Incheon Airport ---- >; naik teksi ke Sammok Dock ---- > naik feri ke Sindo Island ---- > naik bas ke Sido Island (lokasi Full
House)
Feri: 07:10-18.10
(departs at 1 hour interval)
Merupakan
satu-satunya drama Korea yang tengok berulang-ulang kali dan tak pernah jemu.
Kalau pergi mengikut pakej biasanya lokasi ini tidak tersenarai. Memandangkan
jalan sendiri, dapatkan maklumat dari Korean Tourism Organisation (KTO) macam
mana nak pergi dan berapa kosnya jadi ia lebih mudah.
Di airport, ada tunjuk teksi-teksi yang pergi ke daerah
mana, Full House terletak di Incheon jadi ambil teksi Incheon. Sampai di
pelabuhan Sammok. Meter menunjukkan 13,900 won (RM38.90), pemandu teksi tu
minta 20,000 won pulak sambil tunjuk 2 jari, sebab 2 orang. Kami pun tunjuklah kat meter harga yang
sebenar dengan membalas dalam BI. Akhirnya dia yang give up sebab tak boleh
balas balik dan ikut harga meter. Ohhh nak tipu ya. Basic fare 2,400 won
(RM6.70) untuk 2km yang pertama.
Sampai pelabuhan Sammok macam sunyi je. Salah ke betul ni?
Tapi ada pak cik tu tanya kami, Shindo? Sambil tunjuk feri. Macam feri Pulau
Pinang. Tengok tak ada orang lain pun. Baru nak patah balik, pak cik tu tunjuk
tangan macam menghalau. Maksudnya naik yang tu. Bila tanya nak beli tiket, pak
cik yang lain pulak cakap, kemudian. Tunggu punya tunggu barulah ada orang tempatan naik. Dalam hati
berkata, ‘oh derang pun nak pergi rumah Full House’.
Peramah betul pak cik dan
mak cik kat sini, ada yang cakap ‘Welcome to Korea’. Itu ajelah yang dia tahu,
bila tanya yang lain dia mula geleng kepala.
Melalui maklumat yang diperoleh, 10 minit dah sampai. Memang
ada berhenti di satu tempat tu, tapi tengok orang lain tak turun pun. So kitaorang
pun relax saja. Feri tu gerak balik. Tiba-tiba seorang pekerja feri ni cakap, “Shindo
kenapa tak turun tadi?”. Shindo saja yang faham, yang lain tu baca dari mimik
mukanya. Lor rupanya patut dah turun tadi. Dia suruh tunggu. Pengajarannya lain
kali jangan buat anggapan sendiri... haha ingat orang lain pergi Full House
jugak. Kena tunggu feri patah balik. Buang masa dekat situ.
Baru nampak peta ni dalam feri lepas sesat. Sempat belajar hangul sikit-sikit sebelum pergi. So dapat baca yang perhentian
pertama adalah Shindo.
Sampai di Shindo dah nampak basnya. Sido? Penumpang yang lain pula tanya balik, Full
House? Nampaknya bas yang betul. Tambang 1000 won (RM2.80). Sawah padi di
sepanjang perjalanan. Indah dan tenang keadaan di situ.
Rupa-rupanya bas tak masuk dalam, berhenti di luar. Pemandu
tunjuk arah dan beritahu nanti tunggu kat tempat tadi bila nak balik. Yeay dari
jauh dah nampak sign Full House. Ceh lagi 1.3 km nak berjalannya. Demi
Young-jae aku turutkan. Nampak macam boleh sewa basikal sebab banyak basikal
tapi macam tak ada orang aja. Tak jadi nak tanya. Walaupun cuaca panas tapi
berangin. Kalau di Malaysia mahu menitik-nitik peluh tapi kat sini biasa
sahaja.
Ada dua set penggambaran di sini |
Ruang Tamu |
Cuci cuci tangga pusing ni. |
Sepanjang dinding ada gambar-gambar drama ni |
Jadual tugas |
Ingat tak, Han Ji-Eun selalu balik jalan kaki? Realitinya memang betul jauh siap naik bukit lagi. |
Bilik Ji-eun |
Dapur |
3 comments:
tetiba mood full house dtg balik.. masa nie rain muda remaja sangat..heehee
sejak cerita ni minat rain..tapi dia masuk military sekarang..kalau tak boleh jumpa..hehe..konon
salam..nak tanya tempat ni buka tiap-tiap hari ke atau ada masa2 tertentu je? hope sudi reply. tq :)
yus_vicki@yahoo.com
Post a Comment