Sangsu Line 3 Exit 2 -- > ikut arah Hongik University,
sebelah kanan Paris Baguette. Terus, sampai nampak jalan berbukit di sebelah
kanan. 5-7 minit jalan kaki.
Sebelum ini merupakan pejabat produksi kepunyaan pengarah Yun Suk-ho yang
mengarahkan drama Winter Sonata. Four Season House mempamerkan prop yang
digunakan dalam drama bersiri, Autumn In My Heart, Winter Sonata, Summer Scent,
Spring Waltz dan terbaru Love Rain. Semuanya berkaitan dengan cuaca/musim.
Dari subway ada tunjuk arah tapi bila keluar tak nampak dah
tanda tu. Bila rasa macam dah jauh tapi tak nampak-nampak baru tanya orang.
Perempuan tu pun tak tahu, dan dia telefon nombor yang ada kat kupon kami
(kalau pergi sana dapat 10 % diskaun). Dua tiga kali dia try call tapi tak
dapat. Bila dah dapat dia kata tempat tu tutup. Aisayman betul ke ni
entah-entah dia tak faham apa yang kami cakap. Kena cari juga.
Patutlah dia tahu tempat ni, kafe dia sebelah Four Season
House. Memang betul tutup pun sebab
tengah renovate. Julai ni baru buka rasanya. Jumpa pelancong dari Thailand yang
minat Jang Gae Suk. Datang sini sebab nak tengok set penggambaran Love Rain. Sama-sama
frust!
Lakonan Jang Gae Suk dan Yoona dari Girls’ Generation Tak
tengok pun cerita ni dari awal. Tapi tengok 6 episod yang terakhir . Baru habis
tayang channel KBS dua minggu lepas.
No comments:
Post a Comment