Wednesday, October 2, 2013

Cameron Highlands

Last pergi ke Cameron Highlands semasa form 2 or form 3 rasanya. Lama sungguh tu. Ada dua jalan nak pergi ke sana. Ikut Simpang Pulai dan ikut Tapah. Kalau dari Kuala Kangsar, keluar susur Simpang Pulai, trafik light kanan dan trafik light satu lagi kanan. Kemudian terus je. Huisy jalan kona-kona (hehe paham ke) dahlah tu sempit pulak. Kalau duduk belakang lori seksa nak memotongnya. 

Sekejap je dah sampai Pahang hehe.  Dah sampai tanda nama Selamat Datang ke Cameron tu kita akan jumpa kilang coklat buatan tangan, kemudian macam-macamlah tempat yang menarik, kilang teh,  boleh tengok rama-rama, ladang sayur dan menariknya ada pasar pagi yang menjual bermacam-macam sayur, buah dan cenderahati menarik di sepanjang perjalanan. Pandai-pandailah memilih. Kekadang kita ingat dah dapat murah dah, alih-alih kedai lain lagi murah. Kalau rajin survey la. Kalau malas kira halal ajelah. Kalau datang lewat sikit ada juga pasar malam. Kami pergi hari Sabtu so kalau hari biasa tak taulah sama ada banyak gak orang menjual di situ.

Taman Agro Teknologi Mardi terletak memang paling penghujung sekali, memang dah nak menghala jalan keluar ke Tapah. Bayaran masuk dewasa RM3, Pelajar RM1.50.
 
 Dulu-dulu kalau p Cameron kena bawak baju sejuk sebab memang sejuk. Sekarang ni macam biasa aje dah. Kalau nak merasa sejuk p la Kundasang, Sabah. Rasa berjalan dalam air cond.

Taman Herba.

Memang warna silver

Sepit Ketam /Udang

Pokok Bunga Kertas ni ditanam sejak 1962.
Pusat jualan. Kita boleh pokok-pokok ni di sini. Info yang disediakan membantu orang ramai untuk membeli.


Boleh minum teh di sini. Ada kilang teh mardi sendiri tapi masa kami datang tu tak beroperasi pulak.
Ladang Teh di Cameron Valley. Jalan menuju balik ke Tapah.

Jenis-jenis Teh yang dijual

Sambil minum teh, boleh lihat ladang teh dan membeli-belah lagi
Kami balik ikut Tapah sebab nak melawat sedara. Ish ish yang ni lagi menakutkan, jalannya betul-betul macam ular kena palu. Lebih banyak selekoh dari straight. Kalau berselisih dengan lori, bas seriau dibuatnya. Yang ni memang lagi mencabar sebab takde lorong memotong  kalau ikut Simpang Pulai tu at least ada lorong memotong so bolehlah memotong di situ, lagipun jalannya lebar sikit dan kurang selekoh tajamnya. Orang belakang dah mula pening-pening. So untuk mengelakkan pening. Jadilah pemandu dan bukannya penumpang hehehe.

 Petua, bawaklah bekalan limau nipis, lemon atau buah-buahan jenis citrus, ambil tudung pin anda dan cucuk-cucuk kat limau tu, nanti terbaulah haruman menyegarkan.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

pokok halau nyamuk kat sana berapa hinggit..

zarina said...

aisayman tak ingat la pulak... rasanya tak sampai la 10 hengget