Sunday, March 30, 2014

Hari Pertama: Tokyo


Sampai sahaja di Kansai Airport pukul 6.30 pagi. Flight ke Tokyo pukul  11.45 so ada masa relax sekejap.  Kami simpan dulu beg. Nak jalan jauh tapi pergi sekejap je so baiklah bawa beg sandang je. 
 

Letak beg dulu kat Kansai Airport (KIX). 1 malam JPY350 tapi overnight, double charge
 Kami ke Tokyo naik Peach Air. Biasanya orang naik bullet train tapi setelah menyemak budget, naik flight lebih murah tak apalah tak dapat merasa naik tu pun.  Perjalanan 1 jam 15 minit mendarat di Narita Airport. Sebelum ni dah buat perancangan rapi mana nak pergi dan tengok promosi apa yang ada untuk pengangkutan lebih murah. Kami berpecah. Maklumlah masing-masing ada tempat kesukaan sendiri.

Naik Peach Air di Kansai Airport Terminal 2.
Sementara tunggu flight pergi tempat info ni. Jepun dan Origami. Boleh belajar origami di sini.
 Sampai di Narita Airport Terminal 1. Solat dulu di sini di tingkat 5. Tapi kena naik lif yang betul. Hmm sebab dua kali naik tingkat 5 pun tak jumpa. Hairan. Sebenarnya bukanlah surau betul. Semua agama boleh gunakan bilik ni untuk beribadat cara sendiri tapi mudahnya dekat sini boleh ambil wuduk sekali. Tak payah nak pergi ke tandas.

Ada masa yang dibenarkan. Kalau tak silap sama dengan waktu operasi airport so dalam pukul 6 pagi hingga 11malam.
Dah lewat juga gerak dari sini. Pukul 3 lebih. Ambil Narita Ekspres untuk pergi Tokyo Imperial Palace. Dia memang berhenti di stesen Tokyo. Ada promosi masa tu, sehala 1500 yen (RM48). Separuh daripada harga biasa. Balik tak boleh naik tu sebab tawaran memang hanya dari Narita ke Tokyo Station. Lama gak perjalanan dalam sejam walaupun dikira laju sebab tak banyak berhenti. Sampai di Tokyo Station time orang balik kerja. Wah culture shock sekejap bila terlalu ramai orang dari semua arah. Pening. Tak tau mana nak pergi terus ke kaunter info. Jalan punya jalan tak jumpa juga. Tengok peta kat situ tak de pulak tulis Exit mana. Kira memang bantai terus je keluar dan tanya pengawal hotel yang ada di situ. Bila tanya, macam dekat je tapi bila jalan lenguh kaki juga dibuatnya.

Sebelum beli tiket dia check pasport dulu. Direct ke Tokyo Station
Tunggu di Car 9.
Sisa-sisa salji masih ada. Singgah sekejap sahaja. Bila nak balik, hari dah gelap. Plan nak pergi tempat lain lagi. Memang peta ada di tangan tapi arah yang nak dituju tak jumpa.  Bila nak beli tiket dekat mesin, tulis Jepun semua. Tanya orang kat situ English English. Dia kata tak faham tapi tunduk-tunduk minta maaf tak dapat tolong. Frust macam mana nak pergi. Orang lain pun semuanya macam nak cepat je. Pastu barulah jumpa kaunter info, dia tunjuk pergi sini sini sini. Memang baik la orang tu bagi detail. Dia pernah kerja di Singapore sebelum ni. Pastu tanya dia kalau nak balik Narita macam mana.Dia kata nanti kena naik kat sini (Tokyo Station) juga. Kalau tempat lain mahal dan susah nak cari. Dan dia beritahu kena cepat. Adalah disebutnya time last train.  Mula la fikir balik adoi boleh ke cari ni dalam blur2 tak tau arah dengan orang ramai ni. Frust punya fasal balik Narita terus takut nanti lambat sampai. Misi tak dapat diselesaikan. Uwaa.

Tokyo Station
Tokyo Imperial Palace
Patutnya dah biasa la dengan sistem kat sini sebab dah pernah pergi Korea ngan HK samalah subwaynya kena tengok Exit dan tempat nak transfer sebelum sampai destinasi tapi dah lama tu. Hai sel-sel otak pun tak boleh berhubung masa tu. 

Kami balik Osaka semula 9 pagi keesokan harinya  jadi tak ambil hotel. Tunggu di airport sahaja sebab takut nanti tak sempat pula nak datang airport balik. Sebelum ni ada juga baca dalam blog tak boleh tunggu/tidur (malam) di airport, kena halau. Tapi setelah baca dalam website berkaitan terminal night hours. Waktu operasi  airport 6 pagi -11 malam. Tapi di Terminal 1 dan Terminal 2 ada satu bahagian yang dibuka 24 jam dan boleh masuk pintu ni dan tunggu flight pagi di sini. 

Lebih kurang pukul 10.30 mlm, polis datang. Dup dap dup dap.  Cakap dekat dia tunggu flight pagi. Dia suruh pindah tempat di bahagian Central. Adalah 2,3 orang lagi pun sama. Ohhh dia kumpul kami di satu tempat dan ambil nombor pasport dan detail flight keesokannya. Ok je polis tu baik.  Ni lah kawasannya. Pilih port masing-masing.  Bila tengok jiran sebelah menyebelah sedap je baring. Apalagi berbantalkan beg pack. Siap ambil pashmina jadi selimut. Sejuk weh air cond. Hahaha lena. Jiran sebelah orang HK, sebaris saya Jepun dan selang-selang lagi, omputih. Penuh gak masing-masing landing. Lampu semua tutup cuma tempat kami samar-samar.  Polis jaga di situ. Manalah tau kami merayau-rayau lak nak buat khianat gamaknya.  Saya punya port terbaik. Dekat dengan filter air dan tandas. Senang nak pergi.

Pilih tempat masing-masing ya.
Ada day room dan bilik mandi di sini.

No comments: