|
Ada sesetengah tempat yang ada trafik light ni. Nampak ni dia suruh "wait" |
1.Di sini ada hook turn. Kalau kita nak ke kanan, kita kena
ambil lorong kiri dan bila lampu hijau kita kena ke depan sikit (di tengah
jalan). Biar tram lalu dulu. Bila jalan clear baru kita jalan. Dari hari mula
sampai lagi duk perati tapi tak faham-faham macam mana tapi dah nak balik tu baru
faham tapi tak yakin juga kalau disuruh bawa kereta dalam bandar. Ada
macam-macam lampu isyarat kat situ dan di jalan raya pula ada macam-macam anak
panah dan kotak. Huish complicated. Kereta yang nak masuk ke kiri juga dia akan
bagi signal walaupun dia memang dah duduk di lorong kiri. Tak tau kenapa tapi
memang kebanyakannya buat macam tu.
|
Tu ada nampak anak panah dalam kotak tu. Maksudnya tunggu di situ sekejap |
2.Tunggu tram di tengah-tengah jalan. Sesetengah tempat tu
adalah berbumbung. Kadang-kadang tak perasan pun itu hentiannya macam tunggu di
tengah-tengah jalan. Jadi kita tengok je papan tanda tram untuk tahu sekarang jalan apa
dan tram apa yang lalu di situ. Harus ada peta di tangan.
3.Ada bus free
untuk pelancong. Masa perjalanan 1 jam ½. Ada 13 hentian tempat-tempat
menarik . Saya naik di hentian 1 Arts
Precint iaitu di National Gallery of Victoria. Masa tu hari akhir, nak habiskan
masa, jadi naik dari mula sampai akhir lepas tu pusing sekali lagi baru decide nak turun kat mana
hehe. Seronoknya pusing-pusing. Di hentian terakhir tukar driver so
penyampaian mereka berbeza-beza. Jadi walaupun laluannya sama tapi
penerangannya lain. Sepatutnya naik bas ni masa hari pertama so boleh tahu
jalan-jalan kat sini.
|
Bas warna merah. Dalam bas ni ada pamflet yang tunjukkan tempat-tempat menarik. |
|
Tunggu bas di papan tanda ni. Dan di situ juga ada tulis hentian ke berapa. |
|
Ada juga Tram berbayar yang warna ni so tengok dulu depan tu dia tulis apa. |
4.
Untuk pelancong, ada tram free yang bawa kita pusing-pusing
bandar. City Circle Tram nombor 35.
Warna hijau dan maroon. Tengok papan tanda bulat City Circle Tram maksudnya
tram tu ada lalu di situ. Kita boleh turun atau naik di mana-mana sahaja laluan
yang popular.
Ahad hingga Rabu tram
bermula 10 pg – 6 ptg
Khamis hingga Sabtu tram bermula 10 pg -9 ptg
Biasanya bila tengah hari ramai orang dan bersesak-sesak
dalam tu. Masa tengah tunggu tram ni datang ada omputih tu tanya, “Are you from here?”
hehe orang pun tunggu tram free lah pak cik. “No” Sudahnya saya tunjukkan kata
mana perlu tunggu tram yang betul.
|
Tram maroon |
5. Sepanjang jalan Swanston, Elizabeth banyak juga nampak
makanan halal. Ada kebab, makanan Indonesia so tak adalah susah sangat nak cari makan cuma tak
tahan mahal sahaja. Kalau yang ada nasi pun lebih kurang AUS$8 (RM 25). Ada
yang pakej dengan air AUS$10 (RM32). Ada yang murah dan mengenyangkan di
Norsiah Kitchen, naik tram ke arah Universiti Melbourne, tak ingat berhenti di
stesen mana tapi memang nampak di sebelah kanan. Nasi putih dengan dua lauk $6
(RM19). Banyak juga makanan ala Malaysia di sini tapi restoran Cina. Tidak dapat
dipastikan halalnya.
|
Tanda halal di Melbourne |
|
Pakej dengan air sekali. |
|
Papparoti. Ada roti je..takde nasi. |
2 comments:
salam...
betul2...
jalan raya kat melbourne city...seriously complicated....
btw, harap2 saya memandu ke philip island haritu, jangan ler kena saman.... huhuhuhu....
Salam,
kan, pening dibuatnya.
Wah bestnya pandu di philip island, kami naik bas je sebab dah tak berani nak drive. Akhirnya tak dapat tengok penguin parade huhuhu sebab tak de bas kalau nak balik city
Post a Comment