Friday, May 10, 2013

Bunga tulip




Bunga tulip sebenarnya berasal dari Turki. Kita biasa dengar tulip ni popular di Belanda. Dikatakan Jerman ‘datang’ Turki dan bawa benihnya ke sana. Ada kaitannya dengan sejarah dulu, semasa Perang Dunia Pertama. Aduh dah lupa macam mana tour guide terangkan tapi adalah kaitan hubungan antara Turki-Jerman tu. Jerman dan Belanda pun dekat jadi di situ jugalah kaitannya.  


pink dan merah
 Jika di Bursa terkenal dengan original silk scarf. Coraknya ada gambar bunga panjang dan itu sebenarnya bunga tulip. Tulip dalam bahasa Arab Lallah. Jadi bunyinya dah dekat dengan Allah. Oleh kerana nama Allah juga selalu digandingkan dengan nama Nabi Muhammad SAW, jadi bunga ros dipilih untuk ‘menggambarkan’ nama Nabi. Oleh itu selalunya tulip dan ros selalu digandingkan di Turki ni.

nampak lain sikit, bukan bentuk kuncup tu tapi daunnya macam daun bunga tulip gak
Menggila-gila orang menangkap gambar bunga tulip ni. Merata-rata nampak dan bermacam-macam-macam warna. Ada juga terniat nak petik bawak balik rumah. Mujur masih waras, buatnya ada CCTV dekat-dekat situ idak ke naya dibuatnya. 

di Topkapi Palace. Ada taman tulip.


Tulip hitam dan yang berwarna-warni.

Setiap tempat duduk mesti ada tanam bunga



Tulip hitam di Mevlana Museum

Gandingan putih dan kuning


 Sebelum ni, punyalah berbaris beli bunga tulip kat Sungai Wang, sekarang ni teman tak hairan langsung sebab dah jumpa macam-macam warna dah.  Apa pun untuk charity di hari ibu ni, silalah datang ke Sungei Wang Plaza pada11Mei, 11 pagi di Councourse level. Sila datang pagi-pagi. Mengikut pengalaman saya, pukul 10 pun orang dah berbaris panjang.

Mujur KLM ingatkan hari ibu minggu ni.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

segar mata tengok bunga2 yg mekar nie.

zarina said...

haah betul, tengah musim bunga masa ni

Related Posts with Thumbnails