Saturday, September 18, 2010

Lemang Jagung dan Rendang Tok

Lemang jagung ni popular kat Perak. Tak pasti kesahihannya tapi kalau kat rumah saya tu memang bapak selalu tempah untuk raya dalam 2 batang. Lemang ni mahal sikit daripada lemang biasa tu. Rasanya sama je ngan lemang biasa cuma ditambah jagung je. Spesel la juga, kan. Memang sedap dicicah ngan rendang. Kalau kat Perak ni Rendang Tok la apalagi.Lemak rasanya dan lembut je.


Rendang Tok pada masa dulu merupakan sajian istana. Ia dihidangkan untuk santapan diraja. Teringat cerita cina bersiri yang ada menceritakan pasal tukang masak istana yang menghidangkan masakan untuk Maharaja. Bayangkan macam tu la. Hahaha pengaruh TV. Habis tu cerita Melayu takde cerita pasal makan-makan ni. Mengikut pembacaan saya dipanggil Rendang Tok kerana 'tok' adalah gelaran untuk orang-orang kenamaan. Mak Nik (tukang masak popular, selalu keluar kat Radio Perak) yang cakap dalam majalah dan surat khabar sebelum ni.

Rendang Tok ni diperap sekejap dengan rempah-rempah kemudian barulah dimasak. Memang banyak pakai bawang. Kalau 3 kilo daging tu mahu bawangnya 1 kilo setengah. Daging untuk Rendang Tok ni dipotong besar segi empat. Nak masaknya ambil masa lama, 3 hingga 4 jam sampai kering. Sampai jadi serdak. Serdak tu pun sedap je ratahnya. Lenguhlah nak menunggunya. Tu pasallah rendang ni mahal sekilo mahu RM40.


Proses awalnya

Dah bertukar warna

Dah nak kering

Tukar jadi warna hitam. Tapi ni tak siap lagi sebab ada lagi kuah-kuahnya. Makan nasi sedaplah sebab ada kuah. Kena masak lagi sampai kering. Gambar kering lupa nak tangkap...abih tu nak tunggu kering lama bukan main, lupa jadinya.

2 comments:

Mummy Eda said...

Weh! 3-4 jam je ke? Teman masak rendang biasa ari tu tu mau nak tercabut tangan.. Mr Hubby ku kata... "eh..dah separuh hari tak masak2 lagi ke?" Rasanya kalau rendang tok tu Mummy yang masak.. mau sehari semalam tak siap-siap lagi! Hehehe.

Lemang jagung memang trade mark kite kot sbb Daddy pon memula dulu pelik tengok lemang kita ada jagung. Sekarang dia la tukang membeli lemang tu.. ngeh ngeh ngeh.

Wah.. mula la teringin pulak nak makan lemang.... oh lemanngggg!!!

zarina said...

3-4 jam tu kalau sentiasa kacau dan api besor dan dagingnya sikit..kalau api kecil mau lebih setengah hari nak tunggu sampai kering..macam mak masak, esok sambung lagi sampai kering hehe..bior api kecil je..maleh nak kacau

kat KL ni ada jumpa lemang jagung ke? Kuale je spesel kot?

Related Posts with Thumbnails