Tuesday, June 26, 2012

EXPO 2012 YEOSU Korea

Hongdae --- naik teksi ke Seoul Station --- naik keretapi (KTX) ke Yeosu

Merupakan ekspo yang berusaha untuk melindungi persekitaran maritime dan persisiran pantai. Ekspo hijau untuk membantu bumi kita kekal ‘sihat’. Dengan tema The Living Ocean and Coast semua negara yang menyertainya menceritakan bagaimana usaha mereka untuk mengekalkan alam semulajadi dengan melindungi  flora dan fauna. Laut dan manusia mempunyai perkaitan. Walaupun mengejar teknologi, tidak lupa untuk mengekalkan persekitaran yang sihat dan selamat.

Berlangsung selama 3 bulan iaitu 12 Mei -12 Ogos 2012. Sebulan telah berlalu tetapi masih mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat tempatan. Di mana-mana sahaja ramai yang memenuhi. Malah ramai warga tua yang datang secara berkumpulan untuk memberi sokongan. Kalau di Malaysia rasanya ramai warga tua dah malas nak tengok-tengok ekspo ni. 

Tempah tiket keretapi dari Malaysia lagi 52,400 won (RM147) pergi balik. Tiket masuk Yeosu 33,100 won (RM93). Keretapi pertama pukul 5.10 pagi, pukul 4.45 pagi  (3.45 pg di Malaysia) dah bertolak. Terpaksa naik teksi sebab subway bermula pukul 5.30 pg. Perjalanan 3 jam. Ada radio di tempat duduk tapi kena bawa earphone, vending machine air, dan wifi juga.


Sampai pukul 8.10 tapi buka pukul 9.00 terpaksalah menunggu untuk masuk. Panjang juga barisannya. Masa baris tu:

Pak cik: Dari mana?
Z: Malaysia
Pak cik: Gamsa-hamnida in Malaysia?
Z: Terima kasih
Pak cik: TERIMA KASIH! Indonesia?
Z:Terima kasih jugak.
Pak cik: TERIMA KASIH JUGAK!
Z: Hahaha... no no.. terima kasih.
Kalau kat Malaysia, klise lawak macam ni. Tapi yang ni kelakar sangat. Harap-harap pak cik ni akan lupa apa yang saya ajar. Tak sengaja.


Di Pavilion Jepun menayangkan animasi seorang budak bernama Ken yang kehilangan keluarga dalam tsunami dan menunjukkan bagaimana semangat mereka untuk meneruskan hidup.  Di  Pavilion Singapura, pekerja di situ bertanya, “Are you Singaporean?”. “Malaysian.”  Dia dah happy ingatkan dapat jumpa orang kampung. Dia yang beritahu semalam Malaysia Day dan ada vip Malaysia yang datang. 

Paviliion Jepun, tunjuk dari hujan turun ke bumi/hutan dan terus ke laut. Ditunjukkan aliran tu dalam ni. Menarik.
Dapat free gift fridge magnet masa nak masuk sini.

Pavilion Singapura
 Di  Pavilion Singapura, pekerja di situ bertanya, “Are you Singaporean?”. “Malaysian.”  Dia dah happy ingatkan dapat jumpa orang kampung. Dia yang beritahu semalam Malaysia Day dan ada vip Malaysia yang datang.
Expo Digital Gallery. Cantik tau kat sini, dekat bumbung. Ada gambar akuarium, kapal dan bertukar-tukar cerita. Kena dongak kepala kalau tengok dari bawah.



 
Bila datang di Pavilion Malaysia baru dapat tahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang. Tak dapat sama-sama meraikan. Kalau tak dapat masuk tv ....hehe. Terima kasih kepada warga kerja pavilion Malaysia yang menumpangkan tempat solat mereka di situ.  Tiga kali berulang alik masuk, dah macam rumah sendiri je. 

Di Pavilion Jerman banyak yang dapat dipelajari antaranya pasal Segitiga Bermuda.  Di Pavilion Korea juga menarik peggunaan teknologinya dalam menceritakan pasal dugong yang mulai pupus.

Sehari tak cukup nak melawat kesemuanya. Punyalah luas tempat tu. Seronok dapat tengok persembahan aksi komedi JUMP. Kisah sebuah keluarga yang pakar dalam seni mempertahankan diri. Kelakar habis! Turut disertai dengan penyertaan para penonton.

Kalau dah nampak Eiffel Tower mesti tau pavilion apa ni

Ramai orang di setiap kawasan.

 
Acara kemuncak ialah persembahan Big O iaitu menggunakan pencahayaan laser, air dan muzik pada pukul 9.30 malam. Tapi tak sempat hendak menyaksikannya kerana perlu kejar keretapi akhir pukul 9.50 malam. Susah kalau kena tinggal nanti. Dalam keretapi tidur je. Penat berjalan.

No comments: