Sunday, September 19, 2010

Singapore Pie

Salah satu makanan yang popular kat umah masa raya. Kalau cakap cepat-cepat bunyinya Singa Popeye.. yang cerita kartun tu tapi yang sebenarnya Singapore punya pai. Datang dari Singapore ke? Idak le tau. Nama lain Rojak Bakul atau Pai Tee. Setiap tahun saya buat ni sehari sebelum raya untuk memastikan kerangupannya. Tu yang busy masa dekat nak raya. Kalau tak jadi, nasiblah...tak adalah Singapore Pienya tahun ni. Teringat cerita Kuih Goyang Syafiq lak bila buat kuih ni. Lebih kurang sama je acuannya pastu kena duk kat dapur je sebab senang hangit.

Bahan-bahannya tepung beras, tepung gandum, air kapur, garam dan air je. Senang je bunyinya tapi yang paling teruk bila adunan tu melekat kat acuan susah pulak nak keluarnya. Berlubang-lubang la nanti jadinya. REJECT, terpaksalah tuan rumah yang makannya. Kalau diikutkan resepi asal ada taruh telur. Tapi bila dah taruh lagi melekat pula..so ubah terus resepi asalnya.


Selalu yang jual kat restoran tu panjang macam topi chef tapi saya buat kecik-kecik je senang masuk mulut terus. Mula-mula kena masukkan minyak sikit dalam adunannya supaya senang nak lekang. Pastu panaskan acuannya dulu baru masuk dalam adunan.


Ni kira jadilah sebab senang je lekang tapi ada yang herot benyot tu natural hehe. Sila abaikan rupanya. "Don't judge a book by its cover"


Biarkan sejuk dulu sebelum disimpan.


Singapore Pai versi saya paling simple sebab isinya cuma timun dan sengkuang yang dipotong dadu. Pastu taruh kuah sambal pecal. Siap untuk dihidang.

3 comments:

Cendana Kasih said...

kenapa tak buat inti pie tie betul2, guna udang& ayam, pas tu letak sos cili..lagi terangkat..tapi takut tak balik plak tetamu tu nanti..hehehe...

alamak..semalam ke Yummies terlupa plak nk beli acuan pie tie ni..sblm ni aku buat dalam acuan tart tu jer..

zarina said...

camtu pun derang cakap best...lagi senang..

dah pakai acuan tart...camne plak ko gorengnya? tak dapat aku bayangkan

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.