Dulu-dulu saya suka tengok cerita-cerita yang berkaitan dengan
mahkamah. Law & Order, Reasonable Doubt dan paling suka Ally Mcbeal sebab
kes-kes yang dia kendalikan banyak dalam bentuk kelakar, kalau yang lain tu
serius je. Buku ni dah lama mak beli
tapi saya mula tertarik nak baca sebab kawan fb kata best dan kelakar. Dia baca
tak sampai satu hari dah habis.
Tajuk: Catatan Penglipur Lara Sang Majistret
Penulis: Zabidi Mohamed
Penerbit: Galeri Ilmu, Kota
Damansara Cetakan Pertama 2012
ISBN: 978-983-097-374-6
Harga:RM 18.00 (Semenanjung Malaysia), RM20.00 (Sabah/Sarawak)
Muka surat: 225 halaman
Sinopsis:
Memang lucu apabila seorang bekas majistret berkongsi kisah dan
pengalamannya dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu
merentas ke negeri Serambi Mekah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun
tidak sepi daripada nilai-nilai tarbiah.
Komen: Rasanya orang Kelantan
mesti suka baca buku ni sebab banyak cerita fasal bahasa Kelantan. Memandangkan
penulis orang Melaka dan bertugas di Kelantan, perkara utama yang paling
menimbulkan masalah pada mulanya adalah bahasanya. Bahasa Kelantan kan memang
lain terus dari bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya kalau bahasa Perak tu, dia
cuma tukar bunyi sikit aje.
Masa belajar dulu pun saya
sendiri susah nak faham. Dekat U dulu lebih kurang 80 peratus saya dikelilingi
orang Pantai Timur dan 20 peratus orang Kedah. Jumpa orang Perak pun yang belah
Taiping sana, cakap Utara la pulak. Kat rumah sewa pun sebilik dengan orang
Kelantan, ada orang Melaka tapi dah gewe dengan oghe Kelate, udah kecek Kelete
la pulak mek tu. Kiranya saya ni kalau ada soalan pemahaman dalam bahasa Kelantan atau
ujian mendengar, boleh gak la nak pehe tapi kalau disuruh kecek, tok leh. Tapi
rupa-rupanya bila bercakap dengan orang lain tu bunyi-bunyi Kelantan tu ada
gak. Habis bahasa Perak saya tunggang-langgang dibuatnya dan sehinggalah
sekarang. Kadang-kadang saya pun dah confuse.
Permulaan diceritakan fasal kisah di Penjara Pudu dan bagaimana
hukuman sebat dijatuhkan. Menarik juga apabila dapat membaca analisis secara
tidak langsung tentang penerimaan hukuman sebatan bagi kaum India, Cina dan
Melayu. Walaupun dalam buku ni ada 4
tajuk aje, tapi semua ceritanya panjang-panjang sebab diselang-selikan dengan
pelbagai maklumat yang lain. Biasalah, kes mahkamah kan ambil masa yang lama
gak nak selesaikan. Lagipun dah nama tajuk bukunya penglipur lara. Bagi yang
ingin mengenali tentang penulis ini, boleh lihat di blog
No comments:
Post a Comment