Thursday, February 6, 2014

Kota Johor Lama, Kota Tinggi, Johor


Kota Johor Lama, terletak dekat sahaja simpang masuk ke Jojo Rakit. Ikut sahaja papan tanda jumpalah nanti. Ia telah dibina dalam tahun 1540 pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini merupakan kota pertahanan yang terbaik di antara kota-kota pertahanan yang dibina sepanjang Johor.
Muzium Kota Johor Lama

Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dalam tahun 1511, Sungai Johor telah dijadikan pusat pemerintahan dan kota pertahanan untuk menyerang balas kedudukan Portugis di Melaka. Keadaan semula jadi kota ini memudahkan pengawasan dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal terutamanya ancaman dari orang-orang Acheh dan Portugis.  Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh berkali-kali.

 Ia juga dikenali sebagai Kota Batu oleh masyarakat setempat kerana didirikan di atas sebuah tanjung yang dikenali sebagai Tanjung Batu.  Kedudukannya yang menganjur ke arah Sungai Johor merupakan kelebihan bagi askar Johor yang berkawal dapat melihat kapal musuh yang datang menyerang Kota Johor Lama terlebih dahulu. Keadaan muka bumi yang curam serta licin juga akan menyukarkan musuh untuk naik ke bahagian atas Kota Johor Lama.


Dari sini boleh tengok musuh yang datang .
 Kota ini dibina berbentuk segi empat. Bukan hanya dibina dengan timbunan tanah yang tinggi tetapi mempunyai susunan batu yang terdiri daripada granit, laterit dan batu karang yang dibentuk dalam blok segi empat dan disusun sebelum ditimbus dengan tanah di bahagian atasnya. Susunan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi struktur agar tidak mudah pecah atau musnah apabila ditembak meriam musuh.
  
Dalam tahun 1587 kota ini akhirnya jatuh ke tangan Portugis yang telah mendapat bantuan daripada Portugis di Goa. Keseluruhan kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata dirampas.
 
Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah II (1685-1699) maka berakhirlah pemerintahan kerabat Kesultanan Melaka dan digantikan dengan keturunan Bendahara.
Di dalam muzium ini telah dibahagikan kepada lima segmen

Segmen 1 – Pengenalan Sejarah Kota dan Kampung Johor Lama
Segmen 2 – Pemerintahan, Perdagangan dan Peperangan di Kota Johor Lama
Segmen 3 – Kota-kota Pertahanan di Sepanjang Sungai Johor
Segmen 4 – Taburan Nisan Acheh di Daerah Kota Tinggi
Segmen 5 -  Kajian Arkeologi yang dijalankan di Kota Johor Lama

Masuk: Percuma
Waktu Lawatan: Isnin – Ahad, 9 pagi – 5 petang. 

Seronok tengok dokumentari dengan bersila je. Udah macam rumah sendiri. Dokumentari ini menceritakan tentang Kota Johor Lama, Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, dan Makam-makam yang terdapat di Kota Tinggi. Ada ditunjukkan Makam Kucing Bertanduk. Ha nak pergi ni nanti. Ingat!!!

Monday, January 27, 2014

Jojo Rakit, Kota Tinggi, Johor.

Saya tahu mengenai  Jojo Rakit ni bila tengok dekat TV, rancangan dekorasi. Nampak cantik sangat.  Bila tengok website, bilik paling murah RM70 so kira ok la tu bila kongsi bertiga. Masa tu sibuk juga banjir jadi confirm kan dulu dengan orang tu banjir ke tak kalau nak pergi. Alhamdulillah katanya tak, dan dia beritahu ikut Desaru. 

Dari JB kami ke Kota Tinggi Bandar Bersejarah.  Perjalanan yang mencabar, hanya berpandukan papan tanda. Melalui Felda, jadi sepanjang-panjang tu pemandangannya kelapa sawit semata-mata. Akhirnya jumpa papan tanda  lagi 9km. Lagi mencabar bila jalannya banyak selekoh, bukannya straight. Nyaris tak de banyak lori. Cuma motor yang merempit tak ingat dunia. Mentang-mentanglah jalan derang.


Ok cuba bayangkan, kita dari  jalan berbukit di kanan tu, kita akan lalu bawah jalan yang tengah tu ke jalan yang belah kiri ni dan akan lalu lagi jalan yang berselekoh-selekoh. Tak pernah terbayangkan akan datang begini jauh punya jalan.
Jojo Rakit kena seberang ya.
Cantik kitaorang buat photo shoot kat sini.
Ni lah bot yang bawa kita.
Pergi hari biasa, hanya kami bertiga dekat situ. Ha ha ha tempat ini kami yang punya!  Rupa-rupanya ada tertulis di situ, 1 malam untuk seorang RM30. Ting! Baru teringat masa telefon tu dia ada cakap tapi tak membayangkan kena bayar RM30 pastu bilik kira lain. Dah macam makan bufet Ramadan kat hotel je. Ikut kepala. Dari percutian bajet jadilah terlebih bajet. Tak kan tak jadi pula, nak datang punya la mencabar.  Enjoy sajalah, nanti cut budget di mana-mana yang boleh.

Boleh jugak solat kat luar tu. Nampak tak tanda bulan dan bintang tu.

Teringin nak naik. Memandangkan kami bertiga je kat situ, kan.  Hehe.

Bagai taman di tengah lautan.

Lawalah lampu cam gini. Letak kat rumah satu pun ok gak.


Mestilah ada hiasan kuda kepang, Johor.
 Sesuai untuk kaki pancing, boleh sewa bot, buat barbeque dan karaoke.

Sebenarnya sebelum kami sampai tu. Tersesat jalan. Masa dekat pekan Kota Tinggi nampak dua papan tanda. Desaru dan Desaru Waterfall. Aii nak ikut mana ek. Terus je p Waterfall sebab pikir air, rakit kan sama tu. Waduh-waduh sekali salah jalan da. Memang terus jalan mati. Memang suspen bila tengok tak ada kereta lain masa tu. Tapi biasalah kita kena tengok dulu apa yang ada, baru puas hati, kan. Hehe sampai jugak kat Kota Tinggi Waterfall. Tak masuk pun, tanya kat kaunter tiket macam mana  nak p ke Jojo Rakit dan dapatlah peta di bawah tu sebagai sourvenir. Terima kasih. Malu bertanya sesat jalan. Tapi yang ni kes malas bertanya dari awal sesat jalan. Tapi oklah, manalah tau lain kali nak pergi so dah tau.


Patutnya ikut yang atas tu. Signboard Desaru. Crocodile Farm tu pun tempat tarikan pelancong. Tapi tak pergilah masa tu.
*Click untuk lihat lebih jelas


Friday, January 24, 2014

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid ini bersempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan yang memerintah semasa masjid ini dibina dan juga pembangunan masjid itu adalah titah daripada baginda sendiri. Ia mula dibina dalam tahun Hijrah 1311 bersamaan tahun Masihi 1893. Mula siap dan mula digunakan pada hari Jumaat 1 Syawal 1317 Hijrah bersamaan Februari 1900 Masihi. Tempat mengambil wuduk diletak di sebelah bawah supaya kebersihan tempat sembahyang dan hamparannya terjamin dari kena basah dan kotor.  Satu keistimewaan masjid ini kerana sentiasa sejuk atau berhawa nyaman walaupun dalam keadaan panas.  (Sumber:  Info dari Masjid Abu Bakar). 

Mengikut pembacaan  saya dari buku Raja Melayu Kerabat dan Pembesar Cetakan Kedua (Ainna’s Publications) Keistimewaan masjid ini ialah kerana dindingnya dibina dengan mencampurkan putih telur yang digaul dengan simen.  Masjid ini berharga $400 000. Ia dibina seratus peratus menggunakan tenaga orang-orang Islam yang dibawa dari Teluk Belanga, Singapura.

Semasa kami datang melawat ada rombongan dari Jepun turut sama. Nampak mereka asyik dan kagum melihat binaan masjid ini.


Masjid ini terletak di atas bukit dan dapat lihat Singapura di sebelah sana.

Masjid Sultan Abu Bakar
 Kami kemudiannya menuju ke Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak berdekatan jugalah dengan masjid ni malangnya ditutup untuk baik pulih (Disember 2013). Pengawal di situ kata barang-barang telah dipindahkan ke Muzium Tokoh Johor. Pergi sana pun sama, baik pulih gak. Mungkin tengah bersiap untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 kot masa tu.


Bangunan Dato' Jaafar
Telah dibina di akhir tahun 1890an oleh Dato’ Jaafar bin Onn. Menteri Besar negeri Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar. Bangunan 3 tingkat ini terletak di puncak Bukit Senyum di samping dapat melihat Selat Tebrau dan Singapura. Ciri-cirinya merupakan reka bentuk bangunan British yang terdapat 4 menara iaitu satu pada setiap sudut. Di bahagian tengah bumbung dibina kubah berbentuk payung dan mempunyai tangga untuk naik ke ruang tengah dengan bentuk yang menarik. (Sumber: Info dari Bangunan Dato’ Jaafar)

Keratan akhbar dari Utusan Malaysia. Beginilah bangunan Dato' Jaafar ini pada tahun 1886.

Thursday, January 23, 2014

Batam Miniature House Indonesia - Akhir

Tulis kat situ Provinsi Jateng. - Rumah Joglo. Mungkin dimaksudkan Provinsi Jawa Tengah.

Provinsi Sumatera Barat

Provinsi Nusa Tenggara Timur - Rumah Saoatamosa Laxitama

Muat kalau nak duduk dalam tu.

Provinsi Sumatera Selatan - Rumah Rakit

Provinsi Lampung - Rumah Nuwo Sesat

Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta

Provinsi Sumatera Utara - Rumah Balai. (Pandangan sisi)

Provinsi Sumatera Utara - Rumah Balai (Pandangan Hadapan) - teringat masa pergi ke Medan. Betullah sama model rumah ni dengan rumah etnik Batak.

Best gak dapat tengok model-model rumah yang ada di Indonesia yang dibina mengikut daerah dan kaum. Ada rumah yang kita dapat lihat memang nampak derang ni menganut agama apa. Ada juga rumah yang nampak menakutkan, sebab ada tengkorak di dinding rumah. Kesemuanya berbeza di antara satu sama lain. Tiada bayaran yang dikenakan tapi punyalah jauh tempatnya nak pergi tapi berbaloi gaklah boleh menimba pengetahuan di sini.

Monday, January 20, 2014

Batam Miniature House Indonesia 2

Provinsi Kalimantan Barat - Rumah Bentang

Provinsi Kalimantan Selatan - Rumah Banja

Provinsi Sulawesi Tengah

Provinsi Sulawesi Selatan - Rumah Toraja

Suku Toraja adalah suku yang menetap di pergunungan bahagian utara Sulawesi Selatan. Kata Toraja berasal dari bahasa Bugis, to riaja yang bererti 'orang yang berdiam di negeri atas'. Suku Toraja terkenal dengan rumah adat tongkonan dan ukiran kayunya. Kata tongkonan berasal dari bahasa Toraja, tongkon (duduk)
 Sumber: Google
Provinsi Bali

Proinsi Sulu - Rumah Bolaang. Mongondow

Provinsi Irian Jaya - Rumah Kariwari

Provinsi Maluku

Provinsi Nusa Tenggara Barat. - Rumah Dalam Loka Samawa