Thursday, April 5, 2018

Da Lat, Vietnam (3-7 Mac 2018)


Da Lat banyak tempat yang menarik. Tidur satu malam je tak cukup sebenarnya. Mengenangkan masa  yang singkat, kenalah pilih tempat yang betul-betul kena dengan jiwa semua ahli kumpulan. Waduh-waduh susah nak buat pilihan, buang satu tambah satu. Banyak tempat yang boleh dilawat seperti air terjunnya, kereta kabel, kampung-kampung yang ada adat tradisional, sejarah dan taman-tamannya. Memang semuanya ada di sinilah. Lagi satu sebelum ni ada baca, kawasan ni sejuk, macam Cameron Highlands, dah bersedia baju tebal sikit tapi tak sejuk pun.  Ikut bulan kut.

Kalau tak tahu nak pilih mana, kenalah rajin membaca sikit dan kalau malas membaca, ambil je mana-mana pakej hihi. Contohnya Pongour Waterfall, Datanla Waterfall dan Elephant Waterfall.
   
View daripada hotel. Da Lat juga dikenali sebagai Little Paris oleh orang tempatan.

HCM ke Da Lat ikut jalan darat hampir 8 jam. Untuk jimatkan masa nak balik semula ke HCM kami naik flight VietJet. Ms Khanh dah tempahkan sekali. Include trip. Mula-mula tiket pukul 4.35 petang bermakna pukul 2.00 dah kena pergi airport. Masa setengah hari untuk pergi ke tempat yang banyak benda menarik tentulah tak cukup. Pening nak pilih tempat dan sentiasa kena buat undian.  Minggu –minggu akhir sebelum nak pergi, Ms Khanh beritahu flight dijadualkan semula pukul 7.00 petang so ada masa lebih nak melawat. Yeah! Delay yang menyeronokkan.

Pemandangan ala-ala iklan Salem High Country (dulu-dulu)
Pukul 7.30 pagi driver datang tepat masanya.  Driver lain, kereta lain. Tak jumpa dah budak semalam. Yang ni pandai cakap English dan banyak bercakap. Destinasi pertama ke Me Linh Coffee Garden. Cadangan daripada Ms Khanh sendiri. Sebenarnya kami pilih tempat lain tapi tertawan dengan 2 keping gambar yang dihantar. Wah! Terus 'buang' yang lain.

Tempat tu jauh juga dari bandar.  Setelah melalui suasana mendamaikan pohon-pohon ru ala-ala Salem High Country  mulalah melalui kawasan yang banyak bunga-bunga pula . Suasana tu dah rasa seperti di Cameron Highlands, pelbagai ladang bunga di kiri dan kanan.
Sudah sampai. Laluan berbumbung tu ada kerusi-kerusi di tepi. Jadi boleh duduk rehat-rehat di situ.

Me Linh Coffee Garden merupakan tempat pokok kopi ditanam dan ada kafe di situ. 'Bolehlah try sarapan sini', fikir saya. Setelah nampak signboard weasel cages … erk musang tu. Ni sama dengan kopi luwak (Indonesia) juga gamaknya. Tak lalu pula nak minum di situ. Suasana di situ memang cantik dan damai. Saujana mata memandang. Yang paling menarik adalah kebun bunga yang terletak di sebelahnya. Bunga 3 bulan (hydrangea) dan bunga matahari ditanam berbatas-batas di situ.

Ada musang? Eh kita nak tengok bunga ya. 
Kawasan di situ luas. Ada tasik. Kami tak turun ke pokok kopi tu.


Sini ada lagi kopi. Mencari-cari manalah dianya flower field yang Ms Khanh beritahu tu. Driver tu tunjuk arah ladang yang lain daripada gambar yang diberi. Hmmm.
Eh tu dia bunga matahari yang banyak tu. Jom cari jalan masuk


Boleh lepak minum kopi di sini. Erk tak lalu la pulak bila nampak ada kandang musang tu.

Lebah menghisap madu bunga.

Bunga-bunga matahari.
Anggun mekar di taman sari,
Warna jingga suntingan hati
Bagai tanda kasih bersemi

- Maya
Wau gila bergambar dibuatnya tengok bunga-bunga ni. Bunga matahari pun dah besar muka sendiri. Diletak pula buaian sebagai prop. Meredah batas-batas bunga matahari yang hampir tinggi dengan diri sendiri untuk mencari posisi yang menarik hingga tak sedar kasut berlemuih kena tanah.Seberang ladang ini juga ada satu ladang lagi. Ada pokok lavender tapi belum besar lagi. Driver tak khususkan masa berapa minit. Jadi bergambar hingga puas.

Kena pilih posisi yang sesuai untuk mengambil gambar sebab bunganya 'memandang' ke arah yang sama. Jadi kita pun kenalah bergambar ikut arah gitu juga.

Teringat mak pernah tanam bunga ni dulu. Bunga-bunganya memang sejambak gitu. Nama saintifik Hydrangea atau dipanggil nama 3 bulan kerana mengambil masa 3 bulan untuk berbunga kembang mekar. Di tengah bandar Da Lat pun memang banyak ditanam dekat tepi jalan. Memang senang hiduplah di sini sebab dia memang sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.

Walaupun sini ladang bunga, takde pulak benih pokok yang dijual. Dia memang ladang je.  Sebab yang utamanya adalah tanaman kopi. Masuk ke sini  VND 15,000 (RM 2.60)
Lavander masih kecil. 



Mencari tandas, haih ke lain pulak pergi. Rupanya dah dekat dengan kandang musang. Mari kita singgah dulu sebelum masuk toilet. Yang ni sama ada biji kopi yang telah 'diproses' oleh musang ke atau tidak saya pun tak tau.
Cuba tenung di hujung sekali tu. Musang tengah tidur nyenyak. Diakan haiwan nokturnal. Berjaga malam.
Seterusnya ke Crazy House. Tiket dah include dalam trip. Memang crazy rumah ni, masuk lain boleh tembus ikut lain. Sayangnya time kami pergi, ramai juga pelancong lain jadi terpaksa menunggu giliran jika laluan di situ kecil. Nak bergambar pun susah juga nak cari pot yang tak banyak orang. 
Crazy house. Dalam ni ada hotel juga. 
Panduan kawasan tu, tetapi idaklah tengok betul-betul. Mana yang nampak kosong, kitaorang terjah.

Berhati-hati juga di sini, sebab laluan dia bukan macam tempat biasa, ada yang naik turun tangga, ada yang laluan kecil.
Special tong sampahnya.

Di sini juga menambah ilmu dengan meninjau tempat sejarah. Bao Dai Palace merupakan kawasan istana musim panas bagi raja Vietnam (dinasti Nguyen yang terakhir). Seronok juga melihat istana zaman dulu.  Istana ini dibina tahun 1933 dan siap 1938. Oleh kerana Vietnam pernah dijajah Perancis jadi kita boleh baca cerita-cerita dan keterangan gambar tu ada kena-mengena dengan Perancis.  Arkitek Perancis dan Vietnam, Huynh Tan Phat merupakan tunggak utama yang membina istana ini.  Malah, ada material yang dibeli terus dari Perancis.
Bao Dai Palace, tak besar sangat. Dalam 45 minit pun dah boleh habis. Reminder, sesiapa yang tak minat tempat begini  (sejarah) akan mengatakan ia hanya sebuah bangunan. Di luar bangunan juga ada gerai-gerai dan tempat untuk bergambar dengan kuda, burung. Tapi kena duitlah. Silalah bergambar dengan bunga di taman sahaja. Tiada caj dikenakan. 

Bilik tidur anak-anak raja
Kita boleh masuk bilik-bilik di istana tersebut. Ohh kena pakai sarung kasut yang disediakan di pintu masuk. Boleh tengok bilik kerja, bilik tidur putera dan puteri, pemangku raja, bilik hiburan bersama keluarga dan macam-macam lagilah. Nak tengok toilet pun boleh tapi tak boleh masuk,  ditutup tapi boleh tengoklah sebab transperant.  Bilik raja dekat dengan balkoni yang diberi nama khas moon watching balcony. Kalau siangnya, dari balkoni tu boleh nampak taman yang cantik dihias rapi.
View dari koridor melihat anak bulan. 

Bilik pemangku raja/ raja muda. 
Bath tub dan toilet bowl ni mesti import dari Paris, kan.
Mesin tenun rasanya, hihi haritu dah google translate. Lupa
Bilik permaisurinya lebih besar daripada bilik Raja itu sendiri. Permaisuri ada bilik jahitnya sendiri juga yang terletak berdekatan biliknya.  Kisahnya,  permaisuri ni anak orang kaya dan pernah menjadi ratu cantik ketika mudanya.  Baginda meninggal dunia kerana kanser. 

Ada sesetengah keterangan  tiada dalam bahasa Inggeris jadi guna Google Translate sahaja untuk ketahui info. Untuk trip Vietnam ini sebenarnya kita boleh minta tour guide yang berbahasa Inggeris, memandangkan kami ikut bajet dan sekarang ni apa pun boleh google. Tak payahlah ambil tour guide, ambil driver je. Kalau tour guide berbahasa Inggeris harga lain.
Kalau ikut apps Muslim Pro, ini je restoran halal yang disenaraikan. Tidak pasti jika ada restoran halal yang lain.
Simple je. Tapi ayam tu sedap hingga menjilat jari, tak tau nak kata masak apa, tak berapa pedas tapi pelbagai rasa. 
Lunch time di Restoran Fatimah. Ya Allah sedapnya lauk, selera kami makan. Include dalam trip juga. Pilihan menu yang bijak sama ada oleh orang kedai atau driver sebab masa kami sampai dah siap terhidang.  Vietnam style, ada lauk ayam, udang dan semestinya peberet orang Malaysia, telur dadar haha. Sup sayur pun sedap tu siap ada cabai potong. Tapi belum cukup lengkap. Tambah kicap. Barulah kick. Licin semuanya.  Ada bilik solat di sini. Alhamdulilllah tak payah fikir nak cari tempat untuk solat dah.  
Stesen Kereta Api Da Lat. 
Boleh bergambar di gerabak-gerabak yang ada di sini. 
Seterusnya, masih mengekalkan tema sejarahnya.  Melawat ke stesen kereta api Da Lat.  Jika baca di google, kita boleh beli tiket untuk ke satu kawasan perkampungan. Kiranya khas untuk pelancong sebab dia akan patah balik tapi kami tak sempatlah nak naik. Just melawat dan bergambar di situ.

Tanya dekat driver, La Phong tu apa? La phong! Dia pun tak tahu nak menjelaskan haha agaknya nama Vietnam untuk Da Lat Maple Leaf
Maple Tree
Ha ni kan macam bendera negara Kanada
Special kerusi ni, daripada tayar
Tangga yang dicat berwarna-warni

Tayar lagi.

Destinasi akhir petang-petang ni ayuh kita ke taman. Sebenarnya banyak taman menarik yang ada di sini, 3-4 jenis juga. Membuat undian taman mana nak pergi akhirnya pilih Da Lat Maple Tree sebab macam baru dibuka dan belum ramai orang pernah pergi lagi. Tengok pokok maple pun muda lagi. Mungkin ada bulan-bulan yang menarik yang sesuai pergi ke sini. Sila tengok website.  Dalam satu jam lebih kami pun beredar, kiranya penat juga dah. Terus ke airport sahaja. Ho Chi Minh kami datang. Shopping time!


Tuesday, April 3, 2018

Mui Ne - Da Lat, Vietnam (3 - 7 Mac 2018)


Plan asal kami dari Mui Ne ke Da Lat nak naik bas. Seminggu sebelum nak terbang, Ms Khanh tawarkan private car tapi tambah RM70 seorang. Kalau naik bas perjalanan lebih kurang 5 jam tapi kalau naik kereta, boleh jimat sikit masa katanya sebab jalan pun belok-belok dan berbukit. Setelah meneliti pro dan kontra, ambik private car lebih baik lagipun still dalam budget. Kita pun tak payahlah nak terkejar-kejar ke stesen bas naik bas pukul 12 dan sempat solat zohor dulu sebelum gerak. Dah ikut masa sendiri, kan. Driver ni pun datang menepati waktu. Muda budaknya. Malu-malu.  Tak reti cakap English jadi dia lebih banyak diam.
Laut yang kebiruan
Yeah kita mulakan perjalanan seterusnya. Menyusuri pantai yang cantik. Driver ni, hon sepanjang masa. Tak tahulah sama ada untuk beritahu kita nak lalu atau nak suruh  orang tu ke tepi.  Selekoh bagi signal pulak. Confuse. Saya duduk sebelah pemandu, jadi pemerhati je lah. Nak tanya pun dia tak reti nak jawab.  Sebelum ni pernah terbaca satu artikel, di Vietnam  pelancongnya tak boleh bawa kereta sendiri  (seperti sewa kereta di negara lain) tapi kena ambil pemandu sekali. Memang pening pun rasanya bawa kereta di sini, dahlah bawa sebelah kiri, dengan motornya yang banyak. Mau terkedu di situ. Di sini memang pemandunya bawa slow & steady 40-50 kmj. Jadi boleh tangkap gambar yang cantik juga snap dari kereta.

Banyak jumpa bunga bulang di sini. Eh sama dengan bunga rasmi bagi bandar raya Ipoh.
Selepas pantai, lalu lebuh raya, masuk ke kampung pula, lalu sawah padi. Dari malam semalam memang nampak pokok naga (dragon fruit) je, hari ni pun sama tapi belum berbuah lagi. Semasa pergi Batam dulu pun, pokok naga banyak ditanam. Nampaknya Asia Tenggara memang  banyak tanam pokok ni.
Nampak tak macam ada tergantung sesuatu di pokok tu, rasanya itulah mentol lampu yang saya nampak dari dalam sleeping bus kelmarin.

Lalu jalan kampung kadang-kadang tak rata. Ni kalaulah naik bas memang akan terasa henjut-henjutannya.  Tengah hari rembang dan air cond yang sejuk sesekali terlena juga dibuatnya walaupun menahan diri untuk tidur sebab nak tengok pemandangan.
Belum berbuah lagi.
Setelah 2 jam lebih, laluan mula bertukar kepada berbukit.  Perasaannya seakan-akan  drive dari Simpang Pulai nak ke Cameron Highland ataupun dari Kota Kinabalu nak menuju ke Gunung Kinabalu. Jalan berbelok-belok dan makin tinggi. Signal telefon mula kelip-kelip  ada … tak ada ... ada. Hutan di kiri dan kanan jalan.
Jalan berbukit

Kami melalui satu kedai makan kiranya tempat untuk singgah berehat.

“Toilet?,” soal driver.

Kitaorang kata tak nak tapi kalau dia nak berhenti berehat bolehlah. Tengok dia macam letih dan resah je.

Dia pun teruskan. Haha faham ke idak tak tahulah. Penat cakap panjang-panjang. Kitaorang pun keluarkan bekal roti dan makan-makan dalam kereta. Siap tawarkan kat dia tapi dia tak nak.

Tiba-tiba dia berhenti tepi.  Dia tunjuk pada dashboard. Saya tengok penanda minyak E. Assume minyak tak ada. Dia call somebody dan lepas tu beritahu saya, “10 minute.” So assume juga akan ada orang datang tunggu 10 minit. Kitaorang bebel-bebel sesama sendiri apalah tak isi minyak dah tau nak jalan jauh.
Lepak luar dulu. Hangat nunggu dalam kereta.

Dekat 10 minit, dia pun duk lepak tepi jalan, tak ada pun apa-apa bantuan. Saya gunakan google translate BM-Vietnam dan tulis, ada masalah ke? Dia faham apa yang saya tulis dan balas kat situ bahasa Vietnam. Panjang betul dia tulis tapi bila nak tukar translate ke BM tu line tak ada balik. Adoi, jalan ke depan, ke belakang mencari signal. Tak ada juga. Ok dah jadi drama bersiri lah pulak. Tak tahu apa yang dia tulis ni. Hehe.

Driver masuk. Kami pun masuk.  Enjin start. Jalan. Air cond tutup. Buka tingkap.  Best juga kena angin luar. 2km berjalan, tiba-tiba bunyi macam air menggelegak daripada enjin. Dia berhenti lagi dan tengok enjin.

Saya pun menyibukkan diri,  “Wow, kenapa ni nampak air hijau berserakan atas enjin. Air hijau tu dari coolant ke?” Konon-konon tau tu haha. Saya rasa penutup radiator, panasnya.

Ohh rupanya yang dia tunjuk kat dashboard tu nak beritahu pasal suhulah dan bukan minyak habis. Kalau dah tutup enjin, kan penanda aras minyak tu memang kat E. Nampak panik pemandu tu, sibuk dia bertelefon, duk mencangkung sini duk mencangkung sana, mencari signal.  Tapi at least dapat juga dia berhubung.  Kami ni masih tak ada signal. Apa yang dia beritahu di google translate tu masih belum dapat jawapan.

Dia call seseorang dalam bahasa Vietnam entah apa cakapnya, kelihatan tension tu, kesat-kesat peluh lagi. Kami membebel sesama sendiri je.

“Kalau kita naik bas  kan tak ada macam ni… pot pet pot pet,” sambil gelak-gelak je makan kacang putih Kuala Kangsar mari!

Tapi kitaorang tak adalah buat driver tu makin tension siap kitaorang suruh dia relax lagi.

Dia menggodek-godek enjin guna kayu. “Ok! Ok!”

Semua masuk.  Baru berjalan 1km,  enjin berasap, bau hangit mula terhidu.

“Stop! Stop!” saya tunjuk di enjin. Dia berhenti lagi. Dia buka balik enjin lepas tu siram air dekat enjin. “Waduh gi mana ni”.


Aish mana signal ni?

“Telefon Ms Khanh lah beritahu,” cadang Yong A

Driver jauh dari kereta, mencari signal. Call lagi.

“Macam mana pula nak telefon, line pun tak ada! Masing-masing smartphone canggih suatu pun tak boleh pakai. Adoila."

Driver balik ke kereta. Saya beritahu driver,”Borrow, phone.” Dengan bahasa isyarat sekali. Telefon dia jenis nokia yang lama tu. Nokia 1280 kut. Tak dapat juga, dia ajak pergi ke seberang tempat dia call tadi.  Situ ada signal. Haha. Dial Ms Khanh. Memang ada dalam contact list dia.

“Kami tak nak naik naik kereta tu. Bahaya. Berasap! Ada bau hangit (setelah dialih bahasa).

 Pas pula dekat driver – bla – bla-bla-bla dalam bahasa Vietnam.

Pas semula dekat kawan.

Ms Khanh beritahu,  “Driver cakap, air warna hijau yang dia taruh tu untuk sejukkan enjin, dan dia dah call bahagian servis kereta tu kata ok. So driver kata ok, boleh teruskan perjalanan.”
Ha baru dapat kat sini. Ok hantar WA.
Tak puas hati pula kitaraong, udah berasap macam tu dikatanya ok. Ms Khanh suruh tangkap gambar enjin dan hantar WA.  Ok nasib baik ada line sekejap, bolehlah  hantar.  Masuk kereta  semula. Oleh kerana saya duduk di sebelah pemandu, saya ditugaskan untuk tengok jika berasap lagi. 

Jalan lagi 1km. “Stop! Stop!” Depan berasap.

Kereta berhenti je kitaorang terus keluar.  Risaulah pulak, terbakar ke meletup ke. Negara orang pula ni. Insurans pun ambik yang rendah je ni.

