Wednesday, March 16, 2011

Rendang Cendawan Chapchap

Lepas hantar mempelai ke Sungai Petani, kami terus ke Alor Setar menziarah saudara. Rumah pak saudara ni memang ada tanam cendawan so masa nak balik tu dapat bekalan sepeket cendawan yang fresh. Terima kasih Ayah Uda dan Mak Uda!

Cendawan tiram ni kalau goreng memang sedap, tapi kali ni masak lain dulu. Lebih kurang masak lemak cili api. Bahan-bahannya, cili api, bawang, serai dititik, kunyit hidup, daun kunyit, udang untuk rencahnya, santan dan cendawan tiram ni dikoyak-koyakkan.

Cili api, bawang, dan kunyit ditumbuk. Taruh minyak sikit dalam periuk dan tumis bahan yang tumbuk tadi sampai bangkit bau. Bubuh serai, udang dan santan. Bila dah menggelegak , masukkan daun kunyit yang sudah dikoyak. Masuk cendawan dan bubuh garam. Masak sampai jangan kering sangat. Biar ada kuah sikit. Itulah yang dinamakan chapchap...keringpun tak, kuah sangat pun tak. Ejanya tak taulah macam mana... ikut sebutan je.


Tuesday, March 15, 2011

Bunga Telur

Baru-baru ini hadir kenduri kahwin sepupu di Pengkalan Pegoh. Mak Ngah ni kreatif sikit so kebanyakan hasil hantaran, goodies bag semuanya buat sendiri dan kitar semula barang-barang yang ada kat rumah. Jimat kos.

Mak Ngah dan sepupu ni(pengantin) memang pandai mengait so bunga telurnya pun dikait dan guna benang yang ada kat rumah.

Orang sekarang ni kebanyakannya bagi gula-gula untuk tetamu tetapi Mak Ngah masih kekal cara tradisional, bagi telur. Banyaknya, jenuh ni nak rebus esok dah kenduri. Tetapi bila semua saling tolong-menolong semuanya beres!

Basuh dulu telur ni. Bersih dan halal.

Orang kata, kukus mengurangkan risiko untuk pecah.

Ada juga rebus cara macam ni. Bubuh dalam plastik.

Isi air dalam plastik ni, ikat dan cucuk plastik ni bagi keluar udara. Guna api kecil.

Untuk mempastikan telur ni betul-betul dah masak, kitaorang pun buat ujian (tengok video kat bawah). Pusing telur tu, tengok kalau telur tu berpusing ligat je maksudnya dah masak(mungkin sebab dah masak bawahnya jadi berat). Cuba bandingkan dengan telur mentah, bila pusing dia tak boleh berdiri. Bukanlah semua telur yang diuji. Uji sebiji je untuk nak tengok berapa minit dah masak.

Bunga pahar juga dikait dan bunganya buat sendiri. Eksklusif. Memang tak akan dapat di kedai.


Menggunakan kertas dari majalah terpakai untuk buat rangka bekas telur ni.

Next kenduri ... di Bukit Antarabangsa

Thursday, March 10, 2011

Jejari Coklat (Bitter Coklat)


Ada 2 jenis coklat yang biasa terdapat di pasaran,

1)Coklat kouvertur

-dikenali sebagai coklat tulen dan bermutu tinggi. Pengendalianya agak rumit dan perlu melalui proses tempering. Lebih mahal harganya.

2)Coklat kompaun

-lebih murah dan senang dikendalikan.

Sebelum ni saya ada beli coklat kouvertur konon-konon nak try buat. Memandangkan coklat kompaun lebih mudah nak buat, memang buat coklat kompaun je la. Sudahnya coklat kouvertur tu cair macam biasa dan masuk dalam kek. Tapi dalam buku resepi ni ada pula guna coklat hitam kouvertur tanpa perlu tempering. Campur dengan krim putar je. Macam ganache lepas tu salut dengan gula icing. Sedap juga rasanya, pahit-pahit manis dan cair di dalam mulut. Cara-cara nak buat sila cari buku ni ya. Kalau dah jemu makan yang macam ni...salut pula dengan coklat kompaun dan golekkannya dengan biskut oreo yang telah dihancurkan. Super sedap!!

Wednesday, March 9, 2011

Sambal Macang / Bacang/ Embacang


Orang Melayu biasalah cecah sambal ni makan dengan ulam-ulaman, kan. Tapi kalau makan sambal macang ni, bukan je cecah ulam, makan dengan lauk lain pun jadi sedap. Macang ni mahal betul sekarang...RM1 sebiji., dulu-dulu adalah 50 sen, dahlah tu balik-balik rumah tengok ada busuk sikit. Udahnya dapat secotet je la macangnya. Ada sesiapa yang tak tau macam mana nak buat? hehe kenalah cerita jugak. Cili hidup campur cili api bagi pedas, belacan yang dibakar, tumbuk ngan lesung batu pastu baru taruh macang. Siap.

Dulu, adik ipar yang tengah mengandung pernah teringin nak makan sambal macang ni. Masa tu tak ada pulak jual macang ni. Nasib baik tetiba ada jiran yang bagi. Kalau tak, melelehlah air liur Zara Damia.

