Tuesday, December 11, 2012

Taman Legenda

Masa sekolah dulu saya suka baca Tidurlah Intan  1-6, Cerita Rakyat dan  macam-macam lagi dan kebanyakannya memang cerita dongenglah. Jadi bila tengok Taman Legenda ni, seronoklah jadinya sebab boleh bayangkan macam mana cerita tu. Pada masa tu, bayaran masuk dikenakan tapi sekarang ni free. Tiada tiket patutlah tempatnya pun tak terjaga.  Sudahlah tak dapat baca info-info yang disediakan, kawasan sekitar pun dibiar rumput tinggi dan ada kawasan yang banyak kerengganya.

 
Taman Legenda seluas 50 hektar merupakan taman bertema yang menceritakan kisah dongeng dari legenda yang menjadi warisan dan sejarah Langkawi. Ia dibina bagi mengekalkan kemasyhuran Langkawi sebagai Pulau Legenda. Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang penuh dengan cerita purbakala. Sewaktu Laksamana Cheng Ho menuju ke Melaka pada 1406 beliau telah mencatatkan Langkawi dalam petanya sebagai sekelompok kepulauan yang dikenali sebagai Lung-Ya-Kiao-Yi. Peta-peta dari abad ke 16 pula menamakan pulau-pulau itu sebagai  Langa, Langka, Langu, Langura dan Langapura. Ini menjadi bukti Langkawi sudah lama wujud.


 
Dari pintu masuk kita dapat tengok monumen: Tanjong Cincin, Ayer Hangat dan Kisap, Gergasi Bertarung, Belanga Pecah dan Kuah, Dayang Bunting, Telaga Tujoh, Padang Gaong Bukit Hantu, Garuda dan Jentayu, Tombak Pandak Mayah, Dinding Warisan Mahsuri, Sumpah 7 Keturunan, Tamatnya Sumpah dan Galeri Perayaan.

Tombak Pandak Mayah

Tak nampak apa infonya. Semua pun macam ni

Mahsuri
 
Kisah Garuda dan Jentayu

Kisah pertarungan antara dua burung sakti yang melibatkan dua buah negara, Maharaja Rom telah meminta Merong Mahawangsa yang berasal dari Parsi yang dipercayai Raja Kedah yang pertama sebagai duta untuk mewakili rombongan perkahwinan di antara tuan puteri Maharaja China dengan putera baginda. Maka Merong Mahawangsa melengkapkan sebuah angkatan bahtera untuk kenaikan anakanda baginda itu dengan sekalian panglima hulubalang dan pengiringnya.

Demi mendengar khabaran perjodohan tersebut burung sakti Garuda berhasrat menyekat perkahwinan mereka kerana pada fikirannya, gabungan Rom dan Cina akan menggugat kedudukan semesta ala mini. Maka Garuda bersumpah di hadapan Nabi Sulaiman bahawa jika ia gagal nescaya ia akan berundur dari bawah langit dan dari atas bumi yang didiami oleh segala manusia. Maka Garuda pun menculiklah Puteri Cina seraya menyembunyikannya di Gua Cherita.

 
Kalakian maka tersebutlah kisah akan Garuda mencuba berkali-kali untuk memusnahkan akan angkatan Putera Rom itu maka naiklah marahnya lalu menurunkan angin ribut taufan serta guruh dan petir dengan kilat sabung-menyabung. Seketika itu Merong Mahawangsa pun melepaskan anak panah saktinya yang bergelar Pusar Sempani Gembira. Maka bergempita dan bergemuruhlah bunyi bahananya  menelmalah seekor burung Jentayu burung pengawal laut lalu pertarungan yang sama dahsyat pun berlaku. Kilat memancar berdentum, langit bernyala-nyala sayugia berasap berapi keluar dari mulut Garuda akhirnya membakar juga akan Jentayu itu

Seberlalu bahtera Merong Mahawangsa singgah di sebuah pulau untuk mengambil bekalan air bahtera kenaikan Putera Rom terus berlayar menuju ke arah Pulau Langkawi. Maka tiba-tiba datanglah Garuda dengan pantasnya seperti taufan lalu terus menyambar dan membinasa akan bahtera Putera itu. Sayugia maka sangkaan Garuda bahawa Putera Rom itu sudahlah mati akan tetapi seketika sebelum tenggelam bahteranya  baginda dapat berpaut pada sekeping papan seraya dibawa arus terumbang-ambing di lautan seorang diri sekian lamanya.

Arakian pada suatu hari ditepi pantai bertemulah puteri China akan Putera Rom yang telah dibawa ombak lalu terlantar di pantai. Adapun kemenangan Garuda hanyalah seketika Putera Rom dan Puteri Cina berjaya bertemu seraya berkahwin akhirnya lalu lenyaplah Garuda menghala ke Lautan Kalzum yang tiada pernah didatangi oleh manusia.

Sumber: Info di Taman Legenda


Ayer Hangat
Tanjong Cincin

Waktu malam Taman Legenda tutup tapi bolehlah bergambar di luar ni.
Teringat lampu icity

No comments: