Thursday, December 20, 2012

Beras Terbakar

Terletak 17 km dari pekan Kuah. Senang je cari, ikut papan tanda. Akan jumpa sebelum nak pergi ke kereta kabel. Sebelum sampai di kawasan Beras Terbakar ni, kena lalu dulu kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Boleh beli, coklat, gajus, kain pelikat, batik dan hasil gamat. Ada surau dalam ni, bolehlah kalau nak singgah solat di sini.


Kawasan Beras Terbakar  terletak di halaman rumah Ku Halim Ku Hassan, Kampung Raja Mukim Padang Mat Sirat. Alkisahnya, semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kama Jaya selalu Pembesar Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segara menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat.

Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang (dikatakan sedalam 3 kaki) lalu dibakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.

Peristiwa Siam menyerang  Langkawi ini berlaku beberapa bulan selepas Dato Kama Jaya mengenakan hukuman ke atas Mahsuri. Dipercayai Dato Kama Jaya telah tewas kerana sumpah Mahsuri yang berbunyi ‘Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan’.  Apa yang menjadi misteri, bila beras tidak terbakar menjadi abu tapi masih ada sehingga sekarang dan berbentuk fosil. Ia menunjukkan ‘keberkesanan’ sumpahan itu. (Info daripada Beras Terbakar)

Kalau mengikut kata pemandu pelancong saya sebelum ini, dia mengatakan sumpahan itu ‘berkesan’ kerana doa orang yang teraniaya. Boleh diterima juga, kan?

No comments: