Thursday, June 28, 2012

Four Seasons House

Sangsu Line 3 Exit 2 -- > ikut arah Hongik University, sebelah kanan Paris Baguette. Terus, sampai nampak jalan berbukit di sebelah kanan. 5-7 minit jalan kaki.


Sebelum ini merupakan pejabat produksi  kepunyaan pengarah Yun Suk-ho yang mengarahkan drama Winter Sonata. Four Season House mempamerkan prop yang digunakan dalam drama bersiri, Autumn In My Heart, Winter Sonata, Summer Scent, Spring Waltz dan terbaru Love Rain. Semuanya berkaitan dengan cuaca/musim.

Dari subway ada tunjuk arah tapi bila keluar tak nampak dah tanda tu. Bila rasa macam dah jauh tapi tak nampak-nampak baru tanya orang. Perempuan tu pun tak tahu, dan dia telefon nombor yang ada kat kupon kami (kalau pergi sana dapat 10 % diskaun). Dua tiga kali dia try call tapi tak dapat. Bila dah dapat dia kata tempat tu tutup. Aisayman betul ke ni entah-entah dia tak faham apa yang kami cakap. Kena cari juga.

  
Berhenti kat kafe Beans To Coffee ni, lepak sekejap melepaskan penat.  Sebenarnya nak cari wifi. Sambil tu tanya kat pekerja tu. Tak tahu juga. Bila bos dia datang, terus dia tanya “Ladies, how can I help u?”. Tunjuk kat dia gambar dan dia tahu tempat tu. Tunggu 10 minit, dia memang nak pergi sana. Dekat sahaja. Orang sana panggil nama lain. Itu sebabnya ramai yang tak tahu. Wah so lucky. Punyalah banyak kafe sepanjang jalan tu, tapi kami boleh berhenti kat kafe tu. Bila dia tahu kami dari Malaysia, dia pun cerita, ada business di Tawau dan family dia akan pergi ke Kota Kinabalu minggu ni. Dia tak pergi. Terus promote, “You should follow your family. It’s beautiful.” Padahal  sendiri pun tak pernah sampai. Propa je.  Sambil jalan tu kitaorang sembang-sembang. Dia belajar kat US sebelum ni, jadi fasihlah cakap BI.


 
Patutlah dia tahu tempat ni, kafe dia sebelah Four Season House.  Memang betul tutup pun sebab tengah renovate. Julai ni baru buka rasanya. Jumpa pelancong dari Thailand yang minat Jang Gae Suk. Datang sini sebab nak tengok set penggambaran Love Rain. Sama-sama frust!


Lakonan Jang Gae Suk dan Yoona dari Girls’ Generation Tak tengok pun cerita ni dari awal. Tapi tengok 6 episod yang terakhir . Baru habis tayang  channel KBS  dua minggu lepas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails