Kelmarin pergi klinik veterinar. Kalau pergi klinik ni,
mesti pengunjungnya orang yang peramah. “Sakit
apa?” “ Eh comelnya.” “Cantiknya warna.” Takdelah macam pergi klinik biasa tu
kita buat hal sendiri. Maklumlah, sakit kan! Takde mood nak layan.
Dah orang beramah mesra, kita pun kenalah berbasa-basi gak.
Ada seekor kucing tu namanya Cibi .... entah apa nama hujungnya. Punya lah panjang.
Bukan saja nama budak-budak sekarang complicated, nama kucing pun dah
complicated gak sekarang. Rupanya nama
watak kartun. Mesti dia selalu tengok animax kot.
Masa dulu-dulu, nama kucing diberi mengikut keadaan fizikal,
warna dan jantinanya. Misalnya, Atan untuk kucing jantan, Belang dan Tompok.
Kucing kat rumah ni pun tak kurang hebat nama-namanya dan mengikut
zaman. Green Eyes, sebab matanya warna hijau – canggih tu mak bagi nama
omputih. Bila ada dua beradik nama yang diberi Pok Pok dan Tutu sempena nama
rancangan radio. Mak beri sebab selalu dengar rancangan tu. Pok-pok tu asalnya
dari Burung Jampuk dan Tutu tu asalnya dari Burung Hantu. Rancangan ni siar
pukul 12 tengah malam. Tapi nama Tutu tu sekejap saja sebab bunyinya tak sedap
jadi tukar nama lain.
Saya pernah beri nama PUTRA sempena PUTRA LRT baru
beroperasi . Elok pulak kucing tu jantan, orang ingat putera. Masa Meteor
Garden jadi fenomena, pernah ada kucing yang nama Ah Si dan Ah Lei. Elok pulak
yang Ah Si tu memang garang sikit sama watak dalam tv hehe. Kucing saya pernah
nama Simba sempena cerita Lion King. Padahal kucingnya hitam legam. Dari fizikal pula, pernah ada Kentoi sebab ekornya kontot
dan Kait sebab hujung ekornya macam kait.
Masa pertama kali pergi bawa kucing ke veterinar, sekali
masa nak daftar tu dia tanya nama. Spontan menjawab, “ Nama saya ke nama
kucing?” Confuse sekejap. Orang tu dah
gelak dah. Hahaha. Macamlah dia nak tahu sangat nama kucing tu.
Teringat pula dalam rancangan soal jawab agama dengan Mufti
Perak Dato Harussani. Ada pemanggil yang bertanya, “Kucing saya nama Abu,
adakah saya perlu bayar zakat fitrah untuk dia?”
Dato bertanya pula, “Abu tu, sembahyang tak?”
Hehehe
Konon comel la tuh duduk dalam bakul. Nama Kuntum, sempena nama kucing mak dulu-dulu. Sesuai la nama lembut-lembut ni untuk kucing betina. Nama timangan Tum Tum tapi sejak Kak Ton yang comel tu selalu sangat keluar TV, kadang-kadang saya panggil dia Kak Tom. |
Cappuchino sebab warna macam cappuchino. Dua beradik. Yang seekor lagi Mocha. Nama manja Chino. Sayangnya hilang. |
Bulunya lain sikit, bersulo-sulo (erk faham ke mengkome?). Namanya Tiger. Hehehe harimau tapi kucing ke kucing tapi harimau. Yang sebelah tu namanya Kolen. Dari kata dasar oren la tu. |
4 comments:
Cibi mariko chan kn? Katun tu...hihi
mungkin la..nak sebut balik pun tak ingat..nama punyalah panjang. Tak pernah tengok kartun tu so tak tau
sesuai dan comel
comel. boleh juga tengok di Nama kucing popular
Post a Comment