Sunday, July 6, 2014

Floria 2014


Semasa datang ke KL, Floria sedang berlangsung jadi ambil kesempatan ke sana mewakili mak yang  tak dapat pergi. Mak dan dua orang mak cik saya memang minat bunga, kalau deme bertiga ni pergi mahu dari pagi ke petang pun tak habis tengok.  Dengan tema asam batu, memang derang ni peminat tegar asam batu.
Seperti biasa, kalau ke Putrajaya memang biasanya tak pernah betul-betul terus sampai ke tempat dituju.  Tak pakai GPS sebab dah tahu precint nya. Walaupun dah ikut arah yang ditunjuk, pusing-pusing jumpa tempat lain..tasik yang  ada magic of night?? Sebahagian daripada floria gak.. dah tanya orang dekat situ dia pun tak berapa tahu dekat mana..hampeh..memang nak balik je kalau tak jumpa dah lepas ni..mujurlah waktu nak balik tu nampak pintu gerbang floria. Kalau dekat Putrajaya ni jalan yang pas hanyalah precint 2 yang ada kompleks kerajaan dengan masjid..kalau dah ke precint lain tu memanglah kemungkinan untuk sesat tu tinggi. Ada tak yang sama dengan saya???

Sampai dalam pukul 2 lebih. Memang tengah panas terik..tapi bagusnya orang tak ramai sangat. Mudah jugak dapat letak kereta. Bayar RM3. Pintu masuk dihiasi dengan payung berwarna-warni. Cantik. Malangnya asam batu yang menghiasi floria jenis yang senang hidup dan asam batu yang sama sahaja ditanam sedangkan banyak lagi jenis asam batu yang lain kalau mengikut infonya. Tapi kalau diikutkan dari segi hiasan-hiasan lain memanglah cantik dan sesuai untuk photo shoot pre wedding, post wedding, selfie.  Tu fasal orang yang datang tu semua mesti memotretkan gambar dengan laman-laman dan kebanyakannya  ada kamera di tangan.



Kalau malam ada lampu. Tapi untung juga pergi tengah panas hari terik ni, nampak bayang-bayang, jadi ada dua imej
Botol ni kalau kena caranya, cantik dihias, contohnya jadi macam kat bawah ni.

Bawah botol tu dicat jadilah cam gini.


Dari plastik ni sebenarnya..kalau dari jauh tak nampak pun macam plastik. Kreatif

Cantik bila kincir angin ni berpusing.. kena buat video baru nampak cantik, still picture nampak biasa ajelah.
Ini adalah serpihan kayu yang diwarnakan. Kagum ni kalau tengok dekat-dekat.
Botol-botol mineral yang tak guna, simpan dulu ya boleh buat hiasan laman di hari raya nanti. Pewarna kuih yang dah expired tu pula boleh digunakan untuk kita main-main warna ni.
Macam ni pun nampak cantik dah, ton warna hijau. untuk menggambarkan daun-daun pokok
Banyak main warna, bekas ni selalu buat tempat kuih cheese leleh..
Selalu kan, orang selalu simpan jeans yang dah tak muat dalam almari kononnya sebagai motivasi untuk kurus. Tapi selalu tak pernah jadi sebab tak nampak depan mata, apa kata kali ni letak je jeans kat luar.. ingatlah sikit..hehehe
Laman yang menggunakan barang-barang kitar semula. Ok ni boleh cari rim basikal yang tak pakai, pastu tutup botol aerosol yang pelbagai warna. Tapi tetap kena ada kemahiran asas bertukang ya, kalau tak, ibarat tikus membaiki labu jadinya nanti.

Antara jenis asam batu.
Sebelum pergi ke sini, singgah di rumah mak cik dulu, dia cerita, kawannya pergi floria tapi beli kaftan, saya pun mengulas, orang pergi floria beli bunga-bunga, ada ke beli kaftan..hahaha. Sekali, saya  ke sini tapi beli acu kuih ni..hahaha releven ke tak pergi floria tapi beli acu ni. Ni kalau mak cik tau, mahu kena gelak balik. Syyy..
Inilah asam batu carpet/hamparan yang saya cari dekat Floria, tetapi tak jumpa. Kalau di kampung ni, memang jenis yang ni lah orang cari-cari. 

Wednesday, July 2, 2014

Hari Keluarga

Sebulan yang lepas, saya sibuk dengan Hari Keluarga. Sejak 90-an lagi setiap tahun kami memang adakan perjumpaan untuk mengeratkan silaturahim. Tahun ni balik kampung, tahun depan bercuti di luar pula. Namun setelah semuanya bekerja, susah dah nak tetapkan satu masa. Terakhir, 2010 di Kuala Woh, Tapah.
Gerak kerja awal telah bermula dari awal tahun lagi. Cuma 2 bulan sebelum tarikh barulah kerja-kerja dilakukan secara serius. Tema, Nostalgia sebab semua balik ke kampung. Tidak diuar-uarkan pun tetapi dalam kepala sendiri sahaja supaya fokus tak lari.

Masa ralit tengok fb tiba-tiba nampak boleh tempah buku nota khas. Ok juga untuk dijadikan kenangan. Di dalamnya ada sedikit lakaran yang membolehkan kita ingat fasal KK dan zaman yang dilalui. Memandangkan ahli keluarga ini terdiri dari pelbagai generasi 40-an hingga 2000 jadi lakaran perlu disesuaikan ikut generasi.
Bagi memastikan keseragaman juga tahun ni kami buat baju-T. Pemilihan dari segi jenis kain dan warna memang sukar memenuhi kehendak semua itu belum masuk lagi bab logo dan slogan. Bukan semua benda boleh mengikut pemilihan majoriti lebih-lebih lagi bila terpaksa mengundi di alam maya kerana selalunya keputusan tidak dapat dicapai oleh itu pentingnya AJK kecil untuk memberi satu kata putus.
Banner ini berjaya membuatkan generasi muda membandingkan mak atau bapa ikut muka tuk ke pah.

Sebenarnya saya tak suka jadi ketua. Untuk tidak mentensionkan diri, membayangkan sebagai penyelesai masalah. Sangat tidak sangka boleh bekerja sama dengan sepupu-sepupu. Kalau dengan sepupu perempuan tu biasalah kerjasama masa kenduri.. ni dengan lelaki pun sempoi gak la kerja dengan deme. Kena berterima kasih dengan WhatsApp le nampaknya sebab kerja berjalan walaupun masing-masing duduk di Perak, Kedah, KL, Sabah, Johor dan Pahang. Free, kan so senanglah. Kalau SMS tu berkira-kira gak la dalam kepala kalau nak letak ikon senyum pun. Namun ada gak maklumat tak sampai, akhirnya kena telefon jugak hahaha nak jimat sangat konon. Dalam bulan tu setiap hari WhatsApp mahu dekat berpuluh-puluh dalam satu hari.. naik juling biji mata nak tengoknya. Rindu pula saat itu hehe.

Bernaung di bawah nama Tanakya, semoga anak-beranak Haji Yusof dan Arbaiyah akan dirahmati Allah di dalam setiap kerja yang dilakukan.  Pada masa ini, kepimpinan diterajui oleh generasi kedua iaitu peringkat bapa dan adik-beradiknya. Tidak dapat membayangkan bagaimana hala tuju Tanakya bila generasi ketiga (peringkat saya dan sepupu) nanti, namun jika dilihat dari kerjasama ini, insya-Allah masing-masing mempunyai matlamat yang sama. Bila berpegang kepada agama, nescaya tidak akan berpecah belah. 

Ali Imran (Ayat 103):
Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah)bermusuhan, lalu Allah menyatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.

*selepas majlis selesai, baru perasan saya tak tangkap gambar langsung. Kamera dan telefon pun tak de kat tangan.  Very d busy le katakan. Memori dalam kepala sahaja.


Friday, June 27, 2014

Kucing dan Kedegilannya





Dah lama tidak mencoret di sini. Tak sangka ramai yang mencari nama kucing melalui Google sampai menjadi top five popular post ni ha. Gelak sendiri bila tengok keyword. Hebat, nak namakan kucing pun sampai Google  hehe.. Nama kucing bahagian 2 akan datang nanti. Mula-mula buka cerita fasal si Kuntum yang mengada-ngada ni.

Ada satu ketika, Kuntum buat perangai, be***k (bukan mencarut, takut orang tengah makan sambil baca terbayang pulak) dalam rumah. Nasib baik pot dia kat satu tempat aje. Di penjuru dinding. Jadi senang taruh surat khabar. Tak tau masalah apa yang dialami, sebelum ni tak ada pun macam tu. Siap mengkaji, agaknya dia takut  kucing di luar.



 Lebih menyakitkan hati bila nampak bapak datang –bapak – orang yang mempunyai kuasa untuk membuang tanpa memberitahu- kiranya – nyah kau dari sinilah Kuntum wei. Masa time bapak datang nilah baru nak mencakar-cakar. Mengada-ngada betul, jadi untuk menyelamatkannya, terpaksalah buka paip air atau ketuk apa-apa benda supaya tak kedengaran.

Ikut petua orang tua-tua, ukur ekornya dengan lidi dan letak lidi tu di tanah, tempat yang kita nak dia be**k. Arggh tak jalan. Akhirnya buat petua sendiri.. hipnosis okeh. Masa dia tidur tu siap bisik kat telinga dan cakap berulang kali “be**k dekat luar” . Pendekatan psikologi ya. Ok satu hari je dia tak buat perangai, tapi esoknya masih mencari pot yang sama.

Baru-baru ni, saya ke KL, bila balik mak cerita, dah seminggu Kuntum tak be**k dalam rumah sampailah sekarang. Haish apa maknanya tu. Saja nak menguji kesabaran ni, siap hipnosis bagai lagi tau tak. KUNTUM!!!!


Thursday, May 8, 2014

Penginapan di Jepun (Ryokan dan Capsule Hotel)


Kami duduk di dua hotel. Yamatoya Honten ada dua jenis bilik, ryokan iaitu tradisional Jepun atau Barat – dengan katil agaknya.

Boleh naik bot ni. Belakang hotel je tapi tak taulah naikkat mana.

Ruang tamu. Bila nak bentang tilam di akan tolak meja ni ke tepi. So memang muat 4 orang dalam ni.
Kami pilih ryokan untuk merasa. Tidur atas tilam lembe tapi selesa. Dengan selimutnya yang tebal elok sangat mengeram dalam tu hehe. Tapi memang bestlah, tilam kekabu pun tak best cam ni. Boleh tolak-tolak pintu ya macam cerita Oshin. Budak sekarang tak kenal pun siapa Oshin tu.  Tilam akan dibentang bila dah petang. Kitaorang selalu balik dalam pukul 9 atau 10 malam memang dah bentang. Pagi esok dia akan kemas semula.   

Hotel ni dekat kawasan tumpuan orang ramai. Memang dekat jalan besar. Bunyi lampu trafik untuk pejalan kaki pun boleh dengar dari sini. Hari kedua tu pagi-pagi dah dengar bunyi siren. Tak pasti bomba atau ambulans. Bingkas bangun kot ada emergency, rupanya lalu je. So siapa tak tahan bunyi bising tak boleh la duduk sini. Mudahnya sebab dia dekat dengan subway, tempat teksi dan kedai-kedai.

Hotel ni terletak di belakang main road. Jadinya bila mula-mula nak cari memang tak jumpa walaupun dia dah bagi penerangan cara nak pergi melalui exit subway. Akhirnya naik teksi baru jumpa.

Tak de la sempit sangat, ada ruang untuk pusing ke kiri dan ke kanan. Ada tv dan cermin.

Tarik bidai tu bila nak tidur

Hari terakhir kami pilih untuk merasa tidur dalam kapsul hotel. Asal usul kapsul hotel ini dikatakan untuk orang yang sangat rajin bekerja dan orang yang ketagih bermain mesin pachinko hingga tertinggal tren akhir untuk balik ke rumah. Ruangan kapsul ini kelihatan tidak selamat kerana hanya ditutup bidai tapi kami memilih bilik persendirian yang hanya memuatkan empat kapsul. Ada juga yang berbentuk dorm yang lebih murah. Lelaki dan perempuan ditempatkan di aras yang berbeza. Di dalam kapsul ini lengkap dengan televisyen, cermin, jam, jam penggera, dan butang kecemasan. Jika butang kecemasan ditekan pihak pengurusan akan datang untuk memeriksa. Menarik juga merasai pengalaman ini.


Ada jam, boleh pasang alarm. Butang-butang kawalan jauh ni untuk memudahkan kita. Tapi baca dulu penerangan ya!

Kalau dorm, cenggini lah rupanya. Tingkat perempuan dan lelaki berbeza.

Ni dalam ruang rest room yang dikongsi beramai-ramai. Boleh sauna juga. Bilik mandi yang dikongsi beramai-ramai juga. Hmm..memang tak mandi..hehe

Tuesday, May 6, 2014

Hari Kelima : Universal Studio Japan


Jika di Tokyo ada Disneyland. Di Osaka ada Universal Studio.  Beli tiket dari Malaysia lagi, lebih mudah tak payah berbaris panjang bila sampai di sini.



Biasanya orang nak tangkap gambar dengan glob kan tanda dah pergi. Walaupun tak beli tiket tapi bolehlah bergambar di sini.

Sampai-sampai hujan lebat. Kalau sebelum ni sejuk sampai kena pakai heat pack, tapi bila hujan rasa macam di Malaysia aje. Biasa. Mujur payung sentiasa ada di dalam beg. Tak perlu belanja lebih nak beli payung atau baju hujan.  Baju hujan laris macam goreng pisang panas lebih-lebih lagi dibuat khas bentuk Elmo dan Snoopy.
Kalau di Universal Studio Singapore highlight Madagascar dengan Shrek. Kat sini nampak banyak Sesame Street dengan Hello Kitty.  Kami tengok 4D movie Sesame Street. Walaupun cakap Jepun, boleh faham dan menghiburkan. Selalu kalau 4D kita rasa macam air keluar, kerusi bergoyang dan angin. Tapi paling best boleh terbau harum biskut yang baru masak. Cookie monster kan suka cookies.
Jalan susah gak hujan-hujan ni takut licin. Jaws pun menarik gak. Pandai sungguh derang ni berlakon. Larikkk!!, jaws. Nenenenenene (bayangkan lagu jerung datang) Semua tempat pun cakap Jepun tapi no hal. Enjoy. Hello Kitty original Jepun lagi. Comel.




