Saturday, June 30, 2012

Teddy Bear Museum N Seoul Tower

Terdapat banyak cawangan muzium ini tetapi muzium yang pertama dibuka di Jeju pada April 2001. Tiket masuk KRW 8000 (RM22.40). Jika naik ke N Seoul Tower sekali, KRW 14,000 (RM39.20)

 
Kenapa beruang dekat di hati rakyat Korea?

Kisahnya, pada zaman dahulu, anak Hwanin yang bernama Hwanung turun ke Sindansu iaitu puncak Gunung Taebaek dengan 3000 menteri untuk memerintah dan mewujudkan ketamadunan  manusia di situ.

Seekor beruang dan harimau tinggal di dalam gua yang sama berhampiran Sindansu. Mereka berdoa kepada Tuhan supaya bertukar menjadi manusia.



The past - bersejarah, Dinasti Joseon
 
Tuhan memberi mereka seikat tumbuhan yang dipanggil mugwort dan 20 ulas bawang putih dan mengatakan, “Jika kamu hanya makan makanan ini dan tidak keluar pada waktu siang selama 100 hari, kamu akan menjadi seorang  perempuan.”

Harimau mengalah, dia tidak dapat menahan sabar tetapi beruang bersungguh-sungguh mengikut pesanan Tuhan selama 21 hari dan akhirnya bertukar menjadi seorang perempuan. 

The Present -Nanta- popular persembahan ni. Komedi


Hwanung mengambil bear-perempuan  itu dan diberi nama Ungnye dan dijadikan isteri sehingga melahirkan anak lelaki.

Mereka berdua gembira dan menamakan anak lelaki itu Dangun Wanggeom. Dangun Wanggeom akhirnya mengasaskan Kerajaan Joseon. Baginda memerintah selama 1500 tahun sebelum baginda menjadi penjaga semangat gunung.

Blue House- rumah presiden

Apa yang ingin ditekankan dalam cerita ini ialah, beruang merupakan haiwan yang mempunyai hubungan yang mendalam dengan kewujudan negara Korea yang dibawa oleh ikatan antara beruang bertukar menjadi manusia dan anak syurga. Kisah Ungye yang tidak berganjak dengan syarat yang diberikan dan hanya makan mugwort dan bawang putih dan akhirnya menjadi manusia selepas 21 hari telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Beruang  telah diangkat sebagai simbol tabah hati dan penuh azam.

Pada hari ini, ucapan “Gomapseumnida” yang bermaksud terima kasih berasal dari perkataan Korea tulen “Gom” yang bermaksud beruang. Mungkin ini sebabnya haiwan yang dikategori sebagai ganas dianggap sebagai haiwan yang mesra bagi kami.


B-boys. Apabila kita berdiri di hadapan sensor, bear akan bergerak mengikut muzik dan tema.


Siapa tak kenal teddy bear Mr Bean


Peminat drama Princess Hours mesti tau!


No comments:

Related Posts with Thumbnails