Friday, October 22, 2010

BELAJAR MEMASAK 2 LANGKAH DEMI LANGKAH

Buku ni baru beli. Kalau Karangkraf punya buku memang tak payah tengok dalam dah ... mesti best punya. Lagipun buku Belajar Memasak yang pertama dah beli sebelum ni so dah tau mesti resepi dia best-best.



Tajuk: Belajar Memasak 2 Langkah Demi Langkah
Penerbit: Grup Buku Karangkraf, Shah Alam
Penulis: Norzailina Nordin
Bilangan halaman: 218 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1-2010
Harga: RM 21

Sinopsis:
Novelis dan penulis buku masakan terkenal, Norzailina Nordin sedia berkongsi 50 resepi masakan yang menjadi kegemaran ramai. Buku ini bukan saja memuatkan gabungan resepi masakan pelbagai kaum di Malaysia tetapi juga dari seluruh dunia. Kandungannya sungguh menarik kerana setiap masakan dipaparkan dengan langkah yang mudah bersertakan keterangan dan gambar-gambar yang jelas. Setiap pemilihan resepi dibuat dengan teliti dan rapi serta mampu memenuhi selera sesiapa sahaja. Selain itu, petua dan panduan turut diberi bagi memastikan keenakan setiap masakan.

Komen:
Seperti biasa, saya memang suka buku yang langkah demi langkah. Memang jelas gambarnya untuk orang yang baru belajar memasak. Terbahagi kepada 5 jenis hidangan, sarapan, makan tengah hari, minum petang, pencuci mulut dan asas. Setiap bahagian tu pulak ada soalan-soalan yang kerap ditanya.

Antara yang menarik untuk dicuba, Pretzel, Ayam Pandan (susah juga nampaknya nak membalut pandan), Lasagne, Strudel Epal dan Mashmallow. Memang sesuai sungguh untuk orang yang rajin memasak dan suka mencuba resepi. Tapi untuk kawan saya Cik Noorma Gebu tu, rasanya dah pandai masak semua ni. Pejam matapun boleh.

Norzailina Nordin
Belajar Memasak 2: langkah demi langkah. / Norzailina Nordin
ISBN: 978-983-124-556-9
1.Cookery, Malaysian. 2.Recipes-Malaysia. I.Judul.
641.59595

4 comments:

Cendana Kasih said...

suker no ko beli buku ek?? mcm ada apa2 jer..persiapan ker?? kehkehkeh..

zarina said...

aku memang suka beli buku..takde maknanya nak buat persiapan

Mommy said...

Assalamualaikum. Ada lagi ke buku ni di pasaran?

zarina said...

Mommy.. saya tak pasti. Tapi mommy boleh check kat mana-mana kedai buku guna ISBN yang saya letak tu. Senang sikit derang nak cari.Tak pun boleh terus ke Karangkraf di Shah Alam, dekat ruang bawah tu memang ada jual buku keluaran derang.