Monday, March 31, 2014

Hari Kedua: Kansai Airport, Osaka

Kat airport ada Wifi tapi kami sewa wifi gak jadi senang untuk surf sepanjang perjalanan atau whatsapp saja sesama sendiri. Tapi biasalah, kenalah duduk dekat orang yang pegang ni, barulah berfungsi. Dalam satu gerabak tu masih boleh whatsapp sesama sendiri. (sorry gambar tangan dan telefon enterframe - macam cermin)


Okay balik semula ke Kansai. Lunch di sini dulu. Makan Udon di Sakai Udon. Ntah macam mana nak order. Semua tulis Jepun je. Pilih je udon asas, pastu tempura atau rice ball dan air. Kemudian bayar.  Tempuranya banyak, pilih je mana yang nak. Sedapnya rupa. Sabor, sabor, sabor. Duit mahal. Dekat RM30 gak sekali makan.  Sedapnya. Udon macam makan laksa kuale je. Walaupun supnya macam air kosong je tapi bila masuk kicap dan halia jadi berperisa gak. Makan pula dengan tempura sotong dan ayam yang rasa macam ayam kfc.  Rice ball dia kalau makan dengan serunding yang bawak dari Malaysia dah rasa macam makan sushi gak cuma tak digulung.


Sanuki U-don Japanese Noodle.
Dalam pinggan kecil tu halia yang diksar dan daun bawang/daun sup. Jangan taruh halia semua, taruh sikit-sikit dahulu.  



Kat sini ada surau juga tapi susah sikit berbanding dekat Narita. Kena telefon dulu beritahu kita nak gunakan bilik tu berapa lama sebab dia kunci bilik tu. Angkat sahaja tanpa dail apa-apa. Cakap Jepun sepenuhnya. Bila kita cakap BI, keluar balik mesej yang sama. Macam mesin je yang menjawab. Bila letak. Try lagi. Sama. Kena cari orang ni menanya. Jumpa polis kat situ. Dia pun tak fasih cakap BI dan tak tau pun pray room tu letak di mana. So kami pun ajak dia suruh ikut.   

So dia call. Lor bersoal jawab pula. Maknanya tadi tu bukanlah mesin yang menjawab heheheh. Polis tu pas semula dekat saya suruh cakap BI. Ok dia tanya berapa lama nak guna. “20 minutes.” Kat sini tak de tempat wuduk sib baik dah siap-siap ambil di toilet. Tapi lengkap juga kat sini ada kitab, kopiah ngan telekung sekali.

Angkat sahaja nanti keluarlah suara
Telekung dan sejadah disediakan. Sentiasa simpan kompas dalam beg supaya senang nak solat di mana-mana.


Dekat sini juga beli tiket Kansai Thru Pass untuk 3 hari untuk naik tren atau bas, JPY 5000 (RM 162). Tak perlu pakai secara berturutan, boleh juga kalau sehari pakai, esoknya tak pakai. Ada juga zon yang tak boleh pakai pas ni. Siap bagi buku panduan dan peta. Akhirnya 2nd day baru boleh faham  sistem pengangkutan di sana. Mengambil masa untuk menghadam.

No comments: