Tuesday, June 26, 2012

Full House

Incheon Airport  ---- >; naik teksi ke Sammok Dock   ---- > naik feri ke Sindo Island ---- > naik bas ke Sido Island (lokasi Full House)
Feri: 07:10-18.10  (departs at 1 hour interval)

 Merupakan satu-satunya drama Korea yang tengok berulang-ulang kali dan tak pernah jemu. Kalau pergi mengikut pakej biasanya lokasi ini tidak tersenarai. Memandangkan jalan sendiri, dapatkan maklumat dari Korean Tourism Organisation (KTO) macam mana nak pergi dan berapa kosnya jadi ia lebih mudah.
Di airport, ada tunjuk teksi-teksi yang pergi ke daerah mana, Full House terletak di Incheon jadi ambil teksi Incheon. Sampai di pelabuhan Sammok. Meter menunjukkan 13,900 won (RM38.90), pemandu teksi tu minta 20,000 won pulak sambil tunjuk 2 jari, sebab 2 orang.  Kami pun tunjuklah kat meter harga yang sebenar dengan membalas dalam BI. Akhirnya dia yang give up sebab tak boleh balas balik dan ikut harga meter. Ohhh nak tipu ya. Basic fare 2,400 won (RM6.70) untuk 2km yang pertama.

Sampai pelabuhan Sammok macam sunyi je. Salah ke betul ni? Tapi ada pak cik tu tanya kami, Shindo? Sambil tunjuk feri. Macam feri Pulau Pinang. Tengok tak ada orang lain pun. Baru nak patah balik, pak cik tu tunjuk tangan macam menghalau. Maksudnya naik yang tu. Bila tanya nak beli tiket, pak cik yang lain pulak cakap, kemudian. Tunggu punya tunggu barulah ada orang tempatan naik. Dalam hati berkata, ‘oh derang pun nak pergi rumah Full House’.

 Peramah betul pak cik dan mak cik kat sini, ada yang cakap ‘Welcome to Korea’. Itu ajelah yang dia tahu, bila tanya yang lain dia mula geleng kepala.
Melalui maklumat yang diperoleh, 10 minit dah sampai. Memang ada berhenti di satu tempat tu, tapi tengok orang lain tak turun pun. So kitaorang pun relax saja. Feri tu gerak balik. Tiba-tiba seorang pekerja feri ni cakap, “Shindo kenapa tak turun tadi?”. Shindo saja yang faham, yang lain tu baca dari mimik mukanya. Lor rupanya patut dah turun tadi. Dia suruh tunggu. Pengajarannya lain kali jangan buat anggapan sendiri... haha ingat orang lain pergi Full House jugak. Kena tunggu feri patah balik. Buang masa dekat situ.

 
Baru nampak peta ni dalam feri lepas sesat.  Sempat belajar hangul sikit-sikit sebelum pergi. So dapat baca yang perhentian pertama adalah Shindo.

 
Sampai di Shindo dah nampak basnya. Sido? Penumpang yang lain pula tanya balik, Full House? Nampaknya bas yang betul. Tambang 1000 won (RM2.80). Sawah padi di sepanjang perjalanan. Indah dan tenang keadaan di situ.

Rupa-rupanya bas tak masuk dalam, berhenti di luar. Pemandu tunjuk arah dan beritahu nanti tunggu kat tempat tadi bila nak balik. Yeay dari jauh dah nampak sign Full House. Ceh lagi 1.3 km nak berjalannya. Demi Young-jae aku turutkan. Nampak macam boleh sewa basikal sebab banyak basikal tapi macam tak ada orang aja. Tak jadi nak tanya. Walaupun cuaca panas tapi berangin. Kalau di Malaysia mahu menitik-nitik peluh tapi kat sini biasa sahaja. 

Ada dua set penggambaran di sini

Akhirnya sampai. Bayaran 5000 won (RM15) dan boleh bergambar sesuka hati. Mengimbas kembali adegan di ruang tamu, adegan di dapur antara Young-Jae dan Jin-eun, peti ais dan periuk nasi yang selalu digaduhkan tu pun ada. Sayangnya rumah ni tak terjaga, jadi nampaklah ada bahagian-bahagian yang buruk dan rosak. Pelancong Jepun yang datang selepas kami siap menjerit lagi kerana seronok. 

 

Skrip
Ruang Tamu

Cuci cuci tangga pusing ni.

Sepanjang dinding ada gambar-gambar drama ni

Jadual tugas

Ingat tak, Han Ji-Eun selalu balik jalan kaki? Realitinya memang betul jauh siap naik bukit lagi.

Bilik Ji-eun

Dapur
Bilik Lee Young-jae



Dah puas bergambar, baru teringat macam mana nak balik ni. Jauh tu. Ada nombor teksi tertera di pagar tapi takut pula charge mahal nanti. Telefon pun bateri dah nak kong.  Ayuh berjalan kaki lagi! Nasib baik tak naik basikal tadi, dah lama tak naik basikal, rasanya lagi lenguh-lenguh kaki sebab kena naik bukit. Mau pengkor dibuatnya nanti.


Naik bas yang sama untuk pergi ke pelabuhan Sammok semula.  Tiket feri  4000 won (RM11.20). Nak balik semula ke aiport sebab simpan beg di sana. Nampak ada orang tunggu di stesen bas, “Airport boleh naik kat sini tak?”  Pak cik tu angguk-angguk kepala. Bila bas 221 sampai pak cik tu naik. Kami duduk je situ sebab KTO beritahu bas nombor lain.  Tetiba pak cik yang naik tadi turun balik, dia suruh kami naik bas yang  tu...bla bla bla. Alamak amenda ni, siap tunjuk isyarat kapal terbang mendarat lagi. Ohh airport..hahaha. Main teka-teka la pula. Nasib baik ada orang yang boleh cakap BI, dia kata boleh naik bas ni nanti transfer dekat Poonglin. Tambang 1300 won (RM 3.60). 


Sebenarnya tak tau nak berhenti kat mana, harap pak cik yang tadi tulah yang akan tekan loceng. Bila dah jauh berjalan dan masuk kawasan apartmen,driver tu berhenti dan beritahu turun sini, dan ambil bas lain di seberang jalan. Lupa dah nombor berapa dia ada beritahu. Baru duduk sekejap kat bus stop tu ada bas berhenti, tapi nombor lain. Tanya je lah. Airport? 1000 won (RM2.80)


Betul kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Terharunya ramai yang membantu. Memberi kesedaran kepada saya. Selama ini tak pernah layan pelancong macam tu. Habis-habis pun cakap go left, straight, nanti kalau tak jumpa tanya orang kat situ. Beza sangat dengan derang.


Gamsa-hamnida

3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tetiba mood full house dtg balik.. masa nie rain muda remaja sangat..heehee

zarina said...

sejak cerita ni minat rain..tapi dia masuk military sekarang..kalau tak boleh jumpa..hehe..konon

♥ Yuslin Kamal ♥ said...

salam..nak tanya tempat ni buka tiap-tiap hari ke atau ada masa2 tertentu je? hope sudi reply. tq :)

yus_vicki@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails