Terdapat banyak cawangan muzium ini tetapi muzium yang
pertama dibuka di Jeju pada April 2001. Tiket masuk KRW 8000 (RM22.40). Jika
naik ke N Seoul Tower sekali, KRW 14,000 (RM39.20)
Kenapa beruang dekat di hati rakyat Korea?
Kisahnya, pada zaman dahulu, anak Hwanin yang bernama
Hwanung turun ke Sindansu iaitu puncak Gunung Taebaek dengan 3000 menteri untuk
memerintah dan mewujudkan ketamadunan
manusia di situ.
Seekor beruang dan harimau tinggal di dalam gua yang sama
berhampiran Sindansu. Mereka berdoa kepada Tuhan supaya bertukar menjadi
manusia.
The past - bersejarah, Dinasti Joseon
|
Tuhan memberi mereka seikat tumbuhan yang dipanggil mugwort
dan 20 ulas bawang putih dan mengatakan, “Jika kamu hanya makan makanan ini dan
tidak keluar pada waktu siang selama 100 hari, kamu akan menjadi seorang perempuan.”
Harimau mengalah, dia tidak dapat menahan sabar tetapi
beruang bersungguh-sungguh mengikut pesanan Tuhan selama 21 hari dan akhirnya
bertukar menjadi seorang perempuan.
The Present -Nanta-
popular persembahan ni. Komedi
|
Hwanung mengambil bear-perempuan itu dan diberi nama Ungnye dan dijadikan
isteri sehingga melahirkan anak lelaki.
Mereka berdua gembira dan menamakan anak lelaki itu Dangun
Wanggeom. Dangun Wanggeom akhirnya mengasaskan Kerajaan Joseon. Baginda
memerintah selama 1500 tahun sebelum baginda menjadi penjaga semangat gunung.
Blue House- rumah presiden
|
Apa yang ingin ditekankan dalam cerita ini ialah, beruang
merupakan haiwan yang mempunyai hubungan yang mendalam dengan kewujudan negara
Korea yang dibawa oleh ikatan antara beruang bertukar menjadi manusia dan anak
syurga. Kisah Ungye yang tidak berganjak dengan syarat yang diberikan dan hanya
makan mugwort dan bawang putih dan akhirnya menjadi manusia selepas 21 hari
telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Beruang telah diangkat sebagai simbol tabah hati dan
penuh azam.
Pada hari ini, ucapan “Gomapseumnida” yang bermaksud terima
kasih berasal dari perkataan Korea tulen “Gom” yang bermaksud beruang. Mungkin
ini sebabnya haiwan yang dikategori sebagai ganas dianggap sebagai haiwan yang
mesra bagi kami.
B-boys. Apabila kita berdiri di hadapan sensor, bear akan bergerak
mengikut muzik dan tema.
|
Siapa tak kenal teddy bear Mr Bean |
Peminat drama Princess Hours mesti tau! |
No comments:
Post a Comment