Last pergi ke Cameron Highlands semasa form 2 or form 3
rasanya. Lama sungguh tu. Ada dua jalan nak pergi ke sana. Ikut Simpang Pulai
dan ikut Tapah. Kalau dari Kuala Kangsar, keluar susur Simpang Pulai, trafik
light kanan dan trafik light satu lagi kanan. Kemudian terus je. Huisy jalan
kona-kona (hehe paham ke) dahlah tu sempit pulak. Kalau duduk belakang lori seksa
nak memotongnya.
Sekejap je dah sampai Pahang hehe. Dah sampai tanda nama Selamat Datang ke
Cameron tu kita akan jumpa kilang coklat buatan tangan, kemudian macam-macamlah
tempat yang menarik, kilang teh, boleh
tengok rama-rama, ladang sayur dan menariknya ada pasar pagi yang menjual
bermacam-macam sayur, buah dan cenderahati menarik di sepanjang perjalanan.
Pandai-pandailah memilih. Kekadang kita ingat dah dapat murah dah, alih-alih
kedai lain lagi murah. Kalau rajin survey la. Kalau malas kira halal ajelah.
Kalau datang lewat sikit ada juga pasar malam. Kami pergi hari Sabtu so kalau
hari biasa tak taulah sama ada banyak gak orang menjual di situ.
Taman Agro Teknologi Mardi terletak memang paling penghujung
sekali, memang dah nak menghala jalan keluar ke Tapah. Bayaran masuk dewasa
RM3, Pelajar RM1.50.
|
Dulu-dulu kalau p Cameron kena bawak baju sejuk sebab memang sejuk. Sekarang ni macam biasa aje dah. Kalau nak merasa sejuk p la Kundasang, Sabah. Rasa berjalan dalam air cond. |
|
Taman Herba. |
|
Memang warna silver |
|
Sepit Ketam /Udang |
|
Pokok Bunga Kertas ni ditanam sejak 1962. |
|
Pusat jualan. Kita boleh pokok-pokok ni di sini. Info yang disediakan membantu orang ramai untuk membeli. |
|
Boleh minum teh di sini. Ada kilang teh mardi sendiri tapi masa kami datang tu tak beroperasi pulak. |
|
Ladang Teh di Cameron Valley. Jalan menuju balik ke Tapah. |
|
Jenis-jenis Teh yang dijual |
|
Sambil minum teh, boleh lihat ladang teh dan membeli-belah lagi |
Kami balik ikut Tapah sebab nak melawat sedara. Ish ish yang
ni lagi menakutkan, jalannya betul-betul macam ular kena palu. Lebih banyak
selekoh dari straight. Kalau berselisih dengan lori, bas seriau dibuatnya. Yang
ni memang lagi mencabar sebab takde lorong memotong kalau ikut Simpang Pulai tu at least ada lorong
memotong so bolehlah memotong di situ, lagipun jalannya lebar sikit dan kurang
selekoh tajamnya. Orang belakang dah mula pening-pening. So untuk mengelakkan
pening. Jadilah pemandu dan bukannya penumpang hehehe.
Petua, bawaklah
bekalan limau nipis, lemon atau buah-buahan jenis citrus, ambil tudung pin anda
dan cucuk-cucuk kat limau tu, nanti terbaulah haruman menyegarkan.
2 comments:
pokok halau nyamuk kat sana berapa hinggit..
aisayman tak ingat la pulak... rasanya tak sampai la 10 hengget
Post a Comment