Masa balik dari Air Hangat terus pergi ke Pantai Pasir
Hitam. Sementara nak balik ke Kuah, jumpa kompleks kraf ni dan terus singgah.
Masa tu pula ada Promosi Kraf Malaysia, pelbagai aktiviti diadakan dan adanya
jualan produk-produk kraf. Masuk percuma.
Muzium produk kraf |
Tekat takde orang pulak masa tu. Baru je nak bersoreh. Mesti orang kampung saya yang buat ni. |
Jahit manik labuci ni semestinya dari Melaka |
Comel sungguh ukiran kasut-kasut ni |
Dalam kawasan ni ada satu lagi yang menarik, Studio Faizy Crystal Blowing. Kena naik kereta masuk sini. Jalan pun boleh tapi jauhlah jugak. Boleh tengok cara dia menghasilkan barang perhiasan yang ada dijual di situ. Kagumnya tengok dia hasilkan angsa yang kecil tu dalam sekelip mata. Tak pasal-pasal terbelanja juga di sini. Padahal nak tengok-tengok aja di kompleks kraf ni.
Pantas sungguh dia buat tetiba ..... |
dah jadi angsa tu |
bahan mentah yang digunakan |
No comments:
Post a Comment