Monday, March 7, 2011

Bahasa Halus

Merupakan satu perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Misalnya meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati.

Orang-orang dulu banyak gunakan bahasa halus ni dalam ungkapan tentang kematian. Misalnya mak cik saya pernah cakap dah sampai hukum. Saya yang pertama kali dengar boleh pulak tanya balik...”Ha? Hukum apa?” Rupanya, maksudnya dah meninggal. Mungkin maksudnya dah sampai hukum Allah kot.

Ada juga yang cakap, “Bila habisnya?” Maksudnya, bila(waktu) meninggalnya?

Kalau ada yang cakap, “Bila simpan?” Maksudnya, bila nak dikebumikan.

Kita yang muda-muda ni memang jarang-jarang sekalilah cakap macam ni. Kadang-kadang hairan juga bila yang bukan Islam meninggal, kita cakap dah mati. Tak pula cakap dah meninggal. Misalnya, “ Tadi jalan sesak, ada Cina mati (berarak).” Tak taulah saya je atau orang lain pun cakap macam tu tapi automatik mesti cakap dah mati bukannya meninggal untuk bukan Islam.

Al-Fatihah buat pak cik saya, Achik Harith yang meninggal Jumaat lepas kerana serangan jantung. Agak terkejut sebab baru je sepupu pergi ke rumahnya bagi kad kahwin dan diaorang memang cerita macam-macam masa tu. Ahadnya pula dua pupu meninggal kerana kanser. Al-Fatihah juga buat Kak Huzaimah.

Teringat ada ustaz berceramah, kita kalau nak buat baik, jangan ditangguh-tangguh. Misalnya, nak baca al-Quran, “Alah, tunggulah Ramadan nanti, sekarang tak ada masa!” Ntah dapat atau tak bertemu Ramadannya ya tak? Dalam mengejar kemewahan dunia kena pastikan juga bekalan cukup atau tak untuk akhirat kelak. Ingatan untuk diri sendiri juga.

Thursday, March 3, 2011

Berdua Lebih Baik

Pinjam lagu Acha Septriasa sat.

Kajian ni bukan bercorak ilmiah tapi dari pemerhatian dan pengalaman. Kucing ni rupanya nak berteman gak. Dia tak boleh hidup seekor-seekor. Kalau kucing mahal tu tak taulah. Ni kucing tempatan. Baka biasa.
Gebu dan Kuntum. Adik beradik. Kalau seekor tidur tang sini...mesti seekor lagi datang dekat dan tidur kat sebelah jugak. Kalau Si Gebu ni demam dan selalunya tidur seharian, Si Kuntum ni pun tidur seharian jugak dan dia akan jilat-jilat muka Si Gebu ni. Simpati gamaknya. Sentiasa bersama. Tak geng dengan kucing lain. Lebih-lebih lagi anak kucing di bawah ni.

Sorry gambar tak senonoh sangat. Si Gebu ni memang suka tidur macam tu.


Metot dan Ah Boy. Patutnya ada tiga beradik tapi seekor dah mati. Kedua-duanya pun rapat. Kalau seekor hilang...yang seekor lagi mesti macam mengiau-ngiau mencari.

Capuchino dan Mocha. Mocha tiada dalam gambar sebab dah hilang. Masa Mocha hilang memang Si Capuchino ni macam gila sekejap la mencari-cari. Kesian tengoknya. Nampak kesedihannya. Sekarang ni Chino pulak dah 3 bulan hilang. Harap dia baik-baik sahaja dan cari balik jalan pulang *sedih*.

Patutlah Si OC ni tak serupa kucing. Maksudnya, lain sikit perangainya. Dia tunggal. Jumpa di pasar malam. Ada anginnya...time orang nak manja..dia buat garangnya..macam harimau pun ada. Rindu pulak kat OC di Damansara. Jumpa nanti ek!!

Kesimpulannya...kalau nak bela kucing at least biar ada adik-beradiknya. Nanti jadi macam Si OC ni.

Wednesday, March 2, 2011

PDP (Pengkatalogan Dalam Penerbitan)

Perlu dicetak di belakang muka surat judul. Mengandungi keterangan buku tersebut. Selain baca prakata untuk tahu sepintas lalu mengenai buku tersebut, kita juga boleh tengok dari PDP.




Baris pertama merupakan nama penulis dan dilahirkan pada tahun 1976.

Baris kedua tajuk buku tersebut.

Baris ketiga menyatakan siri bagi buku tersebut. Bermaksud mungkin dalam 1 siri ini ada pelbagai judul lagi yang menceritakan kisah alam sekitar.

Baris keempat merupakan ISBN untuk set tersebut

Baris kelima merupakan ISBN untuk buku itu sendiri

Baris keenam dan ketujuh kita mengetahui buku ini merupakan fiksyen kanak-kanak dan menceritakan tentang pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar.

Baris terakhir merupakan kod buku tersebut. Di perpustakaan ada bidang karya am, agama, sejarah, falsafah dan sastera. Jadi senang kita cari buku tersebut di bahagian mana. 800 kalau tak silap sastera. 100 Karya Am


Sumber: Brosur PNM