Di
sini terletaknya makam Mustafa Kemal Ataturk (1880M-1938M). Memang besar
kawasannya. Seperti yang kita ketahui, Ataturk merupakan pengasas Republik
Turki. Setelah menjadi Presiden Turki, Ataturk mengubah Turki menjadi negara
sekular iaitu dengan:
- Menghapuskan
institusi khalifah
- Menutup sekolah agama
- Mengharamkan kegiatan tarekat
- Melarang pemakaian tarbus dan purdah
- Menggantikan huruf Arab kepada huruf Latin juga menukarkan azan daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki
- Menggugurkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Beliau
menganggap Islam yang menjadi punca kelemahan dan kehancuran bangsa Turki,
lantas harus dihapuskan dan diganti dengan yang lain.
 |
| Makam dibina dengan batu marmar |
Dikatakan
beliau meninggal dunia kerana penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan
arak. Malah kematiannya masa itu tidak diterima bumi sehingga mayatnya
dimuntahkan semula oleh bumi setiap kali hendak dikebumikan kerana tindakannya
yang menukarkan Turki menjadi Republik Sekular. Banyak perkara yang dilakukan
dengan mencampurkan dengan budaya barat. Kalau tengok di sini biasa sahaja tetapi sebanarnya banyak kesukaran semasa nak kebumikannya.
Tapi
itu semua diceritakan oleh tour guide Malaysia, kalau tour guide Turki sendiri
dia masih menghormati Ataturk kerana katanya disebabkan Ataturklah pembinaan masjid
masih banyak di Turki dan negara barat menghormati Turki. Itu pandangan dia.
 |
| Mozek emas menjadi hiasan |
 |
| Pesanan terakhir Ataturk kepada tentera Turki |
Badiuzzaman
Said Nursi merupakan ulama tersohor di Turki yang hidup sezaman dengan Ataturk.
Ketika beliau berada di Istanbul, beliau mengamati perilaku Ataturk dan
meyakini sifat-sifat Dajjal Ataturk, beliau berpendapat tindakan jahat yang
dikenakan atas Islam adalah bertujuan mengambil hati kuasa-kuasa barat. Keadaan
inilah yang menyebabkan beliau pulang ke Van dan mengasing diri dari dunia
politik dengan katanya, “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik.”
 |
| Pesanan Ataturk dalam bahasa Turki |
Setelah
Adnan Menderes menjadi Presiden Turki barulah Islam berada dalam keadaan lebih
selesa di mana azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab sebaik sahaja beliau
memenangi pilihan raya.
Sebenarnya,
beliau dibawa masuk oleh Ataturk pada 1935 dalam Parti Republik Rakyat. Namun
beliau disingkirkan kerana sikap tegasnya menentang polisi Ataturk. Beliau
menubuhkan Parti Demokratik Rakyat.
 |
| Kalau nak bergambar dengan tentera ni, ada syaratnya, jangan mengajuk, jangan pegang-pegang, duduk sahaja di sebelahnya dan bergambar. Ada polis yang menjaga di tepi-tepi tu untuk pastikan kita tak 'kacau' tentera yang mengawal ni, |
Diceritakan
oleh tour guide Malaysia (dia pun baca dari internet) Adnan Menderes setuju
dengan Ataturk pada mulanya tetapi pada suatu hari, semasa dalam penerbangan, kapal terbang
yang dinaikinya rosak dan hampir terhempas. Ketika inilah beliau berdoa jika
Allah menyelamatkan beliau dari kemalangan beliau akan berusaha mengembalikan
Islam dalam pemerintahan Turki. Akhirnya beliau merupakan satu-satunya mangsa
yang terselamat.
Antara
jasa lain yang dilakukan oleh Adnan Menderes:
- Membuka
semula ribuan masjid di seluruh negara yang telah ditutup sepanjang era
pemerintahan Ataturk
- Membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
- Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat.
 |
Di
sini juga turut ditempatkan makam kawan baik Ataturk iaitu Ismet Inonu. Beliau yang
meminta supaya disemadikan berdekatan dengan Ataturk. Makamnya diletak jauh di
luar tetapi bertentangan dengan Ataturk.
|
Namun
polisi beliau ditentang oleh golongan sekular di kalangan para intelek,
mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro-Kemalist pada ketika itu. Pada
27 Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh pemimpin muda tentera
telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes telah dikenakan hukuman
gantung atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist
 |
| Sempat melihat tentera yang mengawal bertukar syif |
 |
| Sejuk, 13 darjah C |
 |
| Ingatkan yang merah-merah tu bunga sekali batu daa |