Lepas sahaja menaiki kereta kabel terus ke Telaga Tujuh
sebab lokasinya dekat-dekat situ juga.
Tak ada bayaran masuk cuma untuk letak kereta kena RM2. Sebenarnya tak tau pun
Telaga Tujuh macam mana, bayangkan macam telaga biasa aja. Membaca papan info
di situ.
|
Mungkin pengunjung di situ tengok kitaorang macam tercangak-cangak je cari mana telaganya, dia cakap sini orang selalu datang mandi air terjun. Kalau telaga tujuh lebih kurang 150 meter lagi. Kalau larat boleh naik lagi. Waduh waduh curam pula tu bukitnya, baru naik sikit dah sakit pinggang sebab bukitnya macam menegak, tak dapat nak beri gambarannya.. satu lagi, laluan bertangga. Naik tangga lebih senang sikit. Kat tengah jalan disapa pengunjung yang lain pulak, “Bergetar lutut nak naik”. Dah dua tiga orang cakap macam tu, tak jadi terus nak naik, dahlah baru sampai, karang jam pulak lutut. Pergi air terjun sahaja. Itupun jauh jugak rupanya. Terpaksa juga digagahkan.
|
|
Trek bertangga |
|
Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun terbentuk daripada
pecahan tujuh telaga semulajadi. Hmmm baru teringat pernah tengok dalam eighttv
hen-ry-golding pernah pergi ke sini. Memang cantik. Tapi tak larat nak naik,
mungkin di lain masa.
|
|
Ni baru setengah jalan saja. Cantik gambar kat air terjun ni. |
|
Menurut legenda, tersebutlah cerita dewi-dewi yang gemar
turun mandi-manda di Telaga Tujuh pada awal-awal pagi sebelum manusia
menceroboh kolam mereka. Maka nyanyian merdu dan ketawa riang ria dewi- dewi
yang menawan sering kedengaran menyelubung bukit dan hutan. Menurut empunya
cerita barang siapa dapat melihat akan dewi –dewi itu, sesungguhnya diberkati
kekayaan akan dia. Akan tetapi tidak ada seorang pun berjaya melihat akan
makhluk tersebut, hanyalah keharuman bau-bauan serta wangi-wangian akar hutan
yang menandakan akan kehadirannya. (Info daripada Taman Legenda Langkawi)
|
No comments:
Post a Comment