Thursday, February 12, 2015

Krabi- Pelayaran Islamik 3.-0 Bahagian 4

Dari feri ... bye bye Star Cruises

Kumpulan kami merupakan perintis ke Krabi. Pelayaran sebelum ini Penang-Langkawi-Phuket.  Keluar masuk kapal akan diberi stiker nombor jadi  akan dipanggil sedikit demi sedikit. Ia dapat mengelakkan orang ramai berebut-rebut keluar. Kumpulan kami sahaja dah dekat 600 orang itu belum termasuk lagi orang lain yang turut serta dalam kapal ni. 

Kena naik feri seperti di Phuket tapi lebih lama perjalanan lebih kurang 1 jam. Seterusnnya ke Masjid Krabi. Orang sana dah menunggu kami. Di sini juga diadakan ceramah perdana bersama PU Lokman dan Imam Muda Miril dengan tajuk meraikan tetamu.  



Masjid Krabi
 Dah dua masjid pergi dan dapat diperhatikan tiada permaidani di dalamnya. Bersyukurlah di tempat kita masjidnya berpermaidani tebal hingga kadang tenggelam kaki dan ada aircond untuk untuk keselesaan. Kenduri rakyat dihidangkan dengan makanan yang popular, tomyam, sontam dan nasinya pun jenis beras wangi. Memang sedap. Di samping itu sedikit gerai jualan untuk kita membeli belah. Gajus of courselah tak tinggal.

Barisan penceramah/pendakwah Malaysia dan Jabatan Agama Krabi
 Dulu, saya pernah belajar bahasa Thai. Dah lama tinggalkan, kononnya nak try masa beli barang.
“Raka thawrai?” (berapa harga) sambil tunjuk dekat keropok ikan.
Ece ce ceh
“Sam sib” kata penjual.
“Neng (satu), song (dua), sam (tiga). Tiga puluh?” Emm sudahnya keluar bahasa Melayu jugak. Dah tanya dalam bahasa Thai, dia pun jawab Thai jugalah. Hehe. Ilmu ‘berperang’ tak cukup.

Mak cik ni masak kuih karas (karaih-kalau bunyi bahasa Perak). Kuih ni pun laku, baru je nak rasa apa beza dengan yang kat Malaysia dah habis orang beli.
Banner mengenang Tsunami  Dis 2004

Dalam kapal memang ada ditunjuk ramalam cuaca pada hari ini
 Sebenarnya mengikut jadual kami akan membeli-belah di pantai Aonang tetapi ada salah faham sikit di awalnya dengan pihak masjid hingga waktu makan tengah hari menjadi lewat. Namun untuk tidak menghampakan peserta, siapa yang nak pergi kena berkumpul dan bas akan hantar tetapi memang kena balik pukul 4.15 dah. Waktu itu sahaja dah dekat 3 petang.  Memang tak jadilah nak ikut dan berehat di Masjid Krabi.

Barisan kru Star Cruises bersama dengan ustaz. Malam itu barisan kru yang memastikan kelancaran kapal ini diperkenalkan. Ramai juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan kapten. Amboi-amboi sampai tak menang tangan.
 Balik ke kapal kami berjemaah solat maghrib dan Isyak di dek paling atas sambil melihat matahari terbenam. Cantiknya pemandangan. Ya kita sering kagum dengan keindahan alam tetapi lupa untuk mengagumi pencipta-Nya. Malam itu juga disudahi dengan makan malam kesyukuran. Memang mewah. Sebenarnya dari mula sampai lagi memang kenyang makan dekat sini. Ambil apa sahaja. Pukul 11 malam pun ada makan lagi tapi supper tak laratlah nak pergi, lebih baik la tidur. Hai melebih-lebih pulak makan dari hari biasa. Jangan tamak ok.  Restoran ini telah disamak segala peralatan dan pinggan mangkuknya dan dipantau oleh Majlis Agama Pulau Pinang (rasanya-lupa pulak tapi  ada ditunjukkan gambar), dan telah memperoleh Sijil Halal.

Kapal dalam perjalanan balik ke Penang

Wednesday, February 11, 2015

Phuket - Pelayaran Islamik 3.0 Bahagian 3


Hari kedua dimulakan dengan qiamullail seawal 5 pagi di dek 9 dekat kolam renang. Pihak penganjur mendapat kerjasama Star Cruises untuk memberhentikan sekejap kapal bagi menentukan arah kiblat dengan tepat. Jika hari ini menghadap serombong kapal (hemm betul ke tapi memang ada keluar asap sebab bawah tu restoran) esok belum tentu arah yang sama. Kain putih memang siap dibentang. Bawak sejadah yang telah diberi oleh penganjur. Masalah biasa kalau solat jemaah (terawih biasa masalah gini):
Qiamullail dan solat subuh berjemaah di dek 9
  1.  Membiarkan saf lompong. Masa sekolah dulu biasa ustazah cakap afdalnya rapat ke kanan. Bila dengan kawan2 memang senang nak cakap. Tapi realiti sekarang ni orang belakang tak nak ke depan dan orang kiri pun tak nak ke kanan. Mengalah sahajalah yang kanan tu bolehlah ke kiri. Janji namanya rapatkan saf.
  2.  Betulkan saf dulu sebelum mula solat. Kadang-kadang nak panggil datang ke depan dah mula solat sedangkan saf depan kosong lagi. Masih ada masa lagi nak tengok depan dan kiri kanan saf walaupun imam dah angkat takbir.
  3.  Untuk yang berkerusi, bagi mengikut saf. Kaki kerusi yang belakang sama dengan saf.
Inilah keadaan asal kawasan tempat solat berjemaah.
 Qiamullail setiap hari diimamkan oleh Imam Muda Miril. Solat sunat taubat, tahajud, hajat diselang selikan dengan zikir dan ‘ditutup’ dengan witir sebelum solat subuh. Selepas itu tazkirah subuh sambil melihat matahari terbit.
Banner yang menunjukkan aktiviti hari pertama dan kedua. Ia bagi memudahkan orang ramai rujuk.
 Biasanya kalau cakap pergi Phuket, mesti orang ingat pergi pantai kan, tapi yang ni hanya lalu sahaja di kawasan pantai dan melawat sekolah pondok dan masjid untuk melihat perkembangan Islam di tempat majoriti yang beragama Buddha. Tak kisahlah ke mana pun, janji dekat pasport ada cop Phuket dan Krabi hehe. 

Perlu menaiki feri untuk ke Pantai Patong. Kapal tak bolehlah berlabuh di jeti sebab air cetek. Dalam 15 minit perjalanan tapi nak menuju bas kena jalan dalam 700 meter lagi. Perlu ikut peraturan Thailand yang tidak membenarkan bas berhenti berhampiran jeti. Pantainya memang cantik, ramai pelancong asing berjemur di situ. Yang perempuan pula ada yang tak berbaju ish ish ish dahlah berumur, selamba dia je. Memang dari awal pihak penganjur dah ingatkan jalan terus je jangan pandang kiri, banyak dugong hahaha.

Patong bermakna kebun pisang. Mengambil pengajaran dari tsunami 2004, di sini juga ada papan tanda Tsunami Evacuation Route sama seperti di Aceh. Jadi orang ramai boleh tahu ke mana arah untuk menyelamatkan diri.
Patong. Tanda kecil warna biru tu Tsunami Evacuation Route

Masjid Dubai di Sekolah Wittaya
 Perjalanan ke sekolah Wittaya dalam 30 minit. Disambut oleh budak-budak sekolah, kesian deme berbaris tengah panas menunggu kami. Semuanya bersalam sambil ucap selamat. Merasa jadi artis.  Di sini ramai yang anak yatim dan miskin. Mereka seronok bila ada orang datang. Solat di masjid sini. Di sini juga ada gerai jualan gajus pelbagai perasa, ikan bilis, belacan, barang kraftangan. Jadi sambil membeli sambil mendermalah kiranya. Kami dijamu juga makanan Thailand..pulut mangga, kerabu, nasi goreng. Ada persembahan dari budak-budak sekolah juga. Sepatutnya penampilan istimewa, Aisyah (keturunan Mahsuri tu) tapi dia tak dapat datang masa tu.  
Persembahan dari budak-budak. One united asean.

Banyak gerai jualan

Kedai baju-T dan jual cenderamata

Aishah (keturunan Mahsuri).. dalam pelayaran 3.0 tak dapat datang. Ini dari pelayaran 2.0. Gambar daripada FB Pelayaran Islamik.

Mengikut jadual asal akan dibawa ke Premium Outlet Phuket tapi diberi pilihan juga nak pergi kedai t-shirt dan barang cenderamata. Ramai yang mengundi pergi kedai t-shirt sebab boleh pergi JPO je kalau nak cari barang branded. Kemudiannya aktiviti bebas sama ada nak balik kapal atau jalan-jalan di Patong tapi kena pastikan balik sebelum feri terakhir 11 malam. Saya balik ke kapal sahaja, malas nak jalan-jalan sebab itupun dah pukul 8 malam. Nanti tertinggal kapal, naya.

Sunday, February 8, 2015

Super Star Libra - Pelayaran Islamik 3.0 Bahagian 2

Tan Sri Lim Kok Thay yang merupakan eksekutif Genting Group telah mendapat idea untuk masuk ke industri kapal persiaran  ini ketika di tengah perairan Bahamas pada pertengahan tahun 1980.  Waktu itu beliau sedang membina Grand Lucaya Beach Resort di Grand Bahamas dan dapat melihat banyak kapal persiaran yang belayar. Beliau menunggu masa sahaja untuk membawa idea tersebut  untuk orang Asia menerima cara percutian sebegitu. Malah telah dapat melihat potensi besar jika dibawa idea ini ke Asia kerana kecantikan alam semula jadi yang sesuai untuk berlayar dan yang penting sekali belum ada saingan ketika itu. 

Beliau ingin membuat cara berbeza dengan memanggilnya freestyle cruising. Tiada pemakaian tai dan kot, hanya resort untuk semua orang berehat.  Namun kejayaan bukan hadir dengan sekelip mata kerana beliau terpaksa meyakinkan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan bapanya bahawa projek ini akan berjaya. Mereka bersama-sama ke Miami untuk menyaksikan industri pelayaran tempatan ini dan mujurlah bapanya gembira dengan apa yang dilihat.  Beliau berjanji kepada diri sendiri jika masuk ke industri ini beliau akan membeli kapal yang besar dan menjadi pelopor utama di Asia. – rujukan diperoleh dari majalah Super Star Libra

Pukl 12.30 kami dah berkumpul di Sweetenham Pier. Setelah mengisi borang kesihatan barulah beratur untuk mengambil kad kabin (bilik). Perlu melepasi imigresen dan barulah masuk kapal. Pasport juga akan diserahkan kepada kru kapal dan kad kabin ini akan menjadi pengganti pasport. Memang kena jaga betul-betul sebab keluar masuk kapal memerlukan kad ni untuk pengenalan diri. Juga merupakan kunci pintuk bilik dan umpama kad kredit. Di dalam kapal setiap pembelian tidak membabitkan wang tunai. Hari akhir nanti baru jelaskan bil. 
Dek tu macam tingkat berapa. Bilik untuk tingkat 2 dan 3 tiada tingkap.  Kalau yang ada tingkap tu dek 8. Bayaran lebih mahal
 Sebelum nak masuk kapal ada orang putih berbaju kebangsaan akan bergambar dengan kita. Itu dari pihak Star Cruises. Begitu juga semasa di Phuket dan Krabi. Gambar yang ditangkap itu akan dipaparkan di Deck 5 Photo Gallery waktu kita nak balik. Siapa yang rasa gambar dia cantik dan nak simpan buat kenangan bolehlah beli. Harga ikut saiz gambar, ada yang RM28 dan ada yang RM34. 


Wah memang macam dalam hotel je masuk-masuk kapal.  Ada lif tapi bila masuk serentak ramai tu yang penat nunggu lif. Gunakan ajelah tangga. Kelengkapan bilik pun semua ada termasuk tuala, tv. Oh guna international adaptor, memang pihak penganjur dah ingatkan tetapi kalau siapa yang tak bawa boleh pinjam kat kapal(tanya bahagian receptionist) 

Pada pukul 4.45 semua diwajibkan menghadiri Safety Drill. Bawa sekali jaket keselamatan yang terdapat di dalam kabin. Mujurlah ada Safety Drill, nak buka jaket tu pun terkial-kial . Mahu lemas dulu baru boleh pakai. Dek 6 (rasanya) kita boleh lihat bot penyelamat. Jika terjadi apa-apa pada kapal. Bot ini boleh memuatkan 150 orang. Semua orang mesti ingat cerita Titanic bila tengok bot ni. Biasalah orang ramai sibuk bergambarlah pulak masa ni beberapa kali jugak ditegur oleh Kru kapal supaya tumpukan perhatian.
Berkumpul dulu di sini. Tapi kalau berlaku betul-betul kemalangan, terus naik ke tempat yang ada bot tu. Alhamdulillah perjalanan selamat.

