Saturday, December 15, 2012

Kilim Karst Geoforest Park

Kalau pergi ke Langkawi ni biasanya banyak ditawarkan pergi ke pulau-pulau dan ada aktiviti yang telah disediakan. Sebaik turun dari kapal terbang atau feri mesti dah nampak banyak travel agency yang menawarkan ni dah dapat pelbagai brosur tentang Kilim ni. Harga dari RM100-500 ikut pakej dan masa dari 4 hingga 5 jam. Kebanyakan harga pun lebih kurang sama sahaja jadi dari pening-pening membandingkan harga, pilih ajalah apa yang ada depan mata. RM100 untuk ramai-ramai maksudnya dalam bot tu kita sekali dengan pelancong lain. Yang paling mahal tu kalau sewa sendiri.
 
Dalam pakej tu biasanya:

Bat Cave (Gua Kelawar)
Floating Fish Farm (Tempat ternakan ikan –tuna, pari, siakap dll)
Crocodile Cave(Gua Buaya)
Eagle Watching (Tengok burung helang)
Monkey Stop (Tengok  monyet )
Swimming  at remote beach  of Andaman Sea (Mandi di pantai Laut Andaman)
Shoe Island (Pulau Kasut)
Mangrove Swamp(Menyelusuri Paya Bakau)
Lunch di Restorang Terapung
Pemandu pelancong  disediakan
Pengangkutan pergi dan balik ke hotel  juga disediakan
Seronok juga ambil pakej sharing sebab berkongsi dengan pelancong luar negara. Bila bersama dengan derang ni seronok juga sebab derang tanyak banyak soalan. Biasalah kita Malaysia ni rasa benda tu biasa je tapi kalau derang mungkin rasa lain jadi banyaklah yang ditanya.

 Gua Kelawar. Inilah Gotham City sebenarnya, tempat Batman duduk hehe. Sebelum masuk tu, boleh sewa torch light RM1, dengan berlagaknya sebab telefon ada torch light tak da la sewa, sekali masuk-masuk wah gelap bukan main, torch light telefon tu boleh nampak yang dekat je. Boleh la kalau nak suluh tempat kita berjalan tu je tapi kalau nak suluh kelawar tak boleh  hehe. Berpandukan pemandu pelancong  punya torch light je lah jalan.


                   Di dalam ni juga boleh tengok kejadian stalaktit dan stalagmit. Belajar geografi kita!



Tempat ternakan ikan di Hole In The Wall juga merupakan restoran. Ikan diberi makan ikan juga. Merasa beri ikan pari makan, kita pegang ikan tu, dan pari tu akan datang hisap. Macam vakum. Kalau sesiapa saja-saja nak datang makan sini boleh la datang dan check di sini
Menyelusuri paya bakau di sepanjang perjalanan, memang mengasyikkan panorama di situ. Ada sesetengah tempat tu bakaunya masih kecil sebab baru tanam, semuanya berpunca daripada kilang arang yang mengambilnya sesuka hati. Sepatutnya bila dah ambil tanam semula tapi bersikap lepas tangan, dan kerajaan telah ambil alih dengan menanam semula.                                

Tengok kehidupan monyet tapi dari bot sahajalah. Bahaya wei, tenungannya menakutkan rasa macam dia nak lompat ke kita sahaja.  Kalau tengok, badannya basah sebab derang ni pandai berenang. Boleh juga beri makan tapi buah-buahan saja. Jangan rosakkan ekosistem di sini.

Tengok burung helang diberi makan. Ada 200 bot  di situ tapi hanya 4 bot sahaja yang dibenarkan beri makan pada helang tu. Cantik tengok helang berterbangan dan ketika dia mencecah sungai untuk menangkap lemak ayam yang dicampak sebagai makanan. Helang di sini jenis Brahminy Kite yang banyak terdapat di sini. Kita beri makan supaya helang ni tidak berhijrah ke tempat lain.
Gua Buaya. Tiada buaya di dalamnya, tapi mendapat nama dari bentuk muka buaya di pintu masuk gua tu. Dapat tengok juga paras air semakin rendah berikutan pencemaran alam.
Makan tengah hari di restoran terapung. Termasuk di dalam pakej, nasi goreng ayam dan jus oren yang boleh refill

Melalui Laut Andaman di mana kita berkongsi laut dengan Thailand, jadi sampai je di situ terus dapat  sms ‘like staying in Thailand bla bla bla dan signal maxis juga automatik bertukar ke AIS. Pertama kali pusing pulau dengan bot, seronoknya walaupun terlompat-lompat je rasa  bila dilambung ombak, kena pakai life jacket, manalah tau boleh tercampak ke luar pulak nanti hehe. Tip: Elok pakai tudung yang jenis serkup je, kalau pakai tudung bawal habis terkelepet kena angin, tak cun nak tangkap gambar.
Singgah di Pantai Pasir Panjang. Berhenti setengah jam untuk beri peluang orang nak mandi. Cantik sangat airnya, kebiruan dan kehijauan

Formasi batuan yang dinamakan Setul oleh orang tempatan. Namanya berasal dari wilayah Satun di Thai yang terletak di seberangnya. Kalau tengok betul-betul di atasnya, kita akan nampak kura-kura gergasi di situ. Lengkaplah dengan kepala di bahagian kiri tu dan cengkerangnya.

Pulau Kasut, subhanallah memang nampak macam satu kasut gergasi. 
 Walaupun dalam tu tulis 4 jam tapi tak dalah terkejar-kejar di setiap lokasi. Santai sahaja, berbaloi dengan duit yang dibayar dan dapat tengok keindahan alam dan lebih juga dari masa yang diberi.                                              

No comments:

Related Posts with Thumbnails