Jika ikut
alamat yang diberi, dikatakan berhampiran KTM Serdang. Boleh je kalau nak naik
komuter tetapi memandangkan plan nak pergi hari Sabtu dan rasanya jalan tak
jam kalau gerak pagi-pagi, parkir pun senang. Jadinya saya pilih bawa
kereta. Kalau naik komuter, masanya tidak sekerap LRT.
Saya gerak
dari Damansara. Malam sebelum tu dah tengok juga Google Maps untuk tahu lokasi.
Dekat The Mines Shopping Mall. Saya tahu jalan nak ke sana cuma tak dapat nak
agak kedai tu terletak di bahagian mana. Esok paginya, tetiba meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada GPS di kereta.
Taip-taip alamat tak ada dalam sistem. Pilih nama jalan baru dapat.
Dengan yakinnya mengikut arahan.
Walaupun
hairan dia ikut jalan yang lain, tapi ikutkan aje maybe jalan yang dipilih ni
lebih dekat. Husnudzon tu dengan GPS
hihi. Memang yakin ikut arahan tetiba Cik GPS ni boleh cakap calculating route…
udah sampai ke INTAN dibawanya..eh eh bukannya aku nak pergi kursus. Disuruhnya
pusing semula, ikut sahajalah sebab sudah memutuskan untuk meletakkan
kepercayaan 100 peratus, kan. Memang
yakin sangat ikut arahan. Eh eh calculating route lagi…lor salahke, siap keluar
real picture tu simpang yang mana. Mestilah lebih clear.
Arggh
sudahlah Cik GPS, baik jalan sendiri. Ikut jalan ke Seremban Highway dan cari
jalan ke lumba kuda. Cik GPS membebel sorang-sorang suruh patah balik. Kubiarkan saja. Sampai je The Mines tiba-tiba Cik GPS macam
memberi arahan yang betul . Siapa pulak yang pandu siapa ni.. hahaha. Tapi dia bawa ikut nama jalan tu je.
Memandangkan masa mula-mula tadi kan dia tak dapat search Iman Shoppe dekat GPS
jadinya terpaksa juga guna Google Maps di phone. Telefon ni dah nazak sikit,
kalau buka data je, bila pakai dalam 10 minit kadang-kadang boleh off sendiri,
kadang ok pula.
Akhirnya,
dengan Maps dan berbekalkan naluri hati dan ketajaman akal hehe kononlah,
sampai juga. Masuk sahaja dalam tu, wah, ni bukan kedai buku biasa-biasa ya.
Suasana macam di rumah sendiri. Eh tipu, rumah saya tak de cantik macam ni.
Sebab buka kasut tu macam dekat rumahlah, kan. Dekorasi menarik. Ada rak kasut
di dalam tu tapi ramainya letak di luar sahaja. Sangat sesuai untuk lepak-lepak pilih buku sambil dengar lagu-lagu nasyid/kemanusiaan yang dipasang. Saya suka suasana di sini. Yang sedihnya,
walaupun dah beli banyak buku di Pesta Buku, terbeli juga buku di sini. Huhuhu.
Rabak.
Ada tulisan Iqra besar di situ. Sesuai. |
Misi dan visi Iman Shoppe |
Buku-buku yang dijual bukan hanya daripada Iman Publication tetapi daripada pelbagai penerbit juga. |
Alamat:
8G, Jalan
Dagang SB 4/2
Taman Sungai
Besi Indah
43300 Seri
Kembangan, Selangor.
Masa operasi
Selasa-Ahad
10.30
pagi-6.30petang
Isnin Tutup
(berkuatkuasa
9 Mei)
Bagi yang
nak naik komuter boleh juga cuma saya rasa jauh juga berjalan tu. Sebab kena
seberang jejantas, turun tangga jejantas, lepas tu kena jalan lagi hingga ke
hujung jalan. Kedainya barisan pertama, tapi agak jauh ke belakang. Tapi kalau nak elak jam dan tak tahu jalan,
naik komuter cara terbaik.
Terletak berhadapan jalan utama. Jika mengikut gambar ni, kalau sesiapa yang nak naik komuter tu, ha tak nampak kat sini hehe. Di luar gambar. |
Bagi yang
naik kereta, tak perlu naik jejambat sampai The Mines tu, kalau The Mines tu belah
kiri, memang jalan terus sahaja. Err boleh jalan terus atau tidak saya pun tak
pasti sebab saya dah naik The Mines tu dan kena u-turn. Nampak kawasan
lot kedai, masuk simpang kiri dan terus. Kedainya agak-agak hujung la juga. Jalan utama tadi akan menghala ke UPM.
6 comments:
Boleh duduk lama2 ke kt kedai tu
Boleh ... tapi seganlah juga kalau duduk lama tapi tak membeli, kan :)
Wahh..baru perasan post ni. Terima kasih datang singgah ke kedai Imanshoppe! Just nak update, kedai skrg ni buka setiap hari, 10.30 pagi - 6.30 ptg :) Nak dtg lepak2 je pun, boleh ;)
Hihi..terima kasih K.Iman singgah sini
tolong tinggalakan no phone druangan komen
Iman shoppe 03-8940 6221
Post a Comment