Saturday, May 18, 2013

Ataturk Mausoleum (Anitkabir), Ankara

Di sini terletaknya makam Mustafa Kemal Ataturk (1880M-1938M). Memang besar kawasannya. Seperti yang kita ketahui, Ataturk merupakan pengasas Republik Turki. Setelah menjadi Presiden Turki, Ataturk mengubah Turki menjadi negara sekular iaitu dengan: 
  1. Menghapuskan institusi khalifah
  2. Menutup sekolah agama
  3. Mengharamkan kegiatan tarekat
  4. Melarang pemakaian tarbus dan purdah
  5. Menggantikan huruf Arab kepada huruf Latin juga menukarkan azan daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki
  6. Menggugurkan Islam sebagai agama rasmi negara.
 Beliau menganggap Islam yang menjadi punca kelemahan dan kehancuran bangsa Turki, lantas harus dihapuskan dan diganti dengan yang lain.

Makam dibina dengan batu marmar
Dikatakan beliau meninggal dunia kerana penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak. Malah kematiannya masa itu tidak diterima bumi sehingga mayatnya dimuntahkan semula oleh bumi setiap kali hendak dikebumikan kerana tindakannya yang menukarkan Turki menjadi Republik Sekular. Banyak perkara yang dilakukan dengan mencampurkan dengan budaya barat. Kalau tengok di sini biasa sahaja tetapi sebanarnya banyak kesukaran semasa nak kebumikannya.


Tapi itu semua diceritakan oleh tour guide Malaysia, kalau tour guide Turki sendiri dia masih menghormati Ataturk kerana katanya disebabkan Ataturklah pembinaan masjid masih banyak di Turki dan negara barat menghormati Turki. Itu pandangan dia.


Pesanan terakhir Ataturk kepada tentera Turki



Badiuzzaman Said Nursi merupakan ulama tersohor di Turki yang hidup sezaman dengan Ataturk. Ketika beliau berada di Istanbul, beliau mengamati perilaku Ataturk dan meyakini sifat-sifat Dajjal Ataturk, beliau berpendapat tindakan jahat yang dikenakan atas Islam adalah bertujuan mengambil hati kuasa-kuasa barat. Keadaan inilah yang menyebabkan beliau pulang ke Van dan mengasing diri dari dunia politik dengan katanya, “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik.”



Pesanan Ataturk dalam bahasa Turki
Setelah Adnan Menderes menjadi Presiden Turki barulah Islam berada dalam keadaan lebih selesa di mana azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab sebaik sahaja beliau memenangi pilihan raya.

Sebenarnya, beliau dibawa masuk oleh Ataturk pada 1935 dalam Parti Republik Rakyat. Namun beliau disingkirkan kerana sikap tegasnya menentang polisi Ataturk. Beliau menubuhkan Parti Demokratik Rakyat.

Kalau nak bergambar dengan tentera ni, ada syaratnya, jangan mengajuk, jangan pegang-pegang, duduk sahaja di sebelahnya dan bergambar. Ada polis yang menjaga di tepi-tepi tu untuk pastikan kita tak 'kacau' tentera yang mengawal ni,
Diceritakan oleh tour guide Malaysia (dia pun baca dari internet) Adnan Menderes setuju dengan Ataturk pada mulanya tetapi pada suatu hari, semasa dalam penerbangan, kapal terbang yang dinaikinya rosak dan hampir terhempas. Ketika inilah beliau berdoa jika Allah menyelamatkan beliau dari kemalangan beliau akan berusaha mengembalikan Islam dalam pemerintahan Turki. Akhirnya beliau merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat. 

Antara jasa lain yang dilakukan oleh Adnan Menderes:
  1. Membuka semula ribuan masjid di seluruh negara yang telah ditutup sepanjang era pemerintahan Ataturk
  2. Membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
  3. Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat.

Di sini juga turut ditempatkan makam kawan baik Ataturk iaitu Ismet Inonu. Beliau yang meminta supaya disemadikan berdekatan dengan Ataturk. Makamnya diletak jauh di luar tetapi bertentangan dengan Ataturk.

Namun polisi beliau ditentang oleh golongan sekular di kalangan para intelek, mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro-Kemalist pada ketika itu. Pada 27 Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes telah dikenakan hukuman gantung atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist


Sempat melihat tentera yang mengawal bertukar syif

Sejuk, 13 darjah C

Ingatkan yang merah-merah tu bunga sekali batu daa

No comments: