalu memang menarik serta kolumnis tetap Chef Kamarul dan Chef Amer. Ada bengkel memasak bersama Saji. Best gak ni lama tak pergi kelas tapi selalunya orang ramai.. kalau lambat, kena duduk belakang dah tak nampak. Bermula dari Sungai Petani dan berakhir di Kuala Lumpur.

Harga: RM5.50
Halaman: 82 m/s