Ia
merupakan gereja besar di Constantinople (Istanbul) yang didirikan oleh
Maharaja Justinian I (483 – 565 M) iaitu pemerintah Byzantium. Gereja ini
menjadi pusat keagamaan Kerajaan Byzantium. Ia bukan sahaja dikenali kerana
seni binanya yang mengagumkan tetapi kerana adanya mozek Byzantine yang indah
dari emas.
|
Ramai orang yang berbaris untuk menunggu giliran masuk |
Ketika
pemerintahan Empayar Uthmaniah ia berubah fungsi menjadi masjid. Bagi menutup
lukisan yang menunjukkan ia tempat beribadat Kristian, ada gambar-gambar yang
ditampal dengan simen. Kiblat juga dialihkan menghala ke arah Kaabah.
|
Kalau tak silap gambar bayi ni menceritakan tentang Nabi Isa |
Ketika pemerintahan Ataturk, masjid ini
bertukar menjadi muzium dan sehingga kini kita dapat melihat kesan tempat
beribadat kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian di dalam binaan ini.
Semasa Ayasofya ditukar menjadi muzium, ulama Badiuzzaman
Said Nursi mengatakan, “Lihatlah! Apakah dosa dan apakah kejahatan bila kamu
mengkritik dan menyembunyikan kebencian mu terhadap orang yang telah merubah
masjid Ayasofya yang merupakan lambang kemuliaan bagi ummah pejuang, permata
yang berkilauan disebabkan jasa dan perjuangan mereka untuk menegakkan al-Quran
dan ia merupakan cenderahati yang berharga dari sumbangan jihad nenek moyang
mereka yang berani … diubahnya menjadi rumah berhala dan diubah lokasi
al-Mashikhal al-Islamiyah menjadi kelab wanita.”
|
Semasa menjadi masjid, kiblat dialihkan ke Kaabah |
|
Siling |
No comments:
Post a Comment