Dari kamus DBP Arab
1. Kuasa (Allah), 2. Kuasa, tenaga, kekuatan, 3.sifat atau tabiat semula jadi,
pembawaan
Sampai kat Perak jadinya
kederat hahaha.
Selalu tahu bahasa Arab kudrat dan iradat Tuhan – kuasa dan
kehendak Tuhan
Tak pernah lak terfikir kederat ngan kudrat tu makna yang
sama ingat memang ia ayat lain rupanya
memang takde dalam kamus (edisi keempat). Biasanya orang tua-tualah selalu
cakap ni, contoh: Takde kederat dah weh
Kelas pengajian agama di masjid setiap hari Jumaat ada 5
orang ustaz yang tetap, seorang ni suka cakap bahasa Perak, yang memang tak
pernah didengar langsung. Perkataan baru yang dipelajari, (ejaan tak pasti)
Merucol – tiba-tiba
Menceroya – mencari
Gerotak – jambatan
Seorang lagi ustaz ada buat katering jadi dalam mengajar
kitab tu adalah selit-selit juga fasal makanan-makanan. Bagi tip kalau pergi
pasar tu kat kedai mana ayam yang halal, ikan segar-segar, jangan beli yang ada
banyak ais tu maksudnya dah lama dan
macam-macam lagi. Pendek kata, semua orang kat pasar tu dia dah kenal
Untuk penduduk sekitar Kuala Kangsar, jemput datang ke
pengajian untuk Muslimat (so perempuan sahaja) setiap hari Jumaat di Masjid Ubudiah dari 8.30pg-9.30pg dan sesi
kedua 9.30pg-10.30.
No comments:
Post a Comment