Stesen Myeong-Dong (subway line 4 – Exit 3) -- > bas
cable car --- > cable car -- > N Seoul Tower
Kalau baca dalam blog orang lain, ada yang jalan kaki dari
stesen, naik bas dan teksi. Baru sahaja nak naik teksi, tiba-tiba bas pendek
tulis cable car berhenti depan mata. Alhamdullillah, free. Siap dapat tisu
lagi. Driver ni tiba-tiba tunjuk dekat stereng pastu goyang-goyang kepala. Ha??? Tunjuk depan
lagi pastu goyang kepala sambil ketap gigi , grrrr.. Oh nak tanya air cond tu
sejuk ke tak. Hahaha
Kereta kabel KRW 8000( RM22.40)dua hala.
Bas cable car warna hijau kuning. |
N Seoul Tower |
A Promise For Endless Love “I Love You”. Pada zaman dahulu
ada diceritakan jika pasangan kekasih yang berhajat untuk memperoleh sesuatu di
Nam-san (Mt. South) yang dianggap tempat keramat, ia akan menjadi kenyataan. Sejak dari itu,
Nam-san menjadi tempat untuk pasangan meluahkan isi hati di atas mangga kunci
dan menggantungkannya di ‘pokok-pokok’ dan pagar yang disediakan sebagai simbol
percintaan yang kekal selama-lamanya. Ia turut bermaksud meluahkan cinta di
tempat yang tidak dapat dilupakan iaitu
tempat di mana kita boleh melihat pemandangan Seoul. Kini, N Seoul Tower
menjadi ikon cinta dan persahabatan antara keluarga dan sahabat.
Pernah menjadi lokasi untuk Amazing Races, tak ingat musim
ke berapa.
|
Masa nak balik tunggu bas kereta kabel yang sama tapi tak
nampak-nampak. Ada mak cik ni suruh tunggu kat depan bus stop. Nampak je bas
datang terus tahan dan bas dengan
tambang KRW 1000 (RM2.80) lalu di subway Chungmuro.
No comments:
Post a Comment