Tuesday, September 30, 2014

Pulau Langkawi 22-25 September 2014 (2)

Aktiviti hari kedua, Kompleks HIG (Haji Ismail Group). Masa untuk membeli-belah. Orang yang ada rumah sendiri memang seronok lah beli peralatan dapur. Budak-budak ni beli coklat sahaja. Kompleks ni baru dibuka. Ada hotel HIG juga di sebelahnya. Kalau bawa budak-budak memang senang dekat sinilah sebab dalam satu kawasan, tapi kalau nak banyak pilihan kenalah pergi ke pekan. Ada yang beli untuk kawan, mak pesan, kakak pesan, sendiri punya lupa nak beli.  Ada juga yang beli sepeket besar coklat berharga RM7. Pastu dah rancang nak jual dekat kawan sebiji 10sen. Amboi otak bisnes..untung besor tu. Haha.

Kami datang awal-awal pagi. Kitaorang kuasai dalam tu hehehe

Mercu tanda Langkawi. Bersama sebahagian ahli rombongan

Tengah tengok African Penguin diberi makan
 Underwater World, dapat tengok anjing laut, penguin dan ikan di tangki besar diberi makan. Masa inilah sesuai untuk kita bagi input kerjaya. Boleh jadi pakar veterinar dan zoologist. Excited derang tengok seal buat persembahan. Sesiapa yang datang ke sini, ambil kesempatan datang masa diberi makan barulah dapat tengok telatah binatang ini. Ada dua sesi setiap hari, pagi dan petang. Paling untung pergi petang sebab berturut-turut dapat tengok.. bermula dengan seal, dua jenis penguin dan pelbagai ikan di dalam tangki yang besar.


Jadual
Setelah 4 hari 3 malam bersama, dapat mengenali  sebahagian daripada budak-budak ni. Ada budak yang suka membuli kawan-kawannya, dijentiknya, ditolaknya,  tapi bila dia melayan baby punyalah penyayang. Dan kalau dia bercakap dengan kita pun baik tingkah lakunya dan banyak bertanya.  Dengan kawan-kawan tu yang tak boleh blah. Setelah diselidik. Dia ni anak tunggal. Ibu bapa bercerai. Gamaknya sebab tak ada adik-beradik lain,dia tak tahu nak layan kawan sebaya macam mana. Dan mungkin mahukan perhatian ibu bapa. Tapi ada juga yang ibu bapa bercerai, baik kelakunya dan berwawasan. Bila nampak MCCK, dah ada azam nak masuk sebab boleh dekat dengan bapaknya sebab biasa jumpa bapanya sebulan sekali. Kesian budak-budak ni kurang kasih sayang. Sedih la pula dengar.  

Saya banyak bercakap dengan budak lelaki je. Sebab derang rajin bertanya. Yang perempuan asyik dengan ‘geng’nya, telefon (tidak digalakkan bawa tapi maknya risau le tu jadi apa nak buat. Kalau hilang tanggung sendiri). Bercakap pun sebab minta izin nak pergi tandas atau mengadu, Cikgu! Cikgu dia kacau. Cikgu! Cikgu dia ambil barang saya. Budak-budak lelaki ni kadang dia buat lawak bodoh. Kita nak marah pun tak jadi dibuatnya. Comel je.

Untuk kawan-kawan yang jadi cikgu selamat mendidik anak bangsa. Masa sekolah rendah ni yang penting untuk menarik minat mereka dalam pelajaran dan membentuk sahsiah. Kepada mak bapak pula, jangan lepaskan semuanya pada cikgu dan sekolah dalam mendidik mereka. Nak menjaga 28 orang di dalam waktu yang sama pun letih dibuatnya. Fuh!! 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Apabila seorang anak Adam itu mati. Putuslah amalnya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Kalau cikgu memang dah sah-sah sampaikan ilmu yang manfaat, semoga saya juga mendapat pahala daripada ilmu yang bermanfaat yang mungkin disampaikan sepanjang rombongan ini walaupun sekejap je. Harap-harap semuanya mendapat 5A dalam UPSR tahun hadapan.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...apa khabo?byk ker shopping cokelat..

zarina said...

wslm..baik adanya.. mestilah :)tapi rugi tak survey harga dulu..setiap kedai tawar harga lebih murah.. nyesal sebab terus beli bila jumpa hehe