“No! No!” Kami tak nak naik. Still berdiri di situ.

Dia call somebody, pastu dia cakap. “Taxi! Taxi! Wait! Dia keluarkan beg. So kita orang duduk la tepi tu.

Dia patah balik belakang. Signal masih celum-celam lagi tapi dapat juga WA Ms Khanh. Dia suruh tunggu di situ. Driver panggil teksi.

Kitaorang duduk di tepi jalan yang  banyak batu batu besar sambil kereta motor lalu-lalang tengok kami. Idak pun nak beri bantuan ke apa. Eh! Sebenarnya kitaorang pun risau juga kalau orang tak kenal tiba-tiba datang. Bahaya juga tu.

Marilah kita muhasabah diri di sini ya kawan-kawan.

Melalui WA, Ms Khanh beritahu, dia dah pesan driver jangan tinggalkan kami lama-lama di situ. Tunggu situ sehingga driver datang semula.

Driver memang suruh naik dan teruskan perjalanan, kami yang tak nak.  Kami sebenarnya tak adalah marah sangat jadi macam ni, cuma lebih kepada muhasabah diri dan berfikir semula, dari nak pergi flight delay, jeep pun macam ada problem, mungkin ada ‘teguran’ daripada Allah. Di luar jangkaan. Kitaorang tengok driver tu pun kesian, resah gelisahnya dengan bawa pelancong lagi. Tak boleh nak communicate lagi.  Pada siapa lagi hendak meminta bantuan jika tidak daripada Allah sahaja sekarang ni. Berzikir dan berdoa dipermudahkan urusan dan selamat daripada segala yang buruk.  Driver tu pun tengok dia pegang-pegang patung Tuhan dia. Minta doa gak kut.

“Pukul 4 dah, mesyuarat, mesyuarat. Kita kena fikirkan plan seterusnya. Sampai bila nak tunggu? Nanti dah malam,” kata Mek.

“Nak tumpang orang ke, tapi Ms Khanh suruh tunggu,” balas Mek Na

“Bahaya tumpang orang, kena naik bas,” kata Yong A

“Maghrib pukul 6, nanti gelap ni,” kata Mek Na

“Kena naik bas cepat juga, nanti tak tahu bas akhir pukul berapa,” balas Yong N

“Kita tunggu sampai pukul 5.30. Kalau tak ada,  kita naik bas,” kata Mek.

Kata putus sudah dicapai.

Di depan tak tahu apa yang ada, berapa jauh perjalanan lagi pun tak dapat check. Smart phone masing-masing tak de signal. Buntu.

Menghampiri  5.30 petang, sebuah kereta perlahan-lahan datang ke arah kami. "Macam kereta tadi je". Check nombor plat. Kereta sama. Driver yang datang pun sama haha. Dia terus angkat beg. “Lor kata panggil teksi.”  Oklah tu kut. Ikut aje.

Jalan berbukit lagi, dan akhirnya masuk kampung jalannya sudah mendatar. Yeay signal dah ada, tapi tak ada apa-apa yang nak dilaporkan dah. Penerangan yang driver ni tulis di Google Translate sebelum ni kekal jadi misteri sebab saya terus keluar apps jadi tak tau apa yang ditulis. Driver masih sibuk dengan orang yang menelefon dia. 

Setelah melalui jalan kampung, barulah nampak signboard Da Lat. Lebih kurang 25 km lagi. Macam KK ke Ipoh maksudnya dalam 35 minit lagi. Alhamdulillah, check di Google Maps nak ke Hotel lebih kurang masanya macam tu juga.

 Malam sudah mula nak menjelma. Melalui lebuh raya bertol. Driver ni tiba-tiba berhenti tepi jalan.

“Alamak! Not again.” Dia cakap something dalam bahasa Vietnam pada saya dan keluar. Ohh dia tengok lampu ada ke tak. Sebab dah malam.

Melepasi lebuh raya, naik bukit lagi, phone tiada signal semula.. ha sudah, janganlah kereta buat hal lagi. Ni betul-betul dah gelap.