Teringin nak naik roller coaster, ujan pula tak berani. Lagipun kena naik sorang-sorang tak best.
Tak bestnya kat sini berbanding USS tak ada fridge magnet, atau t-shirt USJ. Key chain dengan phone strap yang banyak.
Tutup pukul 5. Ini merupakan hari terakhir kami di sini. Last makan naan di Osakako.  Paling murah.Memandangkan sebelum ni tengok portion besar, kitaorang kongsi je, tukang masak tu geleng kepala sambil senyum sinis. Gamaknya dalam hati dia kata, tak de duit la tu. Dekat sini semua dapat air kosong masa order makan so jimat sikit dari order air.

Friday, May 2, 2014

Hari Keempat: Rose Cafe & Gion, Kyoto

Dah puas tengok pemandangan kami teruskan perjalanan nak pergi solat dan makan. Berdasarkan blog katanya berhenti stesen Marutamachi. Cari-cari tak jumpa pun masjidnya . Peta yang diperoleh daripada carian google kelihatan mudah tetapi susah untuk mencarinya lokasinya.  Bertanyakan pada 2 warga tempatan yang boleh berbahasa Inggeris, memang derang tunjuk nama lorongnya tapi derang pun sebenarnya tak tahu di mana masjid tu. Punya la banyak lorong keluar masuk. Give up dah ambil teksi sahaja. Memandangkan masjid tu agak tersorok kami suruh dia bawa ke Rose Café.  Meter bermula JPY550. Ceh jauh lagi rupanya. 
Cat warna hitam itulah Rose Cafe
Café ini mendapat pengiktirafan  Majlis Agama Islam Kyoto. Ada desert, burger, set nasi lauk ayam atau ikan. Saya memilih ikan. Sedapnya rasa ikan Saba bersama sup.


Kedai ni dua tingkat

Menu


Ikan Saba sedap betul. Rasa salai macam ada bakar-bakar sikit tu spesel.Nasi ditambah mentega tapi tak ada rasa perbezaan pun.

Keluar dari Rose Cafe, ke kanan dan akan nampak papan tanda ni. Ikut sahaja arah yang ditunjukkan.
Kami bertanyakan arah masjid. Terletak di belakang dan agak tersorok dan ia sebenarnya bangunan biasa bukan nampak macam masjid yang ada kubah so mungkin orang pun tak perasan. Disambut dengan saudara kita dari Indonesia so senanglah berbicara.  Mekasih atas infonya ya. Bagi sesiapa yang ingin melawat ke Kyoto boleh melawat laman web ini. 

Utuk membina masjid baru di Kyoto. Sesiapa yang singgah nanti boleh hulurkan derma supaya hasrat membina masjid ini tercapai dan mendapat jumlah  wang mengikut sasaran yang ditetapkan.

Sebelum ini turun di stesen yang lain. Rupanya stesen ini lagi dekat untuk pergi ke masjid.
Seterusnya kami ke Gion Shimbasi naik dari stesen Jingu-Marutamachi.  Ni pun susah gak tak tahu Exit mana patut keluar. Belasah aja dan akhirnya jumpa juga. Pihak kerajaan memelihara kawasan ini. Oleh itu dapat dilihat adanya bangunan tradisional dengan bidai-bidai buluh di satu kawasan. Kebetulan pula masa tu ada sepasang pengantin tengah photo shoot, pre wedding, wedding atau post wedding pun tak tahu. Siap ada pedang samurai lagi. Minta izin untuk gambar bersama. Derang ok je. Lepas tu photographer tangkap gambar kami guna kamera dia. Harap-harap bertuah gambar tu. Hehe. Kat sini juga boleh berjumpa Geisha atau Maiko (pelatih) jika kita datang lewat petang. Geisha adalah seorang penghibur yang berkebolehan bermain alatan muzik tradisional, menari tarian tradisional yang memakai pakaian tradisional Jepun.Ingat lagi cerita Oshin yang terpaksa bekerja sebagai geisha? Pengetahuan am tu. hehehe

Lorong dekat sini sahaja yang macam tradisionalnya.

Lepas tu balik ke Osaka semula. Hari yang sungguh penat. Menggunakan kaki semaksimum mungkin untuk mengayuh lagi. berjalan jauh lagi. Naik tangga pun dah berpaut dekat pemegang je. Balik hotel tampal koyok lor.