Atas tu botnya

Gambar bot dari dek 9

Ada tiga lif, depan, tengah dan belakang. Konpius juga bila naik lif lain keluar ikut lain memang kena tengok nombor rujukan sahaja

Butir-butir tentang kapal ni. Dibuat di Finland.

Barisan kru kapal diketuai oleh kapten dari Sweeden. Kebanyakan kru yang pangkat tinggi dari Sweeden ada dua orang dari Malaysia iaitu Pengurus Hotel En Yazid dan Eksesekutif Chef En Saifol
 Kita boleh tahu kedudukan kapal dengan melihat saluran tv khas. Seronok juga tengok walaupun ‘bisu’ je. Ada juga saluran khas star cruises untuk mengetahui tentang keselamatan dan aktiviti yang menarik di dalam kapal. Boleh juga dapatkan Star Navigator (risalah) di Receptionist Dek 4 untuk mengetahui aktiviti yang terdapat di atas kapal.  Masa saya haritu dapat tengok Jaafar Onn masak tomyam..dia jadi duta tomyam paste tu.

Ini merupakan aktiviti yang disediakan oleh pihak kapal. Selain daripada itu ada mengukir buah.
 Pemilik Genting, of course lah ada kasino. Itulah nadinya untuk dapat keuntungan. Sama seperti kita bercuti di First World Hotel Genting Highlands kan ada kasino di situ. Tapi pihak penganjur dapat kerjasama dengan pihak Star Cruises untuk tutup pintu kasino  tu dan letak tanda di hadapan pintu untuk mengingatkan pengunjung beragama Islam. Terletak di Dek 5 memang peserta selalu naik di situ untuk berkumpul di dewan yang bertentangan. 
Peringatan diletak di kedua-dua bahagian pintu.

Di dek 4 kita boleh tengok cuaca untuk Phuket dan Krabi
Teringin nak pergi hujung kapal yang muncung tu. Malangnya tak dibenarkan. Nasib baik tutup, rasanya ramai nak buat scene You Jump, I Jump kat situ hehe. Di dalam kapal juga ada gym, main golf, sauna/spa, karaoke dan movie. Untuk peserta pelayaran Islamik aktivitinya pun dah padat.

Thursday, February 5, 2015

Pelayaran Islamik 3.0 (1-4 Feb 2015) - Bahagian 1

Naik di sini Sweetenham Pier, Penang. Belakang tu Star Cruise Libranya,
Cerita Aceh belum habis lagi, PC pula buat hal..terganggu emosi tau..hilang idea terus.. sambung kemudian. Ni sementara tengah ingat masuk cerita ni pula.


Sejak 2005 masa tu di HK dah nampak Cruise ni, wah kapal mewah, bila boleh naik ni.  Bila ke Matta Fair pun kadang-kadang dapat pamphlet  Star Cruise ni tapi mesti tulis cina kebiasaannya so macam tak berapa kisah sangatlah nak pergi. Cuma 2,3 tahun sebelum ni bila ada promosi restoran halal di dalam tu dan ada juga program pergi berlayar bersama Pak Nil so masa tu lah lebih banyak jumpa pamphlet dalam BM dan ada pakej bayar 1 dapat free 1 dan pelbagai promosi. Hmm nak pergi ke tak, macam tak tau pulak mana nak jalan nanti takkan duk atas kapal je. Tapi bila tengok pelayaran UKE di Oasis, memang nampak lainlah. Barulah macam bermakna sikit perjalanan. Nak ambil yang 2.0 punya ada UKE tapi sold out. Jadi ambil 3.0, saya suka juga dengan Ustaz Badli ni. Ceramah dia walaupun kelakar tapi jenis berfakta dan ada gak Ustaz Arab yang boleh kecek Kelate tu. 


Sheikh Abdelaziz Ghonim. Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta. Patutnya ikut sekali tapi tak dapat ikut serta pada masa itu kerana ada hal lain tapi sempat bagi ceramah sebelum kapal bergerak.
Masa tengah promosi hebat nilah keluar pula dekat blog yang mengutuk Intratama ni menjual agama dengan menggunakan perkataan Islamik sebagai iklannya. Kalau nak berzikir dan bersolat tu tak payahlah pergi kapal mewah, yang tak ada duit ni kena zikir di rumah je? Caption syukur tenang damai tu pun memualkan malah mengatakan perlayaran tersebut bermotifkan keuntungan dan menipu duit orang dengan cara mengiklankan sesuatu yang islamik. dan macam-macam lagi hingga meninggalkan jejak carian paling tinggi bila orang nak google pasal Pelayaran Islamik. 

Antara yang turut serta di dalam pelayaran, PU Lokman, PU Faiz, Imam Muda Miril, Dato' Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Badli Shah, Encik Suhaimi (orang kuat Intratama), En Yazid (orang kuat Star Cruise)
 Aduhai,  dah bayar ni. Kita yang membaca ni pun dah terpengaruh dibuatnya mulalah berprasangka buruk juga yang syarikat ni mencari keuntungan demi nama Islam. Tapi prasangka itu terpadam apabila kami berjemaah di ‘surau sementara’ yang merupakan gelanggang bola keranjang sebenarnya.  Masa tengah nak mencari  saf, lupa pulak mak dekat belakang,  masa tu memang angin agak kuat, goyang-goyang sikitlah kapal bila membelah lautan. Bila tengok ke belakang, rupa-rupanya dua staff tengah pimpin dan pegang mak sebab tak stabil kan kat situ. Tolong angkatkan kerusi dan bentang sejadah dan mereka memang mengutamakan orang tua dan orang yang berkerusi roda dengan baik. Malah dari pelabuhan dan sampailah hari terakhir memang tak putus dengan senyumanlah. Tak kisahlah kalau derang nak berlakon pun tapi kalau senyum paksa kita boleh rasa.Ini nampak keikhlasannya.
Misi mencari Jack Dawson atas ni..ahaks
 Alah perkataan Islamik itu pun kan kita pun biasa guna..contohnya, “ishh tak payahlah kita ngajak dia join gala dinner kita ni, dia tu dah islamik sikit, nanti kita pula kena tazkirah.” So apa sahaja yang ada unsur-unsur keagamaan memang lah guna islamik. Hmm orang kalau nak mengata tu memang dicari-carinya. Macam mencari jerawat. Dibelek-beleknya setiap hari. Kalau tak cari, tak delah jumpa.

Antara aktivitinya qiayamulail pukul 5 pagi. Boleh je kalau tak nak pergi dan tidur di dalam suasana air cond yang nyaman. Bukannya derang check pun siapa yang tak datang tapi saya sendiri memilih untuk pergi untuk mendapat pahala berjemaah. Siap tidur awal ni takut tak terjaga esoknya. Kitarong bersolat di ruang terbuka dengan beratapkan langit.  Indahnya dapat tengok bulan penuh masa tu. 
Ada diceritakan juga dari program 2.0 sebelum ini, telah dapat mengubah persepi seorang orang putih dan seorang Cina dan menyatakan Islam bukan terrorist (panjang pula kalau nak ceritakannya kesimpulan ajalah).  At least itu juga satu dakwah walaupun hanya dua orang,

Singgah di Phuket dahulu. Dapat tengok Patong Beach.

Lawatan ke Muslim Witthaya Phuket School. Disambut oleh budak-budak sekolah ni, Setiap orang nak bersalam dengan kita. Disambut dengan meriah jugalah.

Di Krabi pula. singgah di pelabuhan ini.

Majid Besar Krabi untuk mengetahui penyebaran Islam di sini.
Harga pun setelah dibanding-bandingkan dengan pamphlet yang diperoleh sebelum ini memang pelayaran ini mahal sikitlah berbanding biasa, tapi harga bersih tau. Tak payah kita nak mencari tulisan kecil berwarna kelabu yang samar-samar yang menandakan tidak termasuk bla bla bla bla. Daripada harga bajet hinggalah kita kopak dibuatnya.

Saya tak dibayar untuk tulis begini tapi rasa bersalah jugalah  menyebabkan tak pasal-pasal berprasangka dengan pihak penganjur lepas baca blog tu. Sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk berdakwah cara mereka sendiri.  Berdakwah bukan sahaja dengan berceramah. Next pelayaran bulan Mac.