Monday, May 9, 2011

Kolej Komuniti

Objektif Kolej Komuniti

-menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal.

-menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat.

-mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan masyarakat setempat.



Dulu-dulu saya tahu pasal Kolej Komuniti ni kelas nak belajar masak atau buat kerja-kerja kraftangan tapi awal tahun hari tu saya singgah di sana dan nampak ada kursus bahasa juga. RM10 untu 32 jam dan seminggu 2 jam. Ada kelas BM, BI, Mandarin, Arab dan Tamil. Daftar kelas Mandarinnya dah lama tapi baru Sabtu lepas kelas mula. Kena kumpul orang dulu dalam 15 orang baru kelas boleh mula.


Kelas lebih kepada komunikasi sebab matlamatnya untuk bercakap dengan bangsa lain. Tapi adalah juga belajar menulis. Ada ujian sikit, dan kebanyakannya saya dapat jawab. “Wo hao li hai!” (Saya sangat hebat) Hahaha. “Mana aci, ko dah ada asas,” kawan saya cakap. “Syyyy...jangan beritahu orang.” Baru je nak merasa kena puji. Ahaks! Bila ada geng ni seronok sikit belajar. Boleh praktis sama-sama.



Dah lama ambil kelas mandarin tapi asas sahaja, bercakap dan menulis. Tak jadi ambil peringkat seterusnya sebab takut nak balik malam seorang-seorang. Kat Pertama Kompleks tu bahaya sikit. Nasib baik simpan lagi buku-buku yang dulu. Buku ni pun dah daif benor bukannya sebab rajin mengulang kaji, tapi kena banjir dulu. Sayang wo, mahal beli ni.




Dulu-dulu nak belajar Mandarin sebab minat cerita Meteor Garden. Memang mudah terpengaruh. Ni lagu tema cerita ni Qing Fei De Yi (Cinta Memang Sukar Dikawal). Nyanyian asal oleh Harlem Yu tapi tak jumpa pulak. Yang ni pun boleh jugalah, siap ada lirik lagi bleh nyanyi sama-sama.

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

dulu ada gak masuk kelas mandarin tapi separuh jln jer...boring x dpt nak ikut kelas tue.

zarina said...

ni hao? :)

Cendana Kasih said...

lepas ni boleh ler ko paw mana2 cina yer..hehehe

zarina said...

uit..ada plak..hehe..kat sini derang cakap kantonis biasanya