Dari Lukut menuju balik ke Kampung Kerinchi. Kali ini ikut
jalan pantai. Tetiba eh nampak signboard Bandar Sejarah Jugra. Terus sahaja
ikut ke situ dan menuju ke Makam Diraja Jugra.
Jugra muncul sebagai sebuah bandar pelabuhan yang penting
dan merupakan laluan perdagangan utama semasa Selangor menjadi pengeluar bijih
timah utama dunia. Di atas sebab itulah Sultan Abdul Samad telah menjadikannya
sebagai pusat pentadbiran. Apabila Sultan Abdul Samad menjadi Sultan Selangor yang
keempat, baginda telah berpindah ke ‘Bandar'.
Kedudukannya di kawasan tinggi dikatakan mudah untuk mengawasi
keselamatan kawasan tersebut. Baginda bermastautin di Jugra yang menjadi
pegangan ayahnya. Oleh yang demikian sejak 1857 hinggalah baginda mangkat pada
tahun 1898 baginda bersemayam di Jugra.
Makam Diraja Jugra |
Muzium Tapak (Insitu Museum) |
Muzium ini dibangunkan di atas tapak runtuhan balai polis
lama atau rumah pasung Jugra. Di dalam ni kia dapat lihat sejarah
Selangor. Menariknya kat sini kita dapat lihat salasilah keluarga
diraja Selangor yang saya rasa memang sangat lengkap sebab orang ni kahwin
berapa kali pun kita dapat lihat nama bekas suaminya yang terdahulu. Kena
tengok sendiri ya. Kami pergi dah lewat juga, memang sunyi kawasan ni sebab
dekat-dekat dengan hutan juga. Baca pun sempat sikit-sikit je sebab nak tutup
dah.
Di luarnya ada perigi
lama. Kalau tempat bersejarah mesti tunjuk perigi. Sepanjang perjalanan dari N9, Melaka dan sampailah ke Selangor
ni dah empat perigi lama yang ditengok.
Ya lah dulu perigi kan merupakan sumber utama nak dapatkan air. Kalau orang nak
buat khianat pun derang racunkan air kat perigi ni. Dan daripada perigi ini
jugalah kita dapat mengkaji bidang arkeologi.
Masjid Diraja Sultan Alaeddin |
Dibina oleh Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah Almarhum
Raja Muda Musa di Kampung Bandar, Jugra pada 1924 dan dirasmikan pada 1926.
Masjid ini pernah menjadi masjid Negeri Selangor. Terletak jauh juga dari
Muzium Insitu tapi adalah signboard yang boleh diikut untuk memudahkan
pencarian.
Istana Bandar |
Istana milik Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah yang mempunyai
lebih 40 bilik dengan pembinaannya ditanggung oleh baginda. Menjadi tempat
bersemayam baginda sultan selama kira-kira 35 tahun sebelum mangkat pada 1938
No comments:
Post a Comment