Sunday, December 9, 2012

Pulau Langkawi (4-6 Dis 2012)


Walaupun dah beberapa kali pergi Langkawi sebelum ni, tapi masih banyak tempat yang belum diteroka lagi. Selalunya orang mencari pinggan mangkuk dan coklat kalau sampai Langkawi, tapi kali ni misinya bukan membeli-belah, menikmati keindahan Langkawi. Sewa kereta lagi senang sebab boleh jalan sendiri dan kali ni memang pusing satu pulau. Papan tanda pun senang je nak ikut, peta pun memang lengkap ‘tanda’ tempat-tempat yang menarik untuk dilawat. Siap ada sign untuk pasar malam lagi. 

Langkawi Cable Car

Air Terjun di Telaga Tujuh
 
Langkawi mungkin dikenali sebagai tempat yang banyak pulau peranginan tapi sebenarnya banyak yang lebih menarik hutan-hutan simpan dan  geologinya. Kalau pelancong asing sukalah dapat menerokai alam semula jadi ni. Derang lagi senang, sewa motor je. Kebanyakan pelancong datang sini sebab tempat mereka sekarang salji jadi masa nilah mereka pergi bercuti. Summer sentiasa!
Beras Terbakar

Dataran Lang

Dari sekolah lagi pergi Langkawi dan dah tahu ada Kampung Buku di situ. Memang teringin nak pergi tapi sebab bukan sendiri yang bawa kereta, dan asyik ikut orang je so memang tak pernah pergilah, nampak papan tanda sahaja. Rupa-rupanya dah takde lama dah Kampung Buku ni, tinggal pintu gerbang sahaja padahal dalam peta masih tercatat lagi tanda Kampung Buku tu. Pihak yang berkaitan sila ambil perhatian! Bila tanya orang yang jual goreng pisang kat kawasan ni, masa zaman Dr Mahathir saja Kampung Buku ni ada, sekarang tempat ni jadi tempat orang pergi berkelah lupa namanya tapi 1000 Langkah Tinggal Kenangan ke apa namanya tapi macam kelakar jugalah bunyinya.

Taman Legenda

Kilim Geoforest Park


Masa sekolah juga bapak bawa pergi Taman Legenda, dulu-dulu membesar dengan cerita rakyat jadi memang best tengok 3D kisah-kisah legenda ni. Budak-budak sekarang lagi kenal Harry Potter dari cerita rakyat kita, padahal dulu-dulu pun dah ada unsur ‘magik’ bila adanya sumpahan. Tapi sayangnya tempat tu tak terjaga, frust betul tak dapat baca info tu sebab tak terjaga dan dah jadi kehitam-hitaman  padahal boleh menjadi tarikan utama untuk budak-budak datang situ dan pelancong juga.  Sekarang dah jadi tempat orang berjoging je kat situ.


Laman Padi

Buffalo Park

Pantai Cenang

Pantai Pasir Hitam


Ada tempat yang senang pergi sendiri tapi macam ke Kilim tu senang ikut rombongan, ramai-ramai baru seronok dan ada pemandu pelancong sekali. Lagipun derang sediakan semuanya dari pengangkutan pergi dan balik ke hotel hinggalah makan tengah hari. Kebanyakan agensi pun memang sediakan benda yang sama je, jadi tak payah survey banyak sangat pun tak pe. 

Kompleks Kraf Langkawi

Pembuatan Kristal





Indahnya alam ciptaan Tuhan. Syukur Alhamdullillah masih dapat menikmatinya. Thanks Yang!

No comments: