Sunday, March 27, 2011

Drama TV1

Tiba-tiba petang tadi terbuka TV1 sementara mengisi masa senggang. Menarik juga telefilemnya, Dia Yang Kucinta terbitan Eurofine. Cerita tentang Alex (Jason Chong) yang terlanggar seorang Melayu (arwah Faizal Yusop) dan hanya sempat dengar dia mengucap. Alex ni terasa bersalah teramat sangat tetapi isteri dan anak arwah tidak pernah menyalahkannya kerana menganggap sebagai takdir. Selepas itu Alex mendapat bayangan tentang Islam ni dalam mimpi.

Ada satu bahagian yang menarik bila Alex ni bersoal jawab dengan Khir (Norman Hakim). Alex seorang free thinker dan mempercayai teori Darwin di mana dari satu benda menjadi benda yang lain seperti asal manusia dari kera. Khir membalas dengan mengatakan cantik kereta yang dipandu Alex dan mengatakan jika mengikut teori Darwin kereta ni asalnya dari kereta lembu dan kemudian menjadi kereta kuda dan barulah menjadi kereta yang cantik ni. "Logiklah sikit, takkanlah kereta ni dari kereta lembu, mesti ada yang membuatnya,"jawab Alex. Balas Khir,"Logiklah sikit, takkanlah manusia dari kera, kalaulah ada pun, tentu ada kuasa yang mengubahnya." "Kuasa siapa?" tanya Alex. Mudah sahaja jawapan Khir, "Allah!"

Ilmu Tauhid ni memang susah nak diterangkan pada seseorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Saya pun pernah ditanya soalan dari seorang bukan Islam yang tanya kenapa ada orang Islam yang solat ada tak solat, Allah tu kat mana tak nampak pun. Kalau kita pun tak cukup ilmu, susah juga nak membalasnya bagi diaorang faham.

Sebenarnya RTM ni bagus juga cerita-ceritanya, tapi promosinya kurang. Macam TV3 kita dah tahu ada Cerekarama yang biasanya ceritanya best. Seperti juga Selamat Pagi Malaysia dan Malaysia Hari Ini, sudah pasti MHI lebih menarik perhatian walaupun SPM ada isi yang bagus. So lain kali kenalah bagi peluang kat RTM tengok 10 minit dulu, kalau tak best baru tukar chanel lain.

3 comments:

theblabber. said...

Saya pernah ditanya sorang Matsalleh pasal quran, tapi saya taktahu menjawabnya. DAN, soalan dia paling saya tak boleh lupa ialah "all male Moslem grow beards, why don't u?"

LOL.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, memang jarang buka TV1&2.. walaupun company BSB buat iklan utk RTM.

zarina said...

theblabber:tulah kena pandai berbahas gak..silap2 kita pulak yang tak reti jawab balik.

BSB:BSB kan suka tengok HBO je :)

Related Posts with Thumbnails