Setelah melawat rumah Virgin
Mary, kami dibawa pula ke bandar purba
terbesar dari Kerajaan Byzantium iaitu Ephesus yang terletak di kaki gunung.
Merupakan salah satu keajaiban dunia zaman purba walaupun sudah berusia
beberapa ratus tahun binaannya masih tegap. Kota ini dibina dari batu marmar
kerana batu ini lebih tahan lama kerana ia menyerap air. Lagipun ia terletak
dekat pelabuhan. Buktinya ia masih kekal hingga sekarang. Kerja-kerja
pemuliharaan masih tetap dijalankan sehingga kini.
Kota yang luas menempatkan gimnasium
tempat gladiator berlatih dan bilik mandi, tandas, kedai, tempat
beribadat, perpustakaan dan amfiteater.
|
Hairan, di setiap stesen mesti ada kucing. Dan sangat mesra pelancong, tak takut pun bila orang ajak bergambar. hehehe. Tour guide kata memang ada banyak kucing di sini, dulu-dulu dia ada juga datang sini dan bagi kucing-kucing ni makan. |
|
Asal usul logo Nike diambil
bersempena dewi Nike. Dalam mitos Greek kuno, Nike ialah dewi kemenangan. Oleh
itu sesuai dengan konsep Nike dalam bidang sukan yang mementingkan kemenangan
dan kejayaan.. Nampak tu tanda Nike dari sayap ke hujung tangan.
Nike merupakan orang tengah antara Tuhan dan manusia. Masa nilah ada
disebut-sebut fasal Athena, Zeus dll. Siapa yang minat cerita-cerita macam ni
memang tahulah kisah dewa dewi dalam mitos Greek ni. |
|
Ini merupakan barisan lot kedai. Pembahagi antara kedai sebelah menyebelah adalah melalui mozek ni. Kalau tengok betul-betul ia berbeza. Jadi kalau pembeli masuk di kawasan mozek kedai ni, pekedai sebelah tak boleh tarik pembeli tu masuk ke kedai dia. |
|
Medusa (di bahagian atas sekali dan di tengah - tak nampak sangat dalam gambar ni), wajah wanita yang
berambutkan ular berbisa juga merupakan mitos Greek yang bermaksud pelindung.
Ada cerita yang menarik juga kenapa lambang medusa ni ada di sini tapi seperti
biasa lupa ceritanya. Tak bawa nota nak salin.
Tapi lebih kurang ceritanya, ada raja dari negara luar datang tapi nak bagi
dia hormatkan raja yang ada di Ephesus ni. Jadi mereka meletakkan lambang
medusa di atas ni jadi raja yang datang dari luar tu tak beranilah angkat muka
sebab sesiapa yang tengok mata Medusa secara terus akan jadi batu. Nampaknya
berjaya helah pembesar ketika itu. |
|
Ada model menunjukkan cara penggunaan tandas ni. hehe. Public toilet zaman dahulu. |
|
Bayangkan camne dulu-dulu. Masa ni takdelah dinamakan 'bilik termenung' sebab kalau bosan sementara menunggu pelaburan tu bolehlah menyembang.. hahaha.. tak dapat dibayangkan. |
|
Perpustakaan Celsus dibina oleh
Consul Gaius Julius Aquila pada 135SM. Nama Celsus diambil sempena bapanya
Celsus Palemaenus seorang gabenor. Celsus merupakan antara dua belas
perpustakaan terbesar di Asia. |
|
Amfiteater merupaka tempat untuk menyaksikan perlawanan antara gladiator
dengan singa. Ada 3 pintu di sini, di kiri dan kanan merupakan pintu gladiator
dan di tengahnya singa akan keluar. Di
sini juga penyanyi Sting pernah membuat persembahan tanpa menggunakan pembesar
suara kerana di sini suaranya bergema. Kami sempat menyanyikan lagu “Allah
selamatkan kamu!” untuk salah seorang ahli rombongan yang sambut hari lahirnya
pada hari tu. Memang bergema bunyinya.
Lepas ni akan mula minat
cerita-cerita yang menggunakan latar zaman ni
|
|
Singa akan keluar dari pintu ni |
1 comment:
Nice photos there, Zarina.
Good shots.
Post a Comment