Sunday, March 16, 2014

Corat-coret


Sekarang ni ramai yang pakai GPS untuk menuju ke sesuatu destinasi supaya tidak sesat. Kami pun ada bawa GPS juga tapi setelah dua tempat yang dicari tak jumpa mengikut  GPS, sudahnya surrender je kita jalan sendiri ikut peta yang ada dan berpandukan papan tanda. Memandangkan perjalanan kami memakai kereta hibrid jadi tiada masalah kalau sesat larat pun hehe. Kalau tak jenuhlah. Menariknya kerana destinasi tidak penting tapi pengalaman  menuju ke destinasi tu penting kerana banyak benda yang menarik boleh dijumpai. 

Mentarang.
Selama ini kalau berulang alik dari Perak-KL memang menggunakan lebuh raya sahaja. Lebih cepat dan mudah. Tapi kali ini ikut kawan yang berasal dari Bagan Datoh, dia bawa ikut jalan lama ke KL. Jalan dari Sekinchan,  Sabak Bernam ke Kuala Selangor rupanya banyak sekali orang jual mentarang. Adik-beradik lala atau jenis-jenis cengkerang jugalah. Meriah benor sepanjang perjalanan tu. Kalau terlepas kedai tu, jangan risau di depan ada lagi. Mentarang bakar,  bunyinya menarik tapi tak sempat  singgah. Beli yang fresh, makan di rumah. Rebus je cicah dengan sambal kicap, sedap. 


Ras Adiba Radzi
Ketika menuju ke Muzium Seri Menanti (ketika bulan 12) nampak banner Ras Adiba Radzi dengan suami. Aik kan derang dah kahwin dah apa ke halnya banner ni ada di sini. Rupa-rupanya derang buat majlis resepsi di sebelah muzium ni iaitu di Seri Menanti Resort. Kalau tengok dari tingkap muzium tu memang nampaklah majlis yang dijalankan tapi pengantinnya tak nampak.

Ayam masak lemak cili api dan kerabu sotong
 Air Janda Pulang
Ketika di Negeri Sembilan, nampak menu Air Janda Pulang. Speselnya nama. Ohhh rupa-rupanya air kelapa dengan gula kabung. Macam manalah dapat nama tu.Sedap gak. Sepanjang-panjang jalan dari N9 ke Melaka memang banyak iklan air jando ni dengan Coconut Shake. Dan sudah pastinya di N9 masak lomak cili api menjadi pilihan.
Masjid
Kalau di lebuh raya, kita akan berehat di R & R untuk  ke tandas atau beli makanan. Memandangkan ikut jalan lama, masjid merupakan tempat untuk kami berehat sama ada untuk solat, ke tandas atau bertanyakan jalan kepada jemaah. Kalau malam memang susah nampak di mana masjid, lampu kurang jadi tak berapa nampak. Bila dah nampak tanda masjid di hadapan 500 meter. Kita pun berjaga-jagalah tapi tak perasan juga, bila tengok di bahagian kiri, rupanya ia di sebelah kanan. So bila terlepas tu memang tak mengundur dah. Teruskan perjalanan. Biasanya kat kampung memang banyak surau/ masjid. Kalau malam tu berpandukan pada lampu-lampu kecil di pagar yang berupa kubah.

Teringat ada pakar motivasi kata, kita selalu nak jimat duit. Tak nak pergi ke tandas awam sebab kena bayar tapi mencari masjid sebab free dan lebih selesa. Dia kata sila tukar pandangan tersebut kerana  dahlah kita menghabiskan duit air masjid tu dengan mandi, wuduk, buang air tanpa penggunaan berhemah dan membazir pastu biar je sampah atau bahan buangan tersebut dengan anggapan ada orang cuci nanti. Sedangkan masjid itu rumah Allah yang patutnya kita sama-sama jaga sebagai Muslim. Apa salahnya derma sedikit sebanyak ke tabung masjid tu untuk pengurusannya.



Tempat penginapan
Perjalanan tanpa perancangan kadangkala mendatangkan kebaikan dan kadangkala keburukan.Oleh kerana kami tidak merancang lepas ni akan tidur di mana ada kalanya tak jumpa tempat penginapan. Ada sekali tu masa di Melaka menuju ke Negeri Sembilan. Lewat petang. Ingatkan di Masjid Tanah adalah budget hotel. Kebiasaannya di rumah-rumah kedai akan nampaklah banner. Malangnya jumpa homestay je kat Masjid Tanah ni. Harga sudah semestinya 100 lebih. Di luar perancangan. Memandangkan masih boleh nampak jalan dalam pukul 7 tu, teruskan saja perjalanan dan akhirnya sampai di Port Dickson. Confirmlah banyak hotel bajet sebab kawasan yang ramai pelancong. Ini pun nak jimat lagi, siap banding harga dengan setiap hotel yang ada di barisan tersebut.


Binaan menarik
Antaranya yang menarik perhatian ialah ketika di Melaka menuju ke Johor. Tangki air ni siap bertengkolok berbeza dengan tangki air lain yang memang jelas seperti tangki air. Mencuri perhatian saya tapi tak sempat ambil gambar pada mulanya cuma bila balik dari Johor ke Melaka barulah boleh tangkap gambar sebab dah tahu.
Di Muar pula gambar mahkota yang besar yang terletak di tengah-tengah bulatan ini mencuri perhatian



Kedai makan
Kalau mengikut jalan lama juga, bila time lunch, kita akan tengok nama-nama kedai yang menarik perhatian atau suasana di situ menarik tak atau senang tak nak parking. Ni semasa di Tanjung Malim, menarik sekali hiasan kedainya. Menyediakan menu makanan barat. Melihat dari keratan akhbar yang tertampal di situ. Ohhh saya pernah baca mengenai kedai ni sebab hiasannya yang pelbagai dari piring hitam yang digantung, kayu hoki, kayu tenis, patung dan macam-macam lagi. Memang nampak crowded tapi berbezalah dari kedai biasa. Kalau tak lalu jalan lama memang tak jumpalah kedai ni.




Jauh perjalanan luas pemandangan.

No comments: