Thursday, September 8, 2011

Jangan Bersedih

Buku ni dipinjamkan oleh kawan sebelum puasa lagi. Lama dah ni..buat macam harta sendiri pulak..hikhik. Kalau pinjam kat library memang kena denda dah ni. Sorry Pyneh, akan baca secepat yang mungkin ya.

Tajuk: Jangan bersedih (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan)

Penulis: Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni

Penerbit: Al Hidayah Publications, KL. Cetakan Pertama, 2007.

ISBN:978-983-099-804-6

Sinopsis: Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh daripada penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang menkagumkan. “Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih.”

Komen: Dah lama nampak buku ni, tebal dan dan bersaiz besar tapi bila dah dikecilkan, menarik sikit nak bacanya dan mempunyai 3 jilid. Lebih senang dalam bentuk poket kerana mudah dibawa ke mana-mana. Dan rasanya perempuan yang senang sebab selalu bawa handbag. Lagipun sekarang ni handbag semua saiz besar-besar maklumlah ada yang nak isi ipad atau galaxy tabs, kan. Merupakan penulis yang sama untuk buku motivasi khusus untuk wanita.

Duhai hati, bersabarlah. Laa Tahzan, setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Anda sendiri yang menentukannya. Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angina akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehinggga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Antara artikel yang menarik perhatian: ‘Teguhkanlah Keperibadian Anda’, ‘Terimalah Qadha’ dan Qadar Allah’, ‘Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan’, dan ‘Allah Akan Mengganti Yang Lebih Baik’.

Tuesday, September 6, 2011

Duit Raya

Banyak dapat duit raya atau kena keluar duit raya? Dah besor panjang ni terpaksalah kita yang mengeluarkannya ye tak. Ada macam-macam kategori duit dalam sampul tu..untuk saudara-mara dan anak kawan-kawan mungkin mahal sikit jika dibandingkan untuk budak-budak yang tak kenal yang datang beraya ke rumah. Ada sesetengahnya pula memilih untuk bagi mak dan bapak saudara. Besar juga nilainya RM10 dan RM20. Ikut kemampuan masing-masing.

Paling seronok sekali bila tengok gelagat budak-budak yang umur 2-3 tahun. Kadang termangu-mangu bila orang bagi duit raya. Ada pulak yang bagi balik sampul tu kat kita, siap geleng kepala lagi tak nak. Alhamdullillah..selamat duit aku...hehe.. tak delah, bagi kat mak dia suruh simpan. Tak adillah pulak nanti, kan. Mungkin mak bapaknya ajar jangan materialistik...haha kiut.


Sampul duit raya tak payah beli. Biasanya dapat free. Majalahnya ntah ke mana, tak sempat nak membacanya. Maklumlah sebelum raya banyak majalah yang keluar awal. Dahlah tu tebal-tebal pulak. Scan ajalah membacanya..tengok resepi. Bulan Oktober pun dah keluar masa puasa lagi sebab derang takut lori tak jalan. So lepas raya nilah masanya untuk mengulang kaji majalah-majalah baru.

Ni bukan kira duit raya ya...kira sampul raya, banyak ni dia dapat..hehe..tak reti lagi nilai duit.

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Merdeka

Dipos kepada Kak Sarifah di Seremban

Dipos kepada Rosli di Segamat

Ampun maaf dipinta kepada semua dan ayuh kibarkan Jalur Gemilang

Wednesday, August 24, 2011

Karipap Panjang


Karipap mini ada, karipap bulat ada, karipap besor yang singgit satu tu pun ada... ni ha jumpa pulak karipap panjang. Sama je intinya macam karipap biasa tapi paten panjang.. bagus, ada kelainan. Dijual di Pasar Ramadan Chandan Puteri, digoreng panas. Alah bila buka puasa dah sejuk balik. RM2-5 biji dan ada gak jual frozen RM5-14 biji.

Puasa tahun ni dalam sejarah sebab pi Pasar Ramadan 3 kali je. Tapi keburukannya...membeli lebih banyak daripada biasa...hahaha. Rojak Singapore je dah dekat 10 hengget. Ayam pusing (kat kl dipanggil ayam golek) lagi, sebelah je dah 9 hengget. Belum masuk air lagi tu. Mengada-ngada pulaklah time ni nak membeli ayor ye tak. Saya benci Pasar Ramadan.

Wednesday, August 17, 2011

Bebas Dari Belenggu

Buku ini dipinjamkan oleh kawan.

Tajuk: Bebas Dari Belenggu

Penulis: Dr . Azhar Hj Sarip

nerbit: Karya Bestari, Shah Alam, Cetakan Pertama 2010

ISBN:978-967-86-0354-6

Harga:RM 15

Sinopsis: Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan Allah SWT? Yakinlah ... andai kita mendekatkan diri pada-Nya, kita akan mendapat ilhan untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.

Berhentilah bercerita tentang kegagalan lalu. Biarlah masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan kejayaan baru dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk menukarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.

Komen: BEST. Di samping memberi motivasi, penulis menceritakan tentang pengalamannya bila berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai masalah. Jadi taklah boring sebab seakan-akan bercerita. Sesetengah tajuk ada yang telah dibaca dari majalah Mingguan Wanita tapi bila dikompilasikan begini lebih mudahlah untuk kita merujuknya. Antara tajuk menarik, ‘Berdoa Itu Satu Seni’, ‘Mencari Kemahiran Diri’, ‘Saiz Iman: XS,S,M,L,XL atau XXL’ dan ‘Sejarah Untuk Difahami Bukan Untuk Ditangisi’.

Untuk dikongsi bersama ( di muka surat prakata):

Bila Mulut Berkata

Mungkin kerana leka

sekali pena terlepas dari genggaman

ucapan oopps mendahului Ya ALLAH ...

Bila perut kekenyangan

Haa kenyangnya ... mengatasi Alhamdulillah

Bila terpegun dek keindahan

Subhanallah tertutup dengan cantiknya ...

Bila diuji dengan musibah

Kesiannya ... terucap hingga terlupa pada

Innalillahi wainna ilaihi roji’un

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa

Namun ingatlah...

Apabila Izrail datang mendekati

Biarlah kalimah lailahaillallah menjadi pengakhir bicara