Akhirnya, lampu-lampu berkelipan mula kelihatan. Meriah suasana bandar tu. Selamat tiba di hotel. “Thank  you.” Dia pun boleh lega dah selepas ni.  Pengalaman untuk dia juga tu.  

Hotel kami dekat dengan pasar malam. Lepas je letak beg, turun semula sebab nak cari buah-buahan. Kata orang sini banyak buah.

Sampai di pasar malam, terdengar satu lagu yang biasa dimainkan dengan rekorder waktu sekolah dulu.

Badan ku kurus bukannya, kurang makan
…
Ohhh si jantung hati oooh si jantung hati.

Mencari arah lagu tu. Ada orang jual Banh Roti Malaysia tapi yang membuatnya orang Vietnam. Banh kalau dialih bahasa ‘kek’ tapi jualnya roti canai. Hmmm. Garu kepala. Ada pelancong ni siap ambil video tengok tukang masaknya tebar roti canai. Tulisnya halal. Penjual tu serahkan nama kad Kampung Pandan Restoran yang ada di HCM . Ooh kedai ni pernah baca dalam blog. Kami pesan roti pisang dan roti bom.  

Di pasar malam ni, macam-macam ada dari pakaian, makanan, bunga  dan buah ada di sini. Orang ramai. Pening pula tengok, dahlah letih lagi ni. Beli strawberry je. Terus balik hotel. Esok kena check out seawal pukul 7pagi sebab kami akan terus naik flight balik ke HCM selepas melawat sekitar Da Lat jadi memang tak balik ke hotel semula. Adakah kereta dan driver orang yang sama? Excited nak tahu. Hehe.
Bunga-bungaan

Avocado kut  di sinun.
Hasil laut
Dalam ni ada bahan-bahan kering. Tak sempat tengok, cuma intai dari jauh je.
Ms Khanh WA tanya keadaan. Walaupun kereta rosak, kitaorang takdelah nak claim duit ke apa ke, bukan salah dia pun, takkan dia nak rosak reputasi diri sendiri, kan. So kitaorang ok je. Bertenang. Orang Islam kena tunjuk attitude sabar dan kasih sayang. Betul, tak?

Sunday, April 1, 2018

Tip Kembara – Vietnam (3 -7 Mac 2018)


Membawa enam perkara dalam perjalananan

Orang yang pergi musafir disunatkan membawa enam macam barang, sebagaimana telah diperbuat Rasulullah SAW iaitu cermin, alat memalitkan celak, gunting, sugi, sikat dan botol dari kaca. Yang demikian dianggap perkara-perkara yang lazim dan amat diperlukan oleh seseorang, sama ada ketika hadir (tidak musafir) atau ketika bepergian (musafir) .

Sumber: Panduan Musafir, Muhammad Uthman Al-Khusyt, Pustaka Al-Mizan,1989.

Pergi Vietnam ni jangan lupa bawa keperluan untuk nak masuk toilet. Jangan haraplah kat dalam tandasnya ada paip air.  Saya bawa water bag ni. Sebenarnya kawan hadiahkan untuk isi air minum bila bercuti bersama-sama di selatan Semenanjung. Entah masa bila saya boleh tukarkan kepada tempat untuk isi air dan bawa ke tandas ketika travel. Memang pratikal daripada bawa botol mineral sebab yang ni boleh dilipat-dilipat dan letak dalam hand bag. Hadiah kecil tapi bermakna. Ramai pulak tu dah guna. Dapat pahala juga orang yang memberi hadiah ni sebab memudahkan orang menunaikan qada hajat. Oh ada dua tempat yang jumpa paip air, kedai borong 4 tingkat dan dalam dewan di Da Lat Maple Tree. Kalau di hotel memang adalah paip air dalam tandas. Takkan nak tunggu balik pulak kan.
Antara traveller kit jugak ni. Banyak kali juga dia ikut kembara luar negara.

Lipat-lipat masuk beg atau gantung je.