Thursday, December 20, 2012

Laman Padi

Semasa menuju ke Pantai Cenang, nampak kawasan ni, menarik juga. Singgah sekejap untuk mendapatkan info. Boleh belajar tanam padi di sini. Sila pakai pakaian yang bersesuaian-tracksuit.


Di sini juga ada Galeri Warisan, macam muziumlah, diceritakan sejarah pasal padi dan diletakkan bahan-bahan yang menggambarkan aktiviti pesawah. 


Di Laman Herba akan ditunjukkan penggunaan herba-herba untuk merawat penyakit. Daun bangun-bangun untuk ubati batuk. Alhamdulillah saya memang cuba juga petua yang ni. Rendam dua helai daun ni dalam air panas. Bila dah sejuk, minum. Daunnya boleh digunakan lagi. Tambah saja airnya. Untuk esoknya baru tukar daun baru. Daunnya lebih kurang sama dengan oregano dan biasanya orang akan tersilap tapi daun bangun-bangun ni lebih lebar daunnya dan bau macam jintan.

Encik Rosdy menunjukkan cara menanam padi dan beritahu sebelum ini ramai juga yang datang buat team building di sini, kha-za-nah, nan-dos sehinggakan bos-bos dari Afrika pun siap turun ke sini.
Kebetulan masa kitaorang tengah menanam padi ada omputih datang, jadi kitaorang pun ajaklah sekali. Seronok dia dapat merasa menanam dan menuai. Dia dari Sweeden, datang dengan anak-anak dia. Sekarang ni salji lebat di sana. Jadi datang bercuti ke sini, lepas tu nak ke Taman Negara pulak.
Masa dah nak balik tu tetiba dia tanya ..setelah dialihbahasa ...
“Awak tukar tudung setiap hari?”
 “Ya, macam tukar baju.”
“Oh, jadi ada banyak tudung dan padankan dengan baju?” (Kebetulan masa tu saya pakai tudung putih berbunga hijau dan baju hijau)
“Ya”
“Kalau di rumah, dengan keluarga, awak buka tudung?”
“Ya”
Mungkin muka nampak peramah kot, sebelum ni di HK masa tunggu nak naik roller coaster dengan seorang remaja HK ni tanya pasal Islam. Tak ingat biji butirnya tapi pasal kewujudan Tuhan. Di Korea pula, tour guide ni berkipas panas kerana matahari terik, tetiba tanya, "Tak panas pakai tudung?”
“Oh, dah biasa.”
Semua jawab pendek-pendek je, jenuh kalau nak speaking hehe, asalkan telah memberi kefahaman kepada mereka. Cukuplah walaupun sedikit.

Batang pokok semalu air, macam span tu yang boleh terapung je tu.

Tapak itik. Macam irish luck, kan?

Ikutlah resam padi, semakin tunduk semakin berisi.

Kena hentak kuat juga barulah keluar berasnya.

Rupanya buah kelapa pun ada istilah kelapa jantan dan kelapa betina. Baru ku tau!



No comments: