Thursday, February 23, 2012

Kucing Gatei (Gatal)

Apabila anda mempunyai kucing jantan di rumah, bila tiba musim biang, kucing anda tak balik berhari-hari dan ada kemungkinan juga akan hilang. Mungkin sesat kerana terlalu jauh jalan sebab nak cari kucing betina macam Si Nonen kat umah ni. Dah hilang tak balik-balik sama ada sesat atau dimakan binatang lain (ular).

Kalau rumah anda ada kucing betina pulak. Rumah anda akan didatangi kucing jantan dari kawasan-kawasan berdekatan. Mulalah Si jantan mengiau bagai nak rak dengan suara garau.. NGIAU. Bising tu satu hal. Gaduh pulak dengan kucing jantan yang lain yang datang juga. Waduh waduh!
Jangan usik kucing yang tengah gatei ni... tengah garang masa ni. Cinta dihalang mana tak marah kan.
Dulu-dulu rasanya dalam sebulan tu sekejap je gateinya...tapi ni dari awal bulan sampai akhir bulan tak abis-abis lagi mengiaunya..salah musim ke apa kucing ni. Hairan.


Si Alor ni tak pulak p rumah orang lain. Dialah yang selalu dok bisingnya. Malaysia cat

Ni kucing baru datang. Siamese cat. Orang halau dia, buat dek je. Sudahnya kita yang takut..saya cabut lari..hahaha. Mak ada pengalaman digigit kucing dan masa tu memang musim biang pun. So tak berani ngan kucing berwarna oren ni..ala-ala spesis rimau sikit.

Ni dia diva kawasan N34..hehehe dah daftar mengundi? sila jalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.
Si Gebu ni tak fotogenik, lebih menawan di luar, ramai yang berminat nak pegang-pegang tapi selalunya dia malu-malu kucing (nama pun kucing, kan). Hilang sekelip mata.
Perhatikan Si Alor di belakang tu duk usha.


Si Kuntum juga tidak fotogenik walaupun tengah pose ala-ala comel di dalam bakul gitu.

Masalahnya, dua-dua kucing betina ni bolayan ngan kucing jantan ni tapi still derang tak kisah dan tetap mengiau siang dan malam.



Mungkin lagu ni sesuai dinyanyikan oleh budak siam dan budak malaysia di atas untuk Kuntum & Gebu

Monday, February 20, 2012

Wanita Mac 2012

Penertbit: Utusan Karya S/B, Selangor

Harga: 6.80

Orang yang gila peraduan memang matanya lebih besar bila nampak bab-bab peraduan ni hehehe. Dalam ruangan Realiti Hidup diceritakan rezeki peraduan. Pasangan yang ni lagi gila peraduan dari saya. Hadiah penuh satu rumah dengan semua anak beranak terlibat. Pasangan ni memang sanggup berbelanja lebih untuk peluang menang. Pernah hantar 12,850 keping borang penyertaan untuk peraduan Vitagen dan Marigold. Bayangkan berapa banyak kena belanja untuk beli? Pelaburanlah tu sebab memang dia menang hadiah utama. Uish tak terkejor teman, teman punya modal cuma majalah dalam RM8, poskad singgit, setem 30 sen. Dapat hadiah bernilai RM50 kira balik modal tu. Tapi sekarang ni dah eksen sikit, hadiah –hadiah ciput ni tak mainlah..at least beratus-beratus punya. Wah eksen!! Hehehe.

Menarik dalam ni juga fokus kaya online. Perniagaan melalui online dari menulis buku, menjual baju, tangkap gambar dan segalanya. Ruangan Di Mana Mereka pula kisah Rubiah Suparman. Lama tak nyinggah Restoran Puteri di TTDI..bergedel dia sedap..tapi mahal . Standard TTDI terpaksalah ku gagahkan juga. Majalah Wanita juga ada buat rombongan ke Korea sempena hari ibu. So siapa-siapa berminat sila tengok majalah ni. Teringin! Kalaulah kena durian runtuh 10 ribu..confirm dah daftar ni..huhuhu.

Thursday, February 16, 2012

Menu Kitar Semula

Ada orang kata, orang yang biasa sakit selalu cepat baik, tapi orang yang jarang-jarang sekali sakit, bila sakit....wah ...teruk nak baik. Mana satu pilihan anda?

Dah 3 tahun tak sakit, dah baik demam, sakit tekak tapi batuk tak reda-reda lagi. Sudah kali keempat ambil ubat, ada kurangnya tapi tak baik lagi. Tradisional, berpantang makan, refleksologi dah try..sikit lagi try akupuntur pulak ni. Tiap kali makan je dah mula batuk...cakap sikit pun dah batuk huhuhu. 3 tahun lepas pun dah pernah kena macam ni...tapi bila doktor cakap nak kena x-ray, 3 hari lepas tu terus baik..hahaha terkejut terus baik. Kali ni doktornya belum cakap lagi. Harap-harap cepatlah baik.

Opss mukadimah terpanjang. Biasanya majalah lama selalunya jual balik tapi hanya tajuk-tajuk yang menarik sahaja akan disimpan lebih lama. Misalnya RASA Mac 2007 ni, ceritakan tentang menu kitar semula yang menjimatkan kos. Bagaimana untuk mengelak pembaziran roti, mengguna semula lebihan nasi sejuk, mengolah kembali lebihan lauk, olahan semula bijiran dan kekacang,biskut lemau diadun baru dan segarkan semula sayur dan buah.

Makanan yang rasanya semua orang pandai kitar semula confirm nasi akan di transformer kan jadi nasi goreng esoknya. Kalau masa tu ada lauk sardin, lagi senang. Sardin hancur-hancurkan. Goreng bawang yang dari sardin tu. Pastu masuk nasi dan sardin. Dah jadi satu hidangan yang lain.

Bagi sesiapa yang suka makan McD tu dan fun fries tak abis. Esoknya kita goreng semula pastu masuk dalam lauk sardin. Atau pun goreng tempe, goreng semula fun fries tu, tumbuk cili kering dan bawang merah. Gorengkan sambal tu dan masuk tempe dan kentang tadi. Senang sahaja.

Itu stail saya memang ringkas habis. Kalau dalam majalah Rasa ni punya resepi:

Serunding Daging:

Lebihan daging masak rendang

Gula secukup rasa

Cara:

Siat semua daging dan asingkan daripada serdak rendang. Kemudian masukkan dalam kuali dan tambah sedikit gula. Keringkan di dalam kuali sehingga daging benar-benar kering dengan api yang perlahan. Sedia untuk dihidang.


Nuget Coklat

80gm kacang tanah telah lemau

100gm biskut raya telah lemau

100gm biskut marie

100gm milo

80ml susu pekat manis

50 gm kismis

50 gm nestum

Air suam jika perlu

Cara:

Kacang tanah dikisar hingga hancur. Biskut raya dan biskut marie dihancurkan atau ditumbuk. Campurkan biskut dan kacang tanah bersama milo, susu pekat manis dan kismis. Tambah sikit air suam jika adunan tidak melekat. Gaul sebati. Kemudian kepalkan adunan bulat-bulat seperti guli kemudian salutkan dengan nestum. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Selamat mengitar semula.