Pada Jun 2007, Langkawi telah diberi status GeoPark oleh
UNESCO. Geo Park yang pertama, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia
Tenggara, iaitu Machincang Cambrian Geo-Forest Park dan Kilim Karst Geo-Forest
Park.
|
Pintu masuk ke kereta kabel. Langkawi menyambut kedatangan delegasi Korea |
Kereta kabel terletak di Oriental Village. Merupakan
kunjungan kali ketiga ke sini. Kali pertama tak dapat naik sebab hujan lebat.
Kereta kabel tak jalan sebab ikut cuaca, kalau berangin kuat pun tak jalan.
Kalau tak silap, automatik dia stop kalau dapat kesan angin kuat. Ada sensor.
Kali kedua pula angin kuat, jadi kena tunggu tenang dulu dan sentiasa kena
berhubung dengan orang sana. Alhamdullillah dapat juga akhirnya tetapi bateri
kamera pulak habis jadi tak dapatlah tangkap gambar. Kali ketiga, sampai sahaja
Langkawi terus pergi ke sana takut hujan di waktu petang. Kali ni pula Sky
Bridge ditutup untuk penyelenggaraan sampai tahun depan. Padahal dekat situlah
paling best walaupun gayat sikit bila angin bertiup. Terasa goyangnya. Tiket
RM15 dengan Mykad (kena tunjuk untuk scan) kalau tiada MyKad RM30.
|
Lukisan-lukisan menarik Pulau Nami |
|
Pemandangan dari tingkat atas |
|
Pemandangan dari tingkat pertengahan |
|
Sky Bridge yang ditutup untuk penyelenggaraan |
Menariknya bulan ini
apabila ada program Langkawi Naminara Cultural Festival 2012 sehingga 30
Dis 2012. Merupakan kerjasama antara
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Nami Island Incorporation.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan kebudayaan di antara dua buah negara
kepada pelancong dan masyarakat setempat.
Pada bulan Julai yang lalu pegawai LADA telah mempromosi Langkawi di
Pulau Nami selama sebulan. Kini delegasi Pulau Nami pula mempromosi Pulau Nami.
Terkenal kerana penggambaran cerita Winter Sonata, jadi tarikan utamanya
mestilah gambar Yoo Jin dan Jun Sang. Banyak aktiviti yang dijalankan di situ
dan pengunjung Korea turut mendapat potongan 50% untuk harga tiket naik kereta
kabel.
|
Binaan Naminara Garden lagi! |
Ada dua perhentian Middle dan Top. Sesiapa yang nak pergi
atas terus, tak perlulah turun di pertengahan. Siapa yang nak tengok
pemandangan di kedua-dua bahagian boleh berhenti dan sambung semula ke
destinasi yang ingin dituju.
|
Nami di Langkawi |
|
Nami di Seoul. Sama, kan? |
|
No comments:
Post a Comment