Pemberian
makan tengah hari akan dihantar terus ke rumah para asnaf yang telah dikenal
pasti di sekitar Kuala Kangsar. Oleh itu, orang ramai yang ingin turut serta
boleh mengambil peluang berinfaq dan memberi makan di penghulu segala hari.
Hasrat
mereka (SQ), usaha ini dapat dilakukan secara berterusan supaya lebih ramai
yang mendapat manfaat. Semoga ramai yang akan infaq secara konsisten pada
setiap hari Jumaat selama 14 minggu bermula 25 Sept 2020 – 27 Disember 2020
Infaq boleh
terus disalurkan kepada akaun berikut:
Maybank
SQ Food & Beverages
508092531638
![]() |
Membuat persediaan |
![]() |
Minuman dan makanan tengah hari |
![]() |
Kita nak hantar nun di sana |
![]() |
Hasrat nak buat untuk 100 pek. Jika ada sumbangan banyak, bolehlah ditambah lagi. |
![]() |
Persediaan |
![]() |
Moh infaq! |
Semat Quran
ni ada restoran sendiri. Memang hasrat pengasas SQ ni nak mudahkan
pelajar-pelajar yang belajar di sini. Bila dah penat belajar boleh pergi makan
dekat sahaja. Tak payah cari tempat lain. Ia juga salah satu cara untuk menjana
pendapatan dan kelangsungan kelas-kelas yang diadakan. Kalau Hari Raya ada
jualan biskut, Rendang dan Set Raya. Siapa yang nak buat jamuan makan
kecil-kecil bolehlah merangka menu yang diinginkan. Kalau hari biasa pun memang
ada jualan lauk kampung.
![]() |
Beraneka biskut raya dan ada keluarkan angpau juga. |
![]() |
Rasa malas nak masak rendang masa Hari Raya, bolehlah tempah. |
![]() |
Masa raya haritu kita dalam tempoh PKPB, jadinya tetamu pun tak ramai. Kita beli sahajalah, tak payah masak. |
Semat Quran menganjurkan kelas belajar al-Quran dan hadis. Belajar tadabur untuk memahami kitab Allah, baca, faham, amal. Sepatutnya kita kena semat al-Quran dalam diri dengan tujuan untuk perbaiki diri sebagai bekalan hari akhirat. Setiap kali dalam kelas, ustaz akan sebut nombor surah dan ayat. Sebenarnya Ustazah suruh hafal nama surah dan kedudukan tapi saya hanya ingat kedudukan nama 10 surah terawal dan 3 surah terakhir sahaja. Ada mak cik dan pak cik yang cekap, tau je bila sebut nombor surah dah boleh teka nama surah dan ayatnya apa. Kita ni tergagau-gagau mencari. Ha untuk yang tak tahu apa itu 76:9 … Surah 76 (Al-Insaan) ayat ke-9 yang bermaksud:
إِنَّما نُطعِمُكُم لِوَجهِ اللَّهِ لا نُريدُ مِنكُم جَزاءً وَلا شُكورًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
[Saying], “We feed you only for the countenance [i.e., approval] of Allāh. We wish not from you reward or gratitude.
(MELAYU)
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
Sumber: Celik Tafsir
Setiap Sabtu pukul 9 ada Kuliah Tadabur Hadis dan akan diselangselikan dengan Tadabur al-Quran. Kuliah secara percuma tapi kita infaqlah berapa yang kita mampu sebagai sokongan untuk bangunkan institusi ini. Kedudukannya strategik di tengah pekan, kena bayar sewa, air dan elektrik lagi. Jadi kiranya kalau kita beri sokongan dalam bentuk wang ringgit sekurang-kurangnya dapatlah kekal di tempat sedia ada ini
![]() |
Suasana kelas |
*Kredit Gambar dari Group WA SQ
Boleh tengok video dari Kuala Tv ini tentang Semat Quran: