Jika ada budak di rumah. Pelbagai perkara yang perlu diambil
perhatian untuk menjadikan persekitaran selamat. Benda-benda tajam jangan letak
merata. Benda-benda kecil jangan letak ikut suka. Elak beli perabot yang berbucu tajam. Pagar
tangga. Rapatkan pintu bilik air/tandas dan macam-macam lagi. Bela kucing pun
sama walaupun kucing tu sebenarnya boleh berdikari.
Hari tu letak plastik kosong atas meja. Sekali Si Tum ni
cium-cium plastik tu kemudian termasuk kepalanya dalam tempat pemegang. Udah
dia panik sebab cam tercekik, dia ingat ada orang nak aniaya dia kot. Berpusing
satu rumah berlari melanggar segala barang yang ada sebab matanya dah tertutup
dengan plastik. Nak tangkap pun tak sempat. Last plastik tu terkoyak sendiri.
Tapi kesian kat dia, nafas berdegup kencang. Trauma punya fasal dia lari naik
atas kabinet. Ish kalau orang tu bolehlah kita tahan dia suruh berhenti, ni
makin kita nak tangkap dia makin dia lari kuat. Satu cara lagi kalau nak
tangkap mungkin ambil kain dan selungkupkan dia.
Pengajarannya: Jangan
letak plastik merata-rata.
aumm Cak! |
Pengajarannya: Jangan letak perangkap binatang/serangga yang
lain merata-rata.
No comments:
Post